Balik dari outstation aku kerap ditindih ketika tido. Bila jumpa ustad baru tahu apa yang jd

Aku ingin berkongsi mengenai pengalaman aku disihir oleh kenalanku dan biarlah identiti aku dirahsiakan.

Aku berkerja di syarikat swasta di area KL dan selalu outstation di seluruh Malaysia.

Selepas balik dari outstation, aku mula mengalami perkara aneh iaitu ditindih semasa tidur selama 3 hari berturut-turut.

Pada mulanya aku beranggap ia hanya perkara normal dan memandangkan ia berlaku secara berturut-turut, aku mulai rasa bimbang.

Aku buat banyak research dan mendapati ada kemungkinan ada gangguan makhluk halus. Kebetulan pula, aku ada kenalan yang boleh merawat orang secara jarak jauh.

Dia memarahiku kerana tiada kucing berada di situ. Aku buat bodoh dan menganggap mungkin dia hanya bergurau.

“Mungkin kamu salah tegur.” Kata perawat itu.

Yang lebih menakutkan lagi apabila perawat itu bertanyakan kepada aku sama ada aku mahu melihat makhluk itu melalui cermin.

Aku menolak dan berkata padanya aku akan memulakan rawatan pada hari minggu kerana housemate aku ada di rumah.

Rasa seram sejuk badan aku membaca whatsapp tersebut, tambahan pula aku otw balik rumah dan tiada siapa yang berada di rumah.

Sebelum sampai ke rumah, aku mencari kucing aku dan membawanya masuk ke dalam rumah kerana aku takut untuk berseorangan.

Aku juga menari. Aku sedar akan kelakuan itu, namun aku tidak mampu mengawalnya. Aku juga menjerit dan teriak sekuat hati.

Aku rasa pada masa itu aku hampir gila dan aku tidak tahu bagaimana untuk menghentikan semua kegilaan itu. Apakah benda gila yang sedang terjadi padaku.

Aku dapat rasakan seperti ada kuasa dalam badanku yang mengawal semua pergerakan aku. Dalam kegilaan itu, aku sempat whatsapp housemate aku untuk datang segera membantuku.

Ya Allah, aku tak tahu bagaimana ingin diterangkan ketakutan dan kegilaan yang sedang berlaku padaku. Housemate aku datang dan menenangkan diriku.

Selepas 3 hari dari kejadian aneh itu, perawat itu memaklumkan dia sudah membuang benda itu daripadaku.

Aku whatsapp perawat tersebut mengenai kejadian aneh ini, namun tiada balasan. Aku rasa tertipu kerana beratus-ratus duit aku habis untuk berubat.

Disebabkan kejadian aneh semalam, housemate aku menghantar aku untuk berubat secara islam.

Aku pergi berubat di kawasan ulu Selangor dan apabila aku menjejakkan kakiku ke tempat tersebut, aku rasa pening dan mengantuk apabila mendengarkan bacaan quran.

Apabila memulakan rawatan di pusat islam, aku rasakan badanku menggigil, kepala pening dan tiba-tiba tingkah laku aku berubah persis binatang buas.

Aku mengganas dan menendang ustaz dengan kusyen yang dijadikan tempat aku bersandar, namun ustaz itu sempat mengelak. Menurut housemateku, hanya mata putihku sahaja nampak ketika berubat.

Cara rawatan agak ektremis dan aku terpaksa kuatkan hati untuk keluarkan jin daripada badan. Aku dicubit sehingga kakiku lebam,

dadaku ditikam berkali-kali dengan chopstick dan aku dapat rasakan badanku disiat apabila ustaz itu mula menyembelih ‘benda’ itu.

Sebenarnya, ustaz itu hanya membacakan ayat quran dan dia merawat secara berhati-hati dan tidak kasar. Namun, terasa sakit sangat sehinggakan aku meminta pada tuhan untuk hentikan semua kesakitan ini.

Sungguh, sakitnya tidak terperi. Bila membayangkan hari itu sudah cukup membuat aku mengalirkan air mata. Waktu itu, memang air mata keluar dan jeritanku dapat didengari satu pusat rawatan.

Yang menyakitkan lagi apabila aku sedar apa yang sedang berlaku, namun aku tiada upaya untuk menghalangnya. Namun, benda itu masih degil dan tidak mahu berganjak dari badanku. Hampir sejam lebih aku bertarung dengan benda ghaib itu.

Di sini aku lebih tenang dan aman. Aku jarang sekali diganggu berbanding tinggal di Malaysia, dimana boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan sakit.

Keluargaku sebenarnya menentang keputusanku untuk migrate, namun melihatkan aku lebih sihat tinggal jauh dari Malaysia, mereka mengalah dan sentiasa mendoakan kesihatan aku di sini.

Mungkin inilah kunci kepada jawapan kenapa aku sukar untuk mendapatkan jodoh. Dia menyihir aku supaya tiada siapa boleh dekat denganku dan menggugut untuk m******h sesiapa sahaja yang mahu dekat denganku.

Dia juga menggugut untuk m******h aku. Dia mahu aku berseorangan di dunia ini tanpa orang yang dicintai. Pada mulanya, aku memang takut dengan ugutan itu.

Namun, aku kukuhkan akidah dan memohon pada Allah untuk berikan kekuatan kepadaku untuk menentang kejahatan.

Sesungguhnya, bukan mudah untukku hadapi kesakitan ini dan kadangkala aku hanya ingin menyerah kalah sahaja.

Tapi aku berterima kasih kerana dikurniakan Allah mereka yang selalu menyokong aku supaya untuk terus kuat.

Aku berharap suatu hari nanti aku diberikan jodoh terbaik.

Kepada si jahat yang masih tidak tahu berhenti menyakitkan aku, mungkin hari ini kamu gembira kerana melihat aku sakit. Tapi aku percaya kau akan membayar semula segala kesakitan yang aku alami hari ini.

Dosa besar pada mereka yang mensyirikkan Allah. Aku dah lama maafkan namun aku masih tidak mampu melupakan segala kesakitan itu.

Tunggulah pembalasan daripada Allah sekiranya kamu masih tidak mahu berhenti daripada menyakitiku.