Rumah hostel aku ada 5 bilik. Hari tu semua tak balik rumah. So ak duduk dalam bilik kunci pintu. Lepas solat ak dgr ada org bukak bilik depan.

Aku melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta, maklumlahh tak dapat tawaran sambung mna2 U awam (aku budak budak pandai pun).

Kolej swasta ni terletak betul2 ditengah2 bandar Melaka (kau jagan ingat Bandar pun tak ada hantu). So, hostel ni dekat je dengan kolej aku, ada 4 block and hostel tu yang duduk hanya perempuan je no lelaki (but skrg dah ada students lelaki duduk situ).

Level rumah aku level 11 rumah no berpa and block yang mana biarlah rahsia yee. Rumah aku tu ada 5 bilik, so satu bilik utk dua orang, ada 3 toilet 2 dekat dalam 1 dekat luar and ada 2 bilik mandi.

So, tadikan ada 5 bilik and bilik2 ni dilabel dari A sampai E (sebab ada 5 bilik). Bilik aku bilik C kira nya bilik belakang lah depan bilik aku bilik D, betul2 mengadap depan2.

Orang ada cakap klau bilik depan2 ni salah satu pintu kena bukak sebab nanti benda tu buat main pintu (aku tk tahu betul ke tak).

Bilik A- senior
Bilik B- Ira (dia sorg je)
Bilik C – Aku dgn ekin
Blik D – Tieya dgn wina
Bilik E – Mila dgn nora

Tapi hari tu, memg tk ada siapa balik sebab dieorg dh bgtau dkt group rumah yg dieorg tk balik stay dekat kolej je.

So, disebabkan tak ada orang maka aku pun masuk bilik kunci pintu semua. Then aku makan, solat semua lepas tu siap2 nak pegi kelas baliklah kann.

Tengah2 solat tu aku dengar pintu bilik depan aku (bilik D) terbukak tau tapi aku tk dengar bunyi tapak kasut orang (tapi masa tu, aku fikir ohh member bilik depan balik lah tu).

Lepas aku siap then bukak pintu nak pakai kasut aku perasaan pintu bilik depan terbukak luas je tpi tingkap tutup rapat bekunci lagi.

Tengah2 pakai kasut baru aku teringat satu benda kalau wina balik dia mesti balik dgn nora and dieorg kalau balik dieorg akan jerit2 panggil aku (sebab memg aku je yg rajin balik rumah) and ketuk pintu bilik aku (ni tabiat dieorg).

Tieya jawab “Kunci lah, sebab aku tinggal laptop dekat bilik” (tieya jwb sbb dia kelas lewat dari wina).

Then aku jwb “kenapa pintu bilik korang terbukak luas tadi ? Then, siapa yang bukak pintu bilik korang?”

Semua terus terdiam, sebab masing2 terperanjat. Lepas hbis kelas petang. Kiteorg semua balik serentak lepas kes aku kena kacau.

Then, kiteorg buat mcm biasa, malam tu siap masak2 (pukul 10 baru nak masak, sebab tiba2 bdk2 ni lapar). Then kwn sebilik aku ni lepas siap makan dia boleh pegi buang sampah malam2 tu jugak masa tu pukul 1 pagi dah.

So, lepas tu kiteorg pun masuk tido (ohh, bilik aku time ni kongsi 4 org, sbb wina selalu tk ada dkt rumah and mila pun selalu dkt bilik aku sebab nora selalu keluar malam, jangan tanya urusan apa dieorg buat and katil tieya angkut masuk bilik aku so ada 3 katil kongsi 4 org).

Pintu bilik dieorg terbukak sendiri lahh even dh kunci, benda tu tolak tarik pintu buat main, dieorg ckp nasib baik tk main cak2 ba je.

Benda ni kacau sikit2 je, ada satu hari tu aku nk guna toilet tau. Kan aku caka ada dua toilet, kiteorg selalu guna toilet sebelah kanan, kiri tak guna sebab taka da toler tau (org jawa tahu) susah lahh tk ada toler sebab tandas duduk.

So, time tu toilet kanan tu ada senior aku guna and toilet kiri time tu tetutup rapat siap siap tk boleh nk tolak (berkunci dari dalam).

Aku pun pelik siapa guna sbb bdk2 ni semua dlm bilik study nk exam. Then, aku pun tunggu depan tu sampai senior aku siap.

Aku pun masuk toilet kanan lepas senior aku siap, bila ku dh siap then nk flash aku pun dengar toilet sebelah flash.

And malam tu jugak time aku nk tido tiba2 ada kain putih dok helok terbang sebelah tingkap bilik aku tu (kiteorg memg tido tak tutp tingkap sebb panas lgypun duduk tingkat tinggi, so angina masuk).

Dari aku elok2 nk tido, terus tk boleh tido dalam hati dh sumpah seranah sebab besok aku dah lahh last paper lepas tu tak boleh tido, benda yg aku baca pun dah terbang melayang ikut kain putih tu terbang.

Okeyy, setakat ni je cerita aku. Cerita aku tk berapa seram tpi time aku kena tu memg seram lahh sebab yang kena dekat rumah tu aku sorang je, maklumlah dia tahu yang aku boleh nampak benda2 ni.