Aku kerja jawab talifon dan kerap balik lambat. Tengah layan cerita tiba2 kerusi aku ditarik. Pelik sebab tiada orang

Apa yang aku karangkan ini telah lama aku tulis..

tapi tak berani nak share sebab bukan penulis. kebanyakan aku buat koleksi peribadi sahaja.

Yang aku sharekan hari ini, salah satu pengalaman aku. walaupun banyak lagi, tapi aku pilih cerita yang agak standard.

Acap kali aku kerja lebih masa. Sering balik lewat malam. Disebabkan kerja aku yang hanya menjawab telefon, tiada masalah buat aku sekiranya diminta untuk bermalam seketika di pejabat.

Salah seorang pengawal keselamatan cuba mengekori dan ternyata kelibat yang dilihat tadi hilang. Sering kali juga terlihat seorang wanita berkebaya merah dalam lif. Kadang-kadang terlihat dia mundar-mandir di koridor.

Pernah kejadian, rakan sekerja aku sedang mengerjakan solat maghrib. Kami tak dibenarkan ke surau berteman kerana orang yang kerja lebih masa pada sebelah malam hanyalah 4 atau 5 orang sahaja.

Jadi kawan aku ke surau seorang diri. Dalam keadaan dia berdiri tegak sedang membaca Surah Al- Fatihah, terjenguk kepala disebelah kaki kirinya, memandang ke arahnya.

Matanya yang sedari tadi tepat ke arah tempat sujud, langsung tidak diganjak walau seinci. Berterabur bacaannya. Dipejamkan mata buat seketika, dibuka kembali kepala itu hilang.

Bunyi ketukan cermin tingkap, kerusi bergerak dengan sendiri, itu semua seperti mainan mereka setiap hari.

Seperti selalu aku akan melayan drama, sesekali aku layari youtube. Kerja jawab panggilankan? Sementara tunggu panggillan seterusnya masuk, aku teruskan melayan drama korea.

Tiba-tiba aku seperti terdengar nama aku dipanggil. Sayup tapi jelas. Drama yang aku sedang tonton di ‘pause’ kan. ‘Headphone’ aku dialihkan sedikit dari telinga.

Tiada apa-apa. Sekali lagi aku anggap aku yang tersalah dengar. Aku teruskan semula aktiviti aku sebentar tadi.

Kemudian sekali lagi kedengaran nama aku dipanggil. Suara dan nada yang sama. Kali ini aku terus menyahut.
“ha..apa dia?” jerit aku sambil kepala aku toleh kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil aku. Tiada.

Aku berdiri dan memanggil rakan sekerja aku bertanyakan sekiranya mereka memanggil aku. Mereka hanya menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, terasa seperti kerusi aku ditarik. Aku toleh kebelakang, tiada siapa-siapa di belakang aku, yang aku nampak kawan-kawan aku dah berdiri. Semua mereka berdiri di satu tempat.

Kemudian panggilan masuk ( masa ini aku terkejut nak m**i). Nama yang keluar di skrin adalah nama salah seorang rakan sekerja aku yang berdiri beramai-ramai tadi.

Aku pandang mereka dan terima isyarat untuk tekan butang terima panggilan. Aku turuti.

“Kau kemas barang kau semua, off semua pc dan jangan toleh ke kiri.” cemas suara rakan aku memberikan arahan.

“kenapa pula?” Tanya aku kehairanan. Tanpa berfikir panjang aku terus toleh ke kiri, tak aku hiraukan amaran rakan aku sebentar tadi. Spontan tindakan aku.

Ternyata amaran rakanku itu bermakna. Sekujur tubuh wanita, muka yang pucat tanpa d***h, berambut panjang sehingga ke kaki,

dipakainya pula baju putih yang telah lusuh sedang berdiri tegak di penjuru dinding pejabat sambil memerhatikan aku. Tepat pandangannya ke arah aku.

terlihat senyum sinis dibibirnya Aku langsung tak mampu nak alihkan pandangan. Apa yang rakan aku katakan, otak aku seperti tak mampu nak proses.

Sekelip mata wanita yang aku tenung tadi betul-betul berada disebelah aku, cuma kepala dan mata aku sahaja tak mampu aku alihkan dari arah tadi.

Sebelum dunia aku menjadi gelap, sempat aku dengarkan wanita itu berbisik. Sayup dan jelas, sama seperti nama aku dipanggil tadi

“Ini benar……”Skian