Ketika umur 10tahun aku telah disorok jin. Ustaz cakap jin tu sukakan aku. Lepas berubat, aku bermimpi.

Aku nak kenalkan diri aku dulu. Tak sah kalau permulaan cerita tiada Intro kan? So aku nak kenalkan diri aku Anggun. Berusia 23 tahun.

Aku anak bongsu dari 4 adik beradik dan mempunyai seorang adik tiri. Mak aku isteri kedua. Aku juga mempunyai kebolehan melihat makhluk makhluk halus.

Perkara ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun. Jom kita mulakan cerita bagaimana aku boleh nampak mahkluk mahkluk halus ni.

Jadi kami standby barang siap siap. Tengah aku dok ralit susun batu untuk alas duduk, aku nampak apiz dekat belakang pokok kemunting sebelah sana.

Muka dia pucat. Dia pandang aku dengan pandangan tajam. Aku macam terkejut juga. Aku cuit murni utk tunjuk apiz dekat dia. Bila aku toleh, Apiz dah hilang. Seram pulak aku. Sebab nampak muka apiz mcm muka orang marah pandang aku.

Aku baru nak buka mulut cerita dekat murni, Apiz sampai. Aku pulak, “Aik, apiz? Tadi kan kau dekat situ?” sambil tangan aku menunjuk ke arah sana. Apiz pulak diam and start nak masak Maggi. So, aku pun diamlah.

Main punya main, tak sedar hari dah makin nak gelap. Ennie dengan Murni dah nak balik.Tinggal aku dengan Apiz je. Apiz pun start dah nak balik sambil kemas kemas barang kitorang main tadi.

Wajib kemas, kalau tak esok pak cik aku bising. Entah macam mana aku rasa macam ada tangan tarik aku. Mulut aku kaku. Part ni aku ingat ingat lupa, tapi ini part paling penting dalam hidup aku.

“Mimi! Mana kau nak?!”

“Maaak!” Aku jerit sekuat hati. Tapi mak tak dongak lihat aku kat atas. Padahal bukan jauh pun. Aku teringat mak pernah marah main waktu maghrib nanti kena sorok hantu katanya. Aku dah start menangis kuat-kuat sampai serak-serak suara.

Dari atas aku nampak ketua kampung, Pak Amit sampai. Kemudian dia laungkan azan. Masa dia laungkan azan, budak kecil dekat sebelah aku tu senyum dan menghilang. Aku rasa masa tu aku nak pengsan.

Sedar-sedar je aku dekat rumah, atas katil. Dekat dahi aku ada kain basah. Rupanya aku demam. Mak aku bawakan bubur dan duduk sebelah aku.

Dia tanya aku, apa dah jadi? Bertubi-tubi soalan. Aku hanya diam dan menangis. Ayah aku marah mak aku sebab tanya aku macam macam.

Dekat luar pintu aku nampak budak lelaki yang sorokkan aku atas pokok tembusu tu. Aku tunjuk-tunjuk dekat pintu sambil menangis dan meraung.

Kakak aku pula bersekolah di asrama penuh. Setiap malam aku mimpi mak ayah dan abang aku. Perasaan itu korang tak pernah alami. Aku berumur 10 tahun dan mak ayah aku tinggalkan aku begitu je.

Sebelum kejadian, kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran sebelum menghantar kakakku ke asrama .

Mak suapkan aku makan malam itu. Aku makan menambah-nambah. Sebenarnya aku tak suka mak aku suap. Aku malu sebab aku dah besar kiranya.

Aku pun tak suka mak aku panggil adik. Apiz selalu ejek aku anak manja. Tapi malam tu, semuanya masih segar dalam ingatan. Nak menaip ni pun aku sedih nak menitiskan air mata.

Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk mak, ayah dan abangku, ya korang?

Lepas makan, mak bagi nasihat macam-macam buat kakak. Seolah-olah tahu musibah malam tu. Mak cium aku berkali-kali.

Ayah pun sama. Macam ada perpisahan. Aku pulak rimas mak cium-cium, sebab ada dua tiga orang pandang kami.

Aku dah tak boleh nak menaip lagi dah. Aku habiskan cerita ini di sini. InsyaAllah, aku akan sambung lagi kalau Admin keluarkan cerita aku ni.

Mak, Ayah dan abang, Anggun selalu doakan korang damai di sana. Anggun pasti, yang buat jahat pasti akan terima balasan. Kisah aku panjang kerana misteri itu sehingga kini aku alami.

‘Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.’
(Al-Jinn 72:11)