Ada budak perempuan dtg. Terus jumpa Kak Siti, ngadu lengan dia lenguh sakit. Tiba2 kak siti minta aku baca yasin

Asrama kolej aku ni 4 tingkat. Pelajar semester 1 memang secara rasminya akan tercampak ke tingkat 3. Tingkat 4 tu memang kosong.

Jangan tanya kenapa, sebab aku sendiri pun tak tahu. Aku ni antara pelajar paling last mendaftar.

Kiranya aku masuk second intake. Pula tu untuk batch second intake, aku sorang-sorang je yang mendaftar untuk duduk hostel (walaupun rumah mak aku tak sampai satu jam kalau naik teksi).

Disebabkan aku mendaftar awal dan kelas pun belum start. Aku terus cakap dekat kakak aku yang aku nak balik rumah dulu.

Sebab roommate pun belum ada lagipun barang-barang aku tak banyak yang nak dikemas. Untuk pengetahuan aku dah biasa duduk asrama.

Dari tingkatan satu lagi, jadi aku dah cukup tahu barang apa yang nak dibawa awal-awal masuk asrama. So kakak dengan abang ipar aku ikut je. Kitorang balik dulu. Dalam petang ke baru balik hostel semula.

MALAM PERTAMA

Petang lepas asar kakak aku hantar aku balik hostel. Kitorang bajet-bajet mesti bilik aku dah penuh. Tapi bila aku naik je bilik still sama. Tetap aku sorang juga.

Aku duduk je sambil bersih-bersihkan sikit bilik tu. Barang-barang memang aku belum unpack lagi. Tiba-tiba je kakak AJK yang tolong aku datang bilik aku.

BILIK BARU 03-09

Bilik ni ada 3 katil double decker yang mana penghuninya cuma lima orang je. Makanya yang satu lagi kosong tu memang untuk aku la. Tapi satu katil tu katil atas.

Aku bukan lah demand mengada sampai tak nak duduk katil atas. Tapi sebabkan aku rasa aku yang paling berdaging. Yang lain-lain memang spesis kulit dengan tulang je, tak ada daging langsung.

Tak tahulah tak cukup zat atau budak-budak ni spesis anaroxia. Aku masuk je bilik tu aku pandang keliling dulu. Mak aiii… satu sem kena duduk macam ni ke?

Bilik tu tak kotor, cumanya agak tak teratur. Katil susun bentuk L, lepastu meja study dengan almari bersepah mana nak je letak.

Memang budak-budak ni fail interior design. Tiba-tiba roommate baru aku tegur. Sekali pandang je aku label dia ni cantik.

Dan lepas aku kemas katil, pasang cadar segala bagai. Aku ambil baldi nak pergi mandi.
Aku : Peah, bilik mandi dekat mana?
Peah : Keluar pintu sebelah kanan. Hujung sekali. Akak berani ke? Nak teman?
Aku : (senyum) tak apa. Thanks.

Walaupun aku pelik dengan soalan dia tu, tapi aku buat tak tahu saja. Biasalah, nama pun hostel kan? Oh ya! lupa, aku ni tua setahun dari Peah, Zana, Wati dan Intan.

Kak Siti pula Tua tiga tahun dari aku. Lepas aku selesai mandi, waktu tu betul-betul dah masuk maghrib. Aku solat dan lepas tu baca Al-Ma’thurat.

Memang dah jadi kebiasaan aku baca Al-Ma’thurat tiap lepas subuh dan lepas maghrib.

Kak Siti pun aku tengok mengaji dekat meja study. Yang lain-lain aku tak perasan pula. Mungkin cuti kut.

Aku cuma mampu pasang telinga. Belum nak kenal dengan semua orang. Nampaknya persekitaran aku sekarang ni macam family-family je. Ada kak long, ada kak Siti, ada adik Peah dan rakan-rakan.

Dan budak Intan ni pula, tiba-tiba je tak berenggang dengan aku. dia boleh duduk tepi katil aku dan mengadu yang jari dia luka lah, apa lah.

Siap nak tengok gambar boyfriend aku. What the? Ini kira terlebih ramah atau kepochi sebenarnya? Aku??? Selagi boleh elak, aku elak tepis sehabis baik. Tak mungkinlah baru kenal dah terus nak buka hikayat diri sendiri kut.

Lepas solat isyak tu, kira kitorang ni tengah prepare apa-apa yang patut untuk pergi kolej esok.

Tiba-tiba ada sorang budak perempuan (kak long) datang. Aku perhatikan je. Budak tu senyum pun tidak dengan aku. Dia terus jumpa Kak Siti.

Kak Siti : Peah, tolong panggil Kak Akilah.

Si Peah ni tak tunggu lama, dia dengan Zana terus berlari ke tingkat satu memanggil Kak Akilah. Kakak AJK yang duk tolong aku angkut barang tu la.

Yang budak Kak long ni pula tak habis-habis cakap sakit-sakit. Dari gaya macam normal je tapi apa yang dia sakit sangat bila aku baca Yaasin tu? Ke sebenarnya dia ni terlanggar sesuatu?

Tak lama lepas tu Kak Akilah ni datang. Dia dengan Kak Siti ni berdua cuba tenangkan budak Kak long ni. Kitorang yang ramai-ramai tu cuma jadi penonton.

Macam tengah tengok siri Seekers dekat NTV7 time orang kena rasuk. Haa, macam itulah gaya diorang. Dan tak lama lepas tu juga warden Cik Mas dengan Pak Idris datang.

Waktu ni baru aku tahu yang Kak long pernah kena histeria dan Pak Idris ni la yang tolong rawat. Kiranya Pak Idris ni memang on call je bila ada budak-budak hostel tu yang kena histeria.

Nanti aku sambung macam mana aku boleh pindah semula pada bilik pertama aku tu dan pasal budak kecil dalam bilik tu.