Aku nak bg tahu pasal classmate aku yg suka main bawah syiling berlubang dan akibatnye sesuatu terjadi pada mereka

Let me introduce myself. Nama aku Fatin. Tu je lah hehe.

Okla cerita ni ikut suka hati korang lah nak describe macam mana eh. But srsly this is not based on true srory sebab ada part yang diolah sikit sebab I think aib orang, perhaps? Dah dah jom start.

Aku sekolah kat Smk Ulu Tiram and aku dah menengah atas. Aku ambik aliran sastera and tassawur islam. That’s mean classmate aku semua malay lah takde non muslim.

Watak dalam story ni ika, dayana, hanani and natasya. Waktu kejadian ni berlaku waktu rehat. Dalam class aku, ada satu lubang kat syiling.

Lubang tu memang muat muat manusia masuklah. Then ni si ika ni duduk bawah lubang tu sambil tengok tengok. Tetiba hanani cakap ” haa kang ada hantu turun tarik kepala kau padan muka” mulut dia masin weh.

Nak dijadikan cerita, waktu tu si ika ni datang bulan. So benda benda ni suka lah kan. Start dari haritu ika ni perangai dia pelik sikit.

Dia suka tenung orang sampai nak terjojol biji mata. Yang lain semua start dari haritu, masing masing makan pelahap macam apa even dorang dah makan makanan berat like nasi lemak or etc.

Setiap hari khamis, sekolah aku ada buat pembangunan insan. So student muslim stay kat tapak perhimpunan, yang non muslim dalam dewan atau kat kantin.

Yang classmate aku ni tetiba marah marah kata ” jangan baca lah setan, panas panas! ” so cikgu yang dekat terus tarik dorang masuk dalam surau.

Punya lah berat time cikgu cikgu dengan pengawas angkat dorang. Aku rasa angkat mak gajah lagi ok kot hahahaha. (Korang kalau baca ni mesti bingit hahaha).

Tapi pelik, dorang tak tanya banyak dengan cikgu apa yang jadi kat anak dorang.
Dalam pukul 10 gitu, cikgu ada panggil seorang orang pandai yang reti handle kes sekolah sekolah ni.

Aku panggil dia ustaz met lah eh. Aku dengan a few student lain saksikan kejadian ni sampai habis. Sebab cikgu suruh stay takut ada something luar jangkaan berlaku.

Mata ika tiba tiba terbeliak macam nak terkeluar sambil meracau cakap nak d***h. Ustaz met ni pengang ibu jari kaki ika. Ika ni jangan cakap lah asyik menjerit jerit.

Then keadaan reda sikit, ustaz ni tanya lah asal mana, datang dari mana, asal kacau. Lah rupa rupanya classmate aku ni bukan berpunca main spirit of the coin tu, dorang pergi dok baling baling batu kat dalam syiling class aku.

Mana tak marah si ‘kawan’ atas tu. Lepas da baling batu tu yang lain semua dah stop tapi si ika ni pulak kata ” kalau betul kau ada keluarkan rambut kau, aku nak tengok” hahahaha nak tengok rambut apa kejadah weh hahaha.

Time ni ika datang bulankan maybe dia tukar pad tak cuci. Benda tu ikut dia sampai toilet agaknya.

Lepas sebulan, dorang pun dah pulih sepenuhnya. Dayana pulak dah macam anti social, pendiam nak m**i hahaha. Ika natasya hanani pun dah sopan takde teriak bising macam dulu.

Benda benda macam ambik mudah. Sekali dah kena menyesal seumur hidup. Okla ada masa aku share story aku lagi eh. Bye.