Suatu malam ada Makcik jual karipap ketuk pintu. Rasa kecian aku pun beli. Tp aneh mcm mana dia naik sampai tingkat 5

Hi, just call me S.M, ini kali kedua aku post dekat sini. Cerita pertama aku bertajuk #SuaraYangMemanggil.

Kali ni aku nak cerita tentang kolej kedua aku dulu, juga terletak di utara tanah air. Okay jom, ikuti kisah aku.

Masa ni tak silap aku, tahun 2013 masa tu aku semester 2, hostel aku tingkat 3. Aku dapat bilik 2 orang, masa aku masuk tu roommate aku dah ada tapi dia beritahu aku dia nak pindah bilik,

so aku macam terkejut kenapa tiba-tiba nak pindah bilik. Dia cakap dengan aku sebab dia sakit (asthma) jadi warden tukar bilik dia kat ground floor.

Aku pun pasrah je la bila takde roommate, masa tu aku takdelah sedih pun, happy lagi ada, dapat bilik yang kau sorang je conquer.

Mak cik tu jawab ringkas, “karipap.” Aku pun macam “oh..karipap.” Aku mulanya tak nak beli sebab aku dah makan nasi, tapi bila tengok muka mak cik tu, tak sampai hati pulak, malam-malam jual kuih kasihan pula tengok dia.

Aku pun beli la singgit ke dua ringgit ntah. Pastu dia ucap terima kasih, aku balas sama-sama sambil lontarkan senyuman paling manis dalam abad ni, haha. Aku perhati je mak cik tu jalan, lepas tu aku masuk bilik, sambung study.

Esok tu aku pergi kelas macam biasa, petang lepas habis kelas, aku keluar berniaga (berniaga dalam kampus je la). Aku pun bersembang dengan member aku, member aku buka cerita, lebih kurang gini la cerita dia,

“eh tadi kecoh dekat kelas, pasal ada mak cik jual karipap kat hostel.” Reaksi aku macam pelik dengar, yelah benda nak kecoh sangatnya, mak cik jual karipap je pun, relaks la aku pun berniaga, “apa yang kecoh sangat?

Kenapa dengan mak cik jual karipap tu?” Member aku jawab, “Entah la diorang, diorang kata mak cik tu hantu!” Berdesing telinga aku dengar, aku takleh hadam pula ayat dia. Aku tanya tak puas hati,

Aku ingat sampai aku beli je, lepas daripada tu aku tak ingat dah. Masa tu member aku tak tahu nak cakap apa, aku pun dengan penuh desakkan tanya, betul ke mak cik tu hantu?

Member aku cakap maybe budak kelas dia emotional sangat fikir bukan-bukan, dia yakinkan aku bahawa mak cik tu adalah manusia!

Tapi aku dah macam orang gila fikir yang memang tak logik sebab apsal dia nak jual malam-malam, dalam hostel pula tu, dia dapat access dari mana masuk kawasan hostel, dah tu dia sorang-sorang pulak,

kalau dia bawa cucu dia ke atau anak dia ke takpe jugak. Yang lagi aku bengang, macam mana aku boleh lupa aku makan ke tak karipap tu tapi aku yakinkan diri aku yang aku tak makan karipap tu,

aku buat teori sendiri (sebab aku musykil apsal aku tak ingat) yang malam lepas beli karipap tu aku study sampai tertidur, lepas tu aku bangun pagi tengok aku lupa makan karipap, sebab takut basi, aku buang karipap dalam tong sampah.)

diorang kata pernah terjumpa and masih jadi perbualan students tapi haha diorang pun tak nafikan kemusykilan diorang tentang mak cik tu.

Okay cerita dah tamat. Thanks, sudi baca. Tak seram sangat pun tapi bagi aku seram la sebab jadi kat aku kan.

Nanti ada masa aku kongsikan lagi kisah aku diganggu waktu menghuni sebuah condominium di ibu kota.