Letak telinga dekat dinding mesti dengar mesin jahit dekat bilik sebelah. Terantanya2 siapa yang sednag menjahit tu.

Terlebih dahulu biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Ana dan aku merupakan penuntut tahun kedua di sebuah ipt terletak di utara tanah air.

Selama aku menuntut disini, aku dengan kawan-kawan tinggal di asrama tapi untuk semester ini kami membuat keputusan untuk tinggal di rumah sewa.

Sebelum berpindah ke rumah sewa ini, kami tiada pula mendengar apa-apa cerita kurang enak tentang rumah ini daripada penyewa sebelumnya. Kejadian-kejadian aneh bermula pada pertengahan semester.

Kami tinggal di rumah ini seramai 9 orang. Rumah ini ada 2 tingkat dimana di tingkat atas terdapat 1 bilik iaitu master bedroom dan bilik air manakala di tingkat bawah terdapat 2 bilik, stor dan bilik air.

Kebiasaannya kalau kami pulang ke rumah pada waktu pejabat, memang rumah ini kosong tak berpenghuni.Setiap kali sampai di rumah, kami berdua memang akan terus naik ke tingkat atas.

Kami hanya akan turun kebawah untuk makan dan buat kerja-kerja laundry. Pada hari kejadian, aku turun ke tingkat bawah untuk memasak dan membasuh baju.

Aku cukup tak suka sekiranya terpaksa tunggu turn kerana aku bukanlah seorang yang penyabar. Aku akan settle kan kerja-kerja aku sewaktu ketiadaan orang.

Sebaik sahaja aku memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin, aku akan salurkan air dan tunggu sehingga air penuh. Kemudian barulah aku akan beredar.

Mesin basuh kami mesin separa auto ye jadi terpaksalah tunggu sehingga air penuh barulah mesin akan berfungsi. Sedang aku menunggu, aku terasa seolah-olah ada ‘manusia’ yang sedang mengintai aku.

Beberapa hari kemudian, masih kami berdua sahaja yang berada di rumah pagi itu kerana housemates yang lain semua sudah ke kuliah. Aku masih dengan agenda memasak seorang diri di dapur.

Namun kali ini aku tiada merasa terdapat apa-apa kelibat cuma kali ini aku terdengar bunyi-bunyian. Bunyi pertama yang aku dengar adalah bunyi mesin jahit.

Ya, bunyi mesin jahit di bilik bersebelahan dapur. Memang jelas aku dapat dengar bunyi itu. Tetapi, siapakah yang sedang menggunakan mesin jahit tersebut sedangkan tiada sesiapa dirumah melainkan aku dan seorang kawan aku yang pada waktu itu sedang mandi di bilik air tingkat atas!

Aku mula rasa takut sebenarnya namun aku belum mahu beredar dari situ. Aku meneruskan kerja memasak aku. Tidak lama kemudian aku terdengar bunyi pintu yang ditutup dan dibuka berulang kali.

Bunyi tersebut masih datang dari bilik yang sama. Tetapi yang memusykilkan adalah pada waktu itu langsung tiada angin kerana aku langsung tiada menghidupkan kipas dan bilik itu terletak sedikit di ceruk dimana langsung tiada tingkap disitu.

Aku memang tak tahu nak buat apa pada waktu itu melainkan hanya menangis. Mujurlah salah seorang daripada kami sedikit berani merampas pisau berkenaan.

Tidak dinafikan, sebelum kejadian itu kami memang sentiasa rasa tak senang duduk. Kami terasa ingin marah antara satu sama lain tanpa sebab yang munasabah.

Keesokannya, kami merasakan bahawa kami perlu berbuat sesuatu. Jadi kami mula melalukan solat berjemaah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam. Waktu ini baru nak ingat tuhan hahaha.

Alhamdulillah sejak itu keadaan dirumah kembali tenang dan gangguan-gangguan seperti bunyi dan kelibat juga sudah berkurangan.

Jujur aku katakan, sebelum ini memang didalam rumah ini ramai yang meninggalkan solat. Membaca Al-Quran jauh sekali, mungkin dalam sebulan 2 atau 3 kali sahaja. Jadi tidak mustahillah ‘benda-benda’ itu suka mengganggu.

Maaflah andai cerita aku kurang menarik dan sekiranya ada ayat-ayat aku yang mengguris perasaan pembaca. Aku baru nak berjinak-jinak dengan bidang penulisan dan cerita aku ini bukanlah cerita rekaan semata-mata.