Masa sakit semua adik beradik datang tengok di hospital. Tapi bila cuba bangun ubah nasib ini pulak terjadi.

Aku berusia dalam lingkungan 25-30 an. Aku anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

Aku mempunyai 2 orang adik-beradik yang masih belajar seorang bakal menduduki SPM dan seorang berada di Tingkatan 1. Dahulu aku merupakan pelajar lepasan SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN (Sistem Lama).

Sewaktu STPM dahulu aku mengambil subjek Pengajian am, Biologi, Kimia, Fizik dan juga Mathematics.

Alhamdulilah pointer aku cemerlang dan melayakkan diri aku ke program ijazah pertama universiti awam.

Selepas tamatnya pengajian STPM aku ditawarkan ke program IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KIMIA KEPUJIAN disalah sebuah universiti awam

Ketika itu hanya motosikal sahaja yang aku tahu tunggang. Aku juga ambik berat terhadap pelajaran adik-adik aku ketika itu dan mengajar diaorg sehinggakan kerja sekolah mereka aku yang buatkan.

Kerja kursus SPM adik bawah aku seorang ini aku yang siapkan dengan harapan aku mahu dia fokus pada pelajaran dan tidak mahu tertekan dengan kerja kursus berkenaan.

Soal kerja kursus biar aku uruskan. Tugas beliau adalah untuk fokus pada pelajaran sehinggalah habis SPM.

Alhamdulilah selepas sahaja keputusan SPM diumumkan , berkat usaha didikan aku adik aku berjaya memperoleh straight’s A SPM mengalahkan keputusan SPM aku.

Takpe aku tidak cemburu dengan pencapaian beliau miliki malah aku lebih bangga dia berjaya dari aku atas didikan dan tunjuk ajar daripada aku.

Alangkah terkejutnya bapak aku sekali lagi minta kepada aku untuk beri laluan kepada adik aku untuk sambung pengajian diplomanya sehingga tamat barulah beliau mengizinkan aku menyambung pengajian kembali. Tidak mengapa sekali lagi aku turutkan kata bapak.

Beberapa bulan kemudian tahun yang sama adik aku mohon UPU Keputusan Program Ijazah diumumkan. Alhamdulilah syukur rezeki aku masih ada dan ditawarkan ke program IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN.

Sekali lagi aku terpaksa tolak tawaran atas kehendak arahan bapak aku untuk aku berkorban demi keluarga sekali lagi.

Kali ini dia mahu aku uruskan kebajikan adik aku yang terakhir bersekolah. Dia berjanji kepada aku bahawa kali ini dia akan menghantar aku sambung pengajian setelah adik aku tamat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PT3).

Dia menyuruh aku mengulang semula MUET memandangkan tarikh luput MUET aku ketika aku ambik STPM makin luput. Ketika itu MUET aku ambik calon sekolah mendapat BAND4 ke atas.

Macam-macam janji manis yang aku dapat dari bapak katanya dia mahu keluarkan duit untuk bayar Yuran MUET aku ritu ketika aku mengulang MUET, padahal bapak PENIPU. Duit yuran MUET aku ambik terpaksa gunakan duit aku hasil aku bisness online.

Bapak kata dia janji dengan aku untuk pastikan aku dapat kerja kerajaan tapi sebarang temuduga kerja kerajaan aku pergi dia mula merungut.

Tahun silih berganti tahun, aku masih seperti itu tidak mempunyai apa-apa. Seorang demi seorang kawan-kawan aku sewaktu STPM dahulu tamat pengajian dengan jayanya di universiti masing-masing.

Kesihatan aku mulai sakit dan merosot sampailah ketika itu aku pernah terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bila aku sakit semua adik-beradik aku datang menjenguk aku di hospital, bila aku berusaha untuk ubah nasib aku dan masa depan aku tiada yang peduli malah dijadikan hamba abdi.

Aku mulai sedar diri aku ditipu oleh bapak kandung aku sendiri sejak beberapa tahun lalu. Korang bayangkan la betapa remuknya hati aku ketika seorang bapak tabur janji manis palsu kepada seorang anak.

Bayangkan la berapa tahun aku sudah sia-siakan waktu untuk berkorban demi keluarga aku sendiri sehingga masa depan aku tergadai.

Tawaran aku dapat sebelum ini disia-siakan begitu sahaja. Aku kecewa, aku depress bila bapak aku buat aku sebegini.

Sewaktu aku terlantar sakit, doktor sudah pesan supaya aku tidak boleh terlampau tertekan, tidak boleh banyak berfikir nanti aku sakit.

Apa nak buat, setiap tahun aku fikir dan berusaha untuk aku ubah masa depan aku. Dengan ada pendidikan sahaja yang mampu mengubah hidup aku sekarang.

Sehingga sekarang bapak tidak mahu aku ke mana-mana sama ada sambung belajar atau berkerja, beliau ingin aku duduk rumah sahaja sampai bila-bila.

Tolong kawan-kawan bagi kata-kata semangat dekat aku. Aku perlukan semangat dari anda semua.

– ANAK LELAKI BAPAK (Bukan nama sebenar)