Aku tersedar benda tu baring sebelah aku pastu tiup2 telinga dan muka aku. Automatik bende ni terjadi

Cerita ni tak panjang mana pun pendek jaa. Kalau ada yang tak mau baca tak payah la baca dah nama pun cerita tak berapa seram kan so jangan banyak complain.

Okey aku terang sikit tentang kedudukan bilik aku. Rumah aku ni rumah kampong ja, rumah aku mempunyai dua tingkat dekat bawah bata and dekat atas papan (so sapa duk kampong tahu la macam mana noohh). Bilik aku dekat atas and di hujung sekali.

Pada bulan dua dan bulan ni ada laa kejadian yang aku alami sendiri bagi aku tak seram mana pun sebab selalu and dah biasa duk kena kacau dengan benda-benda mistik ni. Al maklum la aku dah biasa duk kena-kena rasuk and hysteria ni.

sebab kadang-kadang aku akan berubah tempat tidur kadang-kadang aku tidur sebelah kanan kadang tu sebelah kiri ikut keselesaan aku la).

Lepas tu aku dapat rasa benda tu (tak tau laa benda apa) baring di sebelah kanan aku and yang paling tak boleh blah tu boleh pulak benda tu peluk aku dia ingat aku bini dia kot

and dalam masa yang sama aku dapat rasa jugak ada benda tu di sebelah kiri aku tapi rasa macam budak kecik la. Budak tu boleh pulak duk main-main atas katil kira rasa laa tilam tu macam orang duk pijak-pijak tilam.

Aku pun apa lagi baca laa ayat kursi bagai tapi tu la kan mesti akan berterabur la tak tau la berapa kali aku baca sampai laa ke pagi tu aku sedar jaa berpeluh habis sampai basah baju aku.

Dan sampai sekarang aku tak tau tu benda apa yang mai teman aku tidur. Aku ingat kan benda tu dah tak akan teman aku lagi time aku tidur tapi dia mai lagi rupa nya.

badan aku apalagi time tu hanya ingat ayat kursi ja la, aku pun baca la sampai tangan aku boleh bergerak and tepis benda yang duk tiup tu last-last aku pun tersedar sepenuhnya benda tu pun hilang. (maybe benda tu nak kejut aku bangun tidur kot).

Confirm hampa tak faham kan sebab aku pun tak tau nak cerita macam mana nak bagi semua faham cerita ni.

So faham-faham sendiri laa kalau nak komen kata tak faham pun aku okey ja komen laa selagi boleh kan. Okey bye.

Tak puas hati komen jaa aku akan baca komen-komen anda semua and terima dengan hati yang terbuka dan positif ja.