Bila aku tengok harga rumah sewa murah mesti aku teringat kisah silam rumah sewa di Taiping

Kisahnya bermula, apabila aku dihantar oleh syarikat untuk bekerja di salah sebuah cawangannya di Taiping.

Alhamdulilah, setiap pekerja yang dihantar ke sana akan diberi penginapan dan sewanya di tanggung oleh pihak syarikat.

Rumah yang disediakan ini sangat besar namun sewa nya murah mungkin kerana kadar sewaan di taiping ketika itu rendah.

Rumah ini mempunyai 3 tingkat, dan begitu luas serta tingkat paling bawah berada di bawah tanah dan menyebabkan tidak ada pencahayaan yang mencukupi.

Puas mata aku dipejamkan namun masih belum boleh tidur. Aku baring menghadap katil kawan aku dan dibelakang aku hanyalah dinding sahaja.

Walau pun mata aku masih ku pejam, namun setiap persekitaran di dalam bilik itu masih boleh ku rasai. Aku dengar nyalakan anjing dari rumah sebelah.

Sudah menjadi kebiasaan bila malam menjelma, anjing- anjing dikawasan sekitar akan menyalak dan salakan mereka bersahut sahutan,

cuma malam itu aku rasa nyalakan mereka lain sedikt dan bukan seperti biasa dan salakan anjing – anjing tersebut semakin kuat. Aku meneruskan usaha untuk tidur, tapi masih tidak boleh,

pelbagai arah aku da cuba untuk dapatkan posisi tidur aku ke kiri dan
ke kanan aku pusing masih juga tidak berhasil.

Walaupun dalam ketakutan, sempat juga aku fikir macam mana ia muncul? Adakah disebabkan ia mengikuti kami pulang ke rumah?

Ini kerana perjalanan dari Terengganu ke Perak perlu melalui highway Grik. Aku bertolak lewat petang, jadi semasa melalui Grik dah malam dan jalan sangat gelap dan mungkin ‘benda’ tersebut menumpang sekali.

Banyak kemungkinan yang aku fikirkan ketika itu, tetapi dalam masa yang sama mulutku membaca surah yang aku hafal. Setelah puas aku membaca surah – surah tersebut , aku akhir nya terlena.

Kesokkan hari aku bertanya kepada kawan aku ada tak dengar apa -apa semalam? kawan aku menidakkan kerana dia tidur m**i akibat kepenatan.

Selepas kejadian itu, barulah aku tahu daripada rakan rumah yang lain, mereka juga pernah terkena gangguan seperti itu ketika menonton televisyen di tingkat bawah, tiba – tiba terdengar perabut di alihkan di tingkat atas.

Bila di teliti, tiada apa – apa yang berlaku di atas. Di tingkat bawah, kedengaran seperti bermain guli pada waktu malam. kedengaran nama di panggil ketika keseorangan di rumah itu.

Selepas itu, kami telah berpindah ke pejabat utama di ibu kota, manakala rumah itu telah diserahkan kembali kepada tuannya. Semenjak itu,

kalau aku lihat kalau ada rumah yang cantik dan besar untuk dijual atau untuk disewa dengan kadar sewa yang murah dari harga pasaran, membuatkan aku teringat kembali rumah 3 tingkat di Taiping itu.

Sekian.