Aku Anis. Baru 27 tahun dan ada kekasih Nizam namanya. Aku kecewa bila aku merajuk ini yg dia buat. Aku hilang keyakinan diri.

Hai. Nama aku anis, berusia 27 tahun. Aku tak pandai mengarang cerita, jadi aku harap korang dapat bersabar dengan penceritaan aku ini.

Aku ada kekasih, namanya nizam. Sebaya aku. Kami dah bersama selama 6 tahun. Aku lulusan sarjana muda Chemical Engineering, graduated in 2015 dan dia mengambil bidang perundangan, insyaAllah tahun ini tahun terakhir dia.

Aku duduk bersama keluarga di shah alam dan dia belajar di universiti terkemuka di ibu kota. Jarak kami tak begitu jauh kan?

Tapi jarang sangat dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama, lagi-lagi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Masa awal2 bercinta dulu, kami berjauhan.

Jadi kami biasanya akan call setiap hari, skype setiap malam (konon study sama2), dan msg sepanjang hari.

Kalau aku merajuk, aku tak kan dipujuk kerana nanti dia pula yang merajuk sebab katanya aku tak memahami situasi dia. Tapi aku masih lagi mencuba untuk merajuk.

Dan setelah banyak kali aku mencuba, akhirnya aku mengalah. Ayat yang dia ungkapkan pada aku ketika itu buat aku sungguh terasa.

Dia memarahi aku kerana tak pernah memahami kerja2 dia dan dia berkali2 menyebut apa yang dia buat semua ini adalah untuk kami.

Aku terdiam.

Aku hadam betul2 kata2 dia. Lalu aku buat keputusan untuk jadi lebih memahami akan tugas dia dan tak menyusahkan dia dengan perangai merajuk aku.

Dulu, kalau dlm tempoh 12 jam aku tak dengar khabar dari dia, aku akan terus call atau msg dia berulang kali sehingga dia balas.

Jadi aku pendam kan saja. Aku dah jarang cerita masalah aku pada dia. Rasa macam hilang kawan baik. Feels so alone n lonely. Nak cerita kisah2 yang seronok pun aku segan.

Takut dia taknak layan. Biasanya dia telefon aku untuk cerita perihal hari dia dan perbualan kami di telefon biasanya tak lebih 5-10minit.

Lepas dia habis bercerita, dia akan mula menguap dan kata nak tidur. Tak kan aku nak paksa dia untuk korbankan tidur nya semata2 utk berborak dengan aku?

Kalau berjumpa pun sama. Dulu, boleh lah habis kan seharian masa bersama. Pergi jalan2, tengok wayang, makan2, pergi tasik dsb. Tapi sekarang, kami jumpa tak kan lebih dari 3 jam.

30min pertama, cari tempt makan. 60min lagi dihabiskan di kedai makan. Kalau aku bernasib baik, dia akan fokus pada aku, kalau sebaliknya, fokus dia pada handphone.

Setelah tamat degree, kawan2 aku berpusu pusu mencari kerja. Aku pula masih takut2 dan overthinking.

Macam mana interview, nak pakai apa pergi interview, bagaimana kalau aku memperbodohkan diri sendiri depan interviewers dsb.

Jadi aku decide untuk buat kerja online. Aku jadi droshipper dan memulakan perniagaan makanan aku sendiri. Tapi, nizam tak suka aku kerja begini.

Dia selalu paksa aku untuk mencari kerja, dan kalau kami berjumpa, itulah topik yang dia selalu bincangkan. Aku jadi rimas dan down.

Aku pernah cerita pada dia tentang sikap overthinking aku ini. Tapi dia tak percaya dan mengatakan aku banyak alasan dan seringkali dia tunjukkan yang dia kecewa dengan aku.

Aku tak rasa aku dan dia begitu. Aku rasa chemistry antara kami pun dah tiada. Aku rasa dia x fikir aku cantik dan interesting seperti dulu. Dan aku sedar aku bukan keutamaan dia.

Aku pernah cuba untuk minta putus sebelum ini tetapi kemudian aku batalkan kerana aku tak nak menganggu emosi dia ketika dia sedang belajar.

Dan sekarang peperiksaan dia pun sudah tamat. Aku sedang berkira2, bila patut aku katakan hasrat aku yang aku mahu berpisah. Aku tak mahu dia mensia2kan masanya dengan aku.

Kerana aku tahu ada yang lebih layak untuk dia. Aku tak mahu dia dengan aku. Kalau aku ditempat dia, aku sendiri tak mahu berkahwin dgn org seperti aku. Akan menjadi satu beban yang menyusahkan.

He is a really great guy. Dia lelaki teramat hebat. Dia bekerja secara sambilan untuk menampung yuran belajar.

Dia memperjuangkan hak pelajar di kampus sendiri dan sering melakukan kerja2 amal. Dia juga membimbing rakan2 nya untuk sedia membantu pelajar2 di kampus yang mempunyai masalah.

Rakan2 nya sgt mengasihi dia. Sanggup berhujan panas bersama2. Pensyarah2 dia juga sangat senang dengan sikapnya yang baik itu.

Mana mungkin orang seperti aku layak untuk orang seperti dia? Aku sedar diri dan aku tak mahu menyusahkan dia lagi.

Izinkan aku undur diri untuk beri ruang kepada bidadari yang layak untukmu, Nizam. Aku bukanlah untukmu.

– Anis