Kakak pergi oversea 5bulan. Aku terus tidur dibilik dia. Tengah aku tidur malam tu ada yg mendekati aku.

Aku AJ, perempuan dan berumur 20-an. Sejak kecil, aku ni ada 6th sense. Bukan setiap masa aku nampak, Cuma bila diizinkan Tuhan saje aku boleh nampak dan dengar makhluk halus ni.

Deep down, aku dah taknak nampak,dengar, diusik, rasa atau apa2 jelah kaitan dengan makhluk halus ni. Tapi aku tak tahu macam mana nak tutup hijab ni.

Aku ada alami banyak benda aneh. Tapi kali ni aku nak kongsi pasal kisah yang terjadi kat aku pada satu malam. Mulanya macam ni, satu hari ni aku decide nak tido kat bilik sewa kakak aku sebab aku dah lama tak jumpa dia.

Company dia(kakak aku) hantar dia ke oversea sebab ada project kat sana. Kiranya, bilik dia tu dah tak berpenghuni selama lebih kurang 5 bulan.

Aku pun bermimpi (sebenarnya tak pasti sama ada aku mimpi atau separuh sedar). Dalam mimpi tu, aku tengah tido dalam bilik kakak aku tu la.

Kakak aku ada kat sebelah aku, sedang tido. Tiba-tiba aku nampak ada dua bijik kepala. KEPALA SAHAJA. Bukan macam penanggal tu. Kepala tu terapung-apung di sebelah kiri dan kanan aku.

Rambut dia hitam dan panjang, mata terbeliak, mulutnya tersenyum lebar nampak gigi kepada aku. Muka dia tak berdarah atau berkedut ke apa.

Cuma pada aku, senyuman lebar sekali package dengan mata terbeliak tu buat aku rasa seram sangat. Dua bijik kepala tu tengok je aku dengan mimik muka dorang macam tu. Tak lama tu, dua bijik kepala tu ketawa mengilai kuat gila, seakan-akan mengejek aku yang sedang panik masa tu.

Pastu aku terjaga. Aku nampak macam rambut panjang membelakangi aku. Semestinya bukan kakak aku sebab rambut kakak aku pendek.

Susah nak lelap balik mata aku ni sebab aku duk teringat-ingat muka hantu kepala yang hanat tu. Seram lah. Ntah macam mana, tengah dalam perasaan seram macam tu, aku terlelap jua. Dan.. aku pun mengalami mimpi kedua..

Dalam mimpi kedua ni, waktu itu waktu petang dah nak dekat maghrib, aku berada di satu kawasan rumah. Rumah tu rumah agam besar berwarna putih dan kedudukannya di tepi pantai.

Memang cantik kawasan tu. Masa tu aku berseorangan dalam kereta. Aku macam tengah tunggu orang tapi aku pun tak pasti aku tunggu siapa.

Tiba-tiba aku nampak sorang pakcik tua keluar dari rumah agam tu sambil pegang senapang dan cangkul. Pakcik tu gali lubang segi empat besar dan dalam di depan rumah dia.

Aku hanya duduk diam dan tengok sahaja dari dalam kereta. Tiba-tiba… BANG! Pakcik tua tu menembak orang-orang yang berdekatan dengan rumah dia.

Aku tengok jam, pukul 4am. Aku dapat rasakan apa yang kacau aku tadi, masih ada di situ dan tak pergi lagi. Aku pulak taknak kejut kakak aku sebab esoknya dia kerja.

Aku kesian. Nanti dia tak cukup tidur dan rehat. Aku cuba bertenang. Aku buat amalan yang sama, al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul. Aku pun terlelap sekali lagi..

Dan aku bermimpi lagi.. Tapi kali ni berbeza sikit sebab aku tahu aku sedang bermimpi dan aku sengaja taknak bangun lagi sebab aku nak tengok apa jadi.

Korang pun mesti pernah mengalami mimpi macam ni kan? Mimpi dalam sedar.. Ok, back to the dream. Dalam mimpi tu, Aku masih ditempat sama.

Masih di kawasan rumah agam putih yang besar tu. Cuma bezanya, kali ini, aku di dalam rumah. Melalui sliding door kaca, kelihatan kubur yang besar tadi tu dah dikambus.

Lepastu aku cepat-cepat sedarkan diri nak bagi aku terjaga. Aku tengok jam, pukul 5 setgh pagi dah. Aku pun berhuhu je lah tunggu subuh dan tak tidur balik. Ye, aku mengaku aku penakut, nak gi tandas pun tak berani. Azan subuh berkumandang, barulah aku berani.

Itu je la pengalaman yang aku nak kongsi buat masa ni. Aku rasa aku dikacau oleh makhluk yang duduk dalam bilik kakak aku tu. Yelah, bilik tu dah lama ditinggalkan.

Aku pulak datang dan rancak menyembang dengan kakak aku. Huhu.. Oklah, ada masa nanti aku kongsi kisah lain pulak. Maaf ya kalau ada kekurangan dalam penulisan ni.