Aku masuk kolej. Pelik bila kawan anak org kaya, speaking English pastu siap bawak kereta mewah

Panggil aku Encik M, aku dalam lingkungan 30 an dah sekarang.

Dulu-dulu masa aku belajar di sebuah IPT yang memang sangat terkenal di Malaysia ni, aku ni jenis susah nak fokus dalam pelajaran. Sebab paling utama adalah masalah komunikasi waktu belajar sebab most of the learning process and most reference books are in English.

Aku memang terkial-kial betul nak hadamkan apa lecturers cakap dan aku rasa sangat inferior waktu tu akibat kelemahan aku berkomunikasi dengan rakan sekelas.

Diorang ni majoritinya dari jenis family yang kaya-raya, speaking English kat rumah dan bawak kereta mewah ke kampus universiti.

Bagi rakan-rakan sekelas aku yang dari families sederhana tu, biasanya mesti akan ride motor ulang alik di kampus dan majoritinya memang tinggal kat rumah families berdekatan serta ada jugak yang lebih dari mampu nak menyewa di luar kampus.

Oh ye, waktu tu setiap semester, aku mesti akan diundi oleh rakan-rakan sekelas aku untuk jadi wakil kelas atau bahasa kampusnya disebut Class Representative (Class Rep).

Position tu bukan maksudnya aku jadik Ketua Kelas, ia hanyalah tanggungjawab dan bebanan kerja yang lebih sebab aku dikehendaki datang paling awal dalam kelas,

mesti tanya lecturers apa keperluan untuk persiapan kelas contohnya macam nota edaran, nota fotostat hatta ke sekecil-kecil perkara seperti padam white board pun aku mesti buat.

So aku ni memang jenis skema giler, suka duduk barisan depan kelas, aku mesti akan pastikan aku duduk paling dekat dengan lecturers.

Sebabnya mudah, nanti lecturers tu akan bagi lah semua arahan-arahan untuk aku laksanakan bagi sesi kelas-kelas berikutnya.

Sesiapa yang ada pengalaman macam ni dalam kampus universiti, memang begitulah. Rasa perittttt ya ampun!! Aduhhh, memang rasa sakit hati dan upset. Tapi itulah kan, pengalaman hidup dalam kampus.

Untuk pengetahuan korang, pada setiap semester aku akan jadi Wakil Kelas. Aku adalah sasaran UTAMA untuk diorang suruh aku buat kerja-kerja tu setiap semester.

Ternyata selama lima tahun berturut-turut aku kat kampus universiti ni, aku akan bergelar Class Rep atau diorang ada jugak kutuk-kutuk kat belakang aku kata aku ni KHADAM KELAS.

Subhanallah, itulah yang aku lalui setiap semester pengajian. Namun begitu, semua ni ada hikmahNya sebab daripada usaha gigih dan keringat aku menanggung susah payah itu, most of the lecturers memang suka kat aku.

Lecturers akan bagi more attention pada aku kerana mereka anggap aku ni boleh diharap untuk buat kerja-kerja wakil kelas.

Puncanya begini, aku ni memang jenis berdikari dan susah nak mintak tolong kat orang kalau perkara tu aku boleh buat sendiri.

Especially perkara-perkara berkaitan urusan dokumentasi, penulisan, kerja-kerja research dan sebagainya.

Tak tau nak cakap macam mana, memang mungkin faktor umur barangkali. Waktu aku belajar dalam FASA KEGELAPAN tu kan dalam umur 21 macam tu.

Aku rasa mentah lagi kan waktu tu, aku ni sangat degillah jugak kalau dalam bab-bab interaksi kehidupan ni.

So, pada waktu tu lah.. Ok, nama eksekutif ni yang aku gelarkan sebagai Bro K. Maka bermulalah FASA KEGELAPAN dalam hidup aku waktu tu.

Antara faktor penting yang aku boleh bertahan dalam FASA KEGELAPAN tu ialah bila aku dah menempuh begitu banyak susah payah dan struggle untuk deliver results yang pihak industri nak.

Itu yang aku paling tak boleh lupa. Terima kasih Bro K dan syarikat industri yang aku bekerjasama waktu tu.

Aku sangat appreciate dengan pengalaman getir tu yang menjadikan aku lebih tabah, sabar dan merendah diri dalam mengharungi segala onak duri kehidupan ini.

Kadangkala musibah-musibah yang berlaku dalam hidup kita akan menjadikan kita LEBIH SUKSES, In Shaa Allah!! Have faith and be stronger!!!