Masa aku tengah sedap tidur tiba2 rasa rambut aku dibelai. Bila aku pusing sikit aku nampak sesuatu.

Benda ni jadi masa dkt rumah sewa aku. Confirm Farah baca citer nie dia carik aku. Btw, rumah sewa aku ni ada 5 bilik; 1 dekat bawah, 3 atas, 1 attic and each room dapat katil besar almari semua tu lah.

Setiap seorang akan dapat satu balik tau, first year aku dapat bilik kira macam master room kot sebab besar and then 2nd year aku pindah bilik lain just nak be fair untuk yang lelain lah kan and 3rd year aku pindah dkt rumah yang kakak aku cerita kan tu.

Masa mula-mula pindah takada apa-apa pun benda mistik jadi dekat aku. Ye,dekat aku.

Aku sorang je yang kena kacau dekat rumah tu yang lain pendinding dorang kuat agaknya. Aku anggap rezeki aku. Hehehe. Okay, jom mula.

FIRST YEAR, 2014-2015
Waktu tu memang musim submission, aku jenis suka buat kerja dekat library sampai lewat malam sebab 24jam bukak.

Agak-agak aku nak balik tu, aku balik lah (around 2,3,4,5am) waktu tu winter malam dia panjang; jam 820am kau masih boleh subuh. Hahhaha

Bila dah ternampak ni, terus aku pekik “Allahu Akbar!” tapi suara tu tak keluar macam tersekat.

Kali kedua aku cuba buat benda yang sama, sambil nak kedepan kan tangan aku; Alhamdulillah lah berjaya gerak kan badan aku.

Bila aku pusing habis aku tengok takada siapa pun sebelah aku nenek tu pun entah hilang pergi mana. Terus aku baring dekat tengah2 katil konon nya lebih selamat and sambung tidur.

Sejak kejadian nenek tu, aku selalu jugak lah kena tindih. Tapi setakat tindih tak tunjuk muka dah cukup okay lah, macam redha kan?

Malas nak layan sebenarnya sebab aku rasa kelas dengan assignments aku lagi penting.

So dia nak tindih, tindih lah. Emosi tak terganggu pun, sebab aku yakin aku tak pernah kacau diaorang. Lama-lama takde dah kes tindihan. Aku suspect dia ikut aku balik rumah kot dari library tu, siapa tahu kan?

Dalam masa yang sama aku nampak dekat sudut hostel tu ada lembaga hitam tengah tengok aku. Lembaga hitam kepala merah.

Tengah aku mengucap tu tetiba lembaga tu berdesup pergi dekat depan aku sambil mimic aku “tak ada Tuhan yang disembah selain Allah!”

dia cakap benda ni dengan nada yang marah dan mengejek and dia ada sebut nama dia tapi aku lupa; nama dia start huruf A tapi tak ingat sorry!

Masa ni lah aku nampak rupa dia. Macam mana eh nak cakap, dia macam pakai coat hitam muka dia merah gila and rambut dia belah tengah.

Bila dah close up macam tu, aku pun tersedar dari tidur. Bila tersedar tu aku tak boleh bergerak lansung, and yes aku nampak lembaga tu ada dekat sudut bilik aku.

Masa tu macam2 surah aku baca tak habis dia macam tersekat2 tahu-tahu boleh gerak dan lembaga tu pun dah takde dekat situ. Seperti biasa, aku sambung tidur balik.

Selain dari tu, aku baru nak terlelap. Lepas tu aku rasa macam ada orang pijak tilam aku tu.

Aku pun bukak lah mata, bila bukak mata tak boleh gerak dah. 2 3 kali jugak lah benda ni jadi tapi malas layan. Kalau layan kang lagi seronok dorang kacau kan.

Jadi itulah pengalaman mistik aku dekat negara orang.
Sekian,