Aku kerap ditindih dan mimpi ngeri. Dah banyak tempat aku berubat tapi sampai skrg aku masih kene tindih walaupun tido mengereng

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih kepada admin sekiranya kisah ni disiarkan. Tujuan aku menulis kalini adalah untuk menceritakan pengalaman aku sejak aku masih belasan tahun sehinggalah sekarang (awal 20-an).

Mungkin pengalaman dan kisah2 kena tindih ni agak normal, boleh kata hampir semua orang pernah kena. Yang membezakan pengalaman tu adalah, kekerapan seseorang tu pernah kena tindih.

Aku merupakan graduan lepasan universiti di Perak dan lepasan SPM dari sebuah MRSM yang mengambil pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Jadi, sebelum aku masuk MRSM, aku merupakan pelajar sekolah agama dari tingkatan 1 hingga 3.

Pengalaman first aku kena tindih adalah sewaktu aku tingkatan 2. Bila difikirkan balik, memang terlalu banyak pengalaman2 yang agak menyeramkan sewaktu aku masih lagi merupakan pelajar di smka, sbb asrama perempuan especially tingkat aku dulu boleh kata, agak keras..

Sampai tahap study ramai2 pun boleh kena kacau ramai2 lagi. Tapi yang tu aku tolak tepi dulu. InsyaAllah, aku ceritakan untuk entri lain kali. Entri kalini, pasal pengalaman ditindih dulu.

Bila difikirkan balik, sebenarnya pengalaman pertama aku kena ni sangat2 biasa dari yang aku dah hadapi sampai sekarang ni. Bila aku dah masuk ke MRSM, alhamdullah kisah2 menyeramkan tu dah berkurang..

Bila aku masuk ke universiti, waktu aku foundation, aku mula perasan yang ada benda tak kena dengan aku. Aku sangat2 cepat mengantuk, paling obvious setiap kali aku buka al-quran je, tak sampai satu page aku nak baca aku dah tertidur.

Lepastu, aku susah giler nak fokus, asyik mengelamun, fikiran melayang. Lepastu, suka pendam masalah, tak suka nak bergaul dengan orang, selalu sakit2 belakang walaupun tak buat kerja berat, mimpi pelik2 dan banyak lagi la masalah aku masa tu.

Selain dari tu, aku kerap kena tindih.. Sebenarnya, ada beberapa perkara common yang selalu jadi sebelum aku betul2 kena tindih.

Aku punya kekerapan kena tindih tu, smpai aku dah tahu tanda2 awal nak kena tindih dengan apa nak buat untuk elakkan kena tindih.

Kalau aku dah sedar rasa macam nak kena tindih je, aku cepat2 tidur mengiring dan baca ayat qursi, 3 qul dn doa tidur sebelum tidur balik.. Tapi kalau tak sedar, so kena la malam tu.

Aku akan cuba ringkaskan sebolehnya kisah aku ni huhuhu. Pngalaman sewaktu aku asasi, seperti biasa aku alami perkara2 yang aku mention td, lepastu yang paling mengerikan,

tiba2 aku rasa ada sesuatu yang meniup ke dalam telinga aku. Dalam hati aku, aku dah terbayang benda tu macam memuntahkan sesuatu ke dalam telinga aku.

Lepastu diikuti ada benda yang perlahan-lahan menyentuh belakang tengkuk aku. Aku tak pasti sama ada, tangan atau apa, dia rasa macam ada benda tapi benda tu bukan objek keras.

Dlm keadaan kedua belah tangan aku yang letak di belakang kepala, bleh plak benda tu tekan tangan kiri aku kuat giler, smpai aku tak boleh gerak.

Lepas beberapa ketika ok, kemudian tak ok balik. Tapi tak seteruk waktu awal2 aku sakit dulu. Cuma banyak bermimpi dan kena tindih.

Prnah sekali aku mabit (bermalam) di masjid universiti aku, malam itu aku bermimpi keadaan suasana berada di dalam masjid itu, seolah-olah macam betul sebab situasi dia sebiji macam tempat aku tengah tidur,

aku bersama dengan ibu dan kakakku dalam mimpi tersebut. (Cuma, yang sebenar, aku bersama dengan kawan2 aku).

Tiba2, ada sesuatu yang datang dari arah gelap. Aku cuba sedarkan diri dan baca ayat qursi. Aku berjaya sedarkan diri tapi terlelap balik dalam beberapa saat.

Lepastu aku kena tindih balik dn benda yang sama berulang. Aku cuba baca doa dan tidur balik tapi masih lagi kena tindih balik..

Aku terus tersedar selepas melihat wajah bayi yang mengerikan tu. Aku tak faham apa maksud mimpi tersebut, tapi aku kira mungkin itu menunjukkan ada sesuatu yang nak keluar dari badan aku.

Tapi boleh jadi hanya mainan tidur.. Alhamdulillah, aku beransur pulih dan keadaan aku bertambah baik.

Cuma, kadang2 tu masih ada kena tindih kalau aku terlalu letih dan tak tidur proper (wudhuk, baca doa tidur, 3 qul dan ayat qursi).

Setelah beberapa ketika aku sembuh, pernah sekali aku bermimpi buruk (maaf tak dapat explain detail mimpi sebab dah tak ingat dan dah lama), kmudian aku kena tindih.

Bila aku dh berjaya sedarkan diri, terus aku bangun berdiri tercegat sebelah katil aku. Kawan aku yang tengah tengok cerita kat laptop terkejut sebab aku bangun mengejut.

Tiba2, benda tersebut mencengkam kuat pelukannya. Aku tersentap dan tak boleh bernafas. Badan aku rasa sakit dengan cengkaman yang kuat trsebut, aku cuba untuk membaca ayat qursi, namun mulutku kemas tertutup.

Hanya lidah aku yang boleh digerakkan pada waktu itu. Aku membaca ayat qursi dalan hati sambil menggerakan lidahku dengan harapan benda tersebut akan pergi.

Alhamdulillah, perlahan-lahan cengkaman itu terlepas dan aku berjaya sedarkan diri bila sampai pada ayat terakhir ayat qursi tersebut. Hati aku lega..

Kawan aku yang masih belum tidur terkejut dengan keadaan aku yang bangun kembali. Bila aku cerita semua yang terjadi, kawan aku pun menyuruh aku untuk mengambil wudhuk sebelum tidur dan alhamdulillah aku tak kena tindih dah lepastu.

Disebabkan kisah ni, aku balik rumah untuk pergi berubat di darus syifa. Dan alhamdulillah, ustazah yang merawatku memberitahu bahawa takde apa yang merisaukan.

Cuma kena banyakkan amal ayat quran sebagai pendinding.. Benda tu dia datang kalau kita tidur dalam keadaan tak proper.

Alhamdulillah aku dah jarang kena tindih sekarang tapi masih ada cuma tak sekerap dulu la. Latest aku kena tindih, minggu lepas dan bulan lepas lagi satu.

Kadang2 aku pelik dalam keadaan mengiring pun, aku masih boleh diganggu oleh makhluk tersebut yang datang dari arah belakang. Memang seriau la setiap kali kena tindih tu.

Sekarang, aku dah tahu apa nak buat kalau kena tindih dan kadang2 even sebelum kena tindih aku dah boleh rasa kalau nak kena tindih dah boleh amek precaution awal sebelum kena tindih tu..

Sebenarnya, aku nak ceritakan kisah last aku kena tindih, which is berlaku pada minggu lepas waktu aku pergi bercuti ke tempat kakak aku kat cyberjaya.

Tapi aku rasa dah panjang aku taip ni, hahaha. Kesian korang nak baca habis cerita aku ni.

Pesan aku, sebelum kita tidur even letih macam mana pun, make sure baca doa tidur tu.. Lagi elok, ambil wudhuk sekali dan tambah 3 qul dengan ayat qursi. InsyaAllah, Allah lindungi kita dari gangguan2 makhluk halus ni.. Wallahualam.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)