Mimpi yg aku sangkakan hanya mainan tidur rupa-rupanye membawa erti yang aku sendiri tak sangka

Nama aku Tisa (nama samaran), berumur 20 lebih dan belum berkahwin.

Actually apa yang aku nak ceritakan lebih kepada pengalaman yang aku alami and lately benda ni macam sedikit menganggu walaupun tidak keterlaluan.

Masa umur aku 19 tahun, aku pernah bermimpi aku mengandung. Sampai sekarang aku masih ingat macamana perasaan kasih dan sayangnya pada kandungan aku walaupun cuma mimpi.

Sounds weird, right ? Disebabkan masa tu first time aku mimpi macam tu so aku tak cerita dekat sesiapa. Aku buat tak tahu sampailah mimpi tu bersambung.

Aku mimpi lagi tapi dalam mimpi tu aku tengah menyusukan bayi atas riba aku sambil diperhatikan seseorang di tepi aku. Aku tak tahu siapa sebab tak nampak muka.

Masa aku sampai, Hani tengah bersiap so aku decide nak tunggu je dalam kereta. Dalam 10 minit macam tu, dia datang and bukak pintu belakang.

Aku pelik kenapa pulak nak duduk belakang. Hani cakap masa dia tengok kereta aku dari rumah dia, dari jauh dia nampak ada someone dekat tepi aku dalam kereta so dia assume yang aku bawak orang lain.

Dia just nampak hitam je maybe macam orang minyak gitu. Bila dah sampai dekat kereta aku baru dia tengok takde orang. Aku buat tak tahu lagi sebab malas nak fikir banyak. Lagipun benda mimpi-mimpi tu dah lama.

Cerita tak habis kat situ je. Bila aku balik uni, ada satu kes histeria dekat block aku. Aku ajak housemate aku pergi tengok sebab first time kes histeria berlaku depan mata.

Orang dah ramai depan rumah dia. Aku masuk rumah tu, aku tengok mangsa histeria ni dah dekat ruang tamu di kelilingi housemate dia.

Dalam bilik aku, aku dapat katil double decker bahagian atas. Aku dan roommate decide nak susun katil menghadap tingkap and tiap malam kami selalu bukak langsir sebab nak bagi cahaya lampu dekat koridor luar masuk so takdelah bilik gelap sangat sebab aku tak boleh tidur dalam gelap. Pagi tu dalam pukul 3,

kawan aku si Nana dari bilik sebelah bangun nak ke tandas. Dia keluar dari bilik dia dan dia sempat toleh ke dalam bilik aku.

Dia nampak aku tengah duduk bersila menghadap tingkap dalam keadaan menunduk tapi cuma hitam which means dia tak nampak warna baju aku.

Dia just nampak hitam je. Dia buat tak tahu sebab dia sangka aku tengah study. Hahaha. Oke, orang hitam lagi. Hee ~

Lepas bertahun berlalu, semua macam oke je sampailah tahun lepas. Aku mimpi lagi dan ianya bersambung lagi. Aku tengah dukung bayi tu dan bayi tu dah besar.

Sambungan mimpi tu masa aku stay rumah sewa. Oke, sambung. Lepas mimpi tu, aku mimpi lagi tapi bukan pasal bayi. Aku mimpi orang hitam yang kawan-kawan aku pernah nampak.

Dalam mimpi tu, aku tengah bersiap nak ke kelas. Aku keluar dulu untuk hidupkan kereta sementara tunggu kawan-kawan aku bersiap.

Aku bukak pintu dan depan rumah sewa aku tu ada orang hitam tu tengah bertenggek atas semacam pokok yang ditebang tapi dah reput sikit.

Hitam dan takde muka tapi yang aku tahu dia lelaki. Macam tu lah yang aku ingat. Aku kaget dan aku tanya dia siapa. Dia tak cakap siapa dia tapi dia cakap nak ikut aku.

Aku cakap tak boleh sebab aku nak pergi kelas. Dia cakap tak ape sebab aku sorang je boleh nampak dia, orang lain tak nampak.

Aku tak sempat decide sebab aku tersedar dari tidur. Aku cerita dekat sorang akak ni, dia senior aku. Aku namakan dia Kak Yus.

Kak Yus pernah kena buatan orang so dia percaya cerita aku. Kak Yus cakap nasib baik aku sempat sedar dari tidur masa mamat hitam tu offer dua benda tu.

Aku pun tak tahu kenapa Kak Yus cakap macam tu and aku malas nak ambik tahu. Kak Yus suggest aku tanya pada ustaz yang pernah rawat dia so aku pm ustaz tu.

Dia cakap dia boleh scan aku melalui nama berbintikan mak. Aku bagi nama, ustaz tu cakap ada saka dengan aku. Ada 25 ekor jin yang datang daripada nenek moyang aku dulu-dulu. Entah betul ke tidak.

Dari cerita umi aku, nenek moyang aku dulu orang Siam yang ada ilmu dalam tarian makyong.

Aku nak tidur pun susah sebab bila aku cuba nak tidur, datang suara merengus. Aku sejenis tak boleh tidur terdedah maksudnya aku kena letak something atas badan aku macam selimut ke bantal ke sebab aku pernah tidur terdedah macam tu and ada bayang yang lindung lampu tidur aku.

Semua ni berlaku lepas aku berubat. Aku dengar orang berbual dekat dapur rumah aku sebab bilik aku dekat dengan dapur.

Walaupun butir perbualan tu aku tak dapat tangkap tapi aku dengar dengan jelas orang berbual. Sometimes, malam-malam dengar ada orang berlari tepi bilik aku macam kejar-mengejar.

Pernah jugak masa aku tidur, ada bayang someone yang jenguk aku tidur. Masa tu aku tidur ayam so aku boleh nampak bayang tu. Dia jenguk kejap lepas tu pergi and last week aku mimpi lagi orang hitam tu.

Dalam mimpi tu, dia pukul sepupu aku. Aku tengok dengan perasaan takut tapi aku tak boleh bergerak. Dia pukul sepupu sambil tengok pada aku dengan senyuman sinis.

Korang rasa apa yang dia cuba sampaikan ? Tu mimpi aku paling latest setakat ni. Oke lah, nanti aku sambung lagi kalau ada perkembangan kisah aku ni.

Harap korang faham sebab aku tak pandai sangat nak cerita dengan penulisan. Hahaha.