Lepas baca yasin. Tiba2 ika nangis2. Dia nampak bende kat belakang. Kka terus tarik selimut tutup kepala dia

Pertama sekali aku ingin kenalkan diri dulu, kamu semua boleh panggil aku DNA..

Maaf kalau penggunaan ‘aku’ kedengaran kasar.. Aku merupan pelajar di sebuah ipta di Sabah..

Pada tahun 2009, ketika aku dalam tahun menghadapi PMR(masa tu belum ada pt3), pihak sekolah telah mengadakan satu kem yang dinamakan sebagai Kem Gemilang Solat,

dimana para pelajar SPM dan PMR dikumpulkan sekali untuk menjalankan solat hajat, bacaan yasin dan qiamullail.. Kem tersebut dijalankan selama 2 hari 1 malam..

Pelajar perempuan form 3 ditempatkan di sebuah bilik darjah yand sudah lama ditinggalkan di tingkat 3, manakala pelajar perempuan form 5 ditempatkan di surau, bawah bilik darjah yang kami tinggal..

Aku pun buka la surah yasin, sebab memang kalau aku p mana-mana akan aku bawa tu surah yasin.

Lepas selesai aku baca yasin tu, tiba-tiba kawanku(Ika), menangis.. Terus aku tanya Ika, ‘wei Ka, awat hang reyau?’.. Ika jawab ‘ DNA, aku nampak benda belakang hang wei, dia dok marah sebab hang dok baca yasin ngan depa tu dok buat bising(geng gosip tadi)’..

Aku pun terdiam sekejap, dan terus suruh Ika tidur sambil aku bagi dia pakai selimutku. Ika tarik selimut sampai atas kepala, aku ingat dia dah tidur la kan.

Terus aku bisik dekat salah sorang geng gosip tadi ‘wei Ida, hampa jangan bising sangat. Ika ada nampak benda’. Terus si Ida bising bila aku bisik dekat dia pasal benda tu.

Aku buat bodoh jelaaa dengan dorang yang sibuk takut-takut tapi still bising tu. Aku pegi dekat Ika, aku tarik selimut yang dia tutup kepala tu, terus aku tengok muka,mata, bibir semua merah.

Lepas ustazah datang, ustazah suruh bawak budak-budak yang kena histeria tu pegi surau. Tak sempat aku nak halang, dorang dah bawak p surau.

Dalam hati aku dah kata, lepas mesti lagi ramai kena sebab dekat surau tu ada budak-budak SPM. Dan memang betul laa telahan aku, elok ja yang kena histeria tu masuk dalam surau, terus ada dua tiga orang senior kami sambung menjerit.

Makin parah dah kejadian masa tu, maka ustaz pun dipanggil untuk ubatkan kawan-kawan yang kena histeria tu. Ada sorang kawan aku, nama dia Farah, macam tomboi sikit budak ni.

Dia kena jugak histeria time tu. Ada ka patut dia p kejar ustaz sambil baling beg tangan ustazah hahahaha. Time ni memang aku rasa lawak sebab ustaz pun lari macam ayam berak kapur.

Tapi entah macam mana malam tu aku jadi terlebih berani, aku kejar kawan-kawan yang kena histeria tu sebab dorang lari.

Aku pulak terkejut la, apasai minah ni peluk aku. Tiba-tiba, naik segala bulu-bulu yang ada kat badan aku ni.

Aku dapat rasa ada benda yang duduk sebelah aku, memang aku rasa la bersentuhan (bukan ngan Ika). Aku tahu, benda tu duduk sebelah aku, terus aku jadi takut yang amat sangat.

Menangis aku masa tu, hampir-hampir jugak aku kena histeria tapi nasib ada ustazah datang tepuk belakang aku masa tu. Ustazah cakap ‘jangan menangis, benda tu suka kalau kita lemah.

Dah la hang tu besaq gedabak, kalau hang kena histeria, ustazah tak maw tolong ‘. Adui, sempat lagi ustazah ni dok melawak time-time aku dok seram lagu tu.

Terus aku tak jadi menangis, tak jadi la nak kena histeria. Lepas tu aku pun sambung la adegan kejar-mengejar dengan orang yang kena histeria.

Ada sorang senior spm yang kena tu, nama dia Ikin. Ikin ni rendah orang dia tapi chubby betul. Bayangkan la, masa dia kena histeria, dia boleh terjun tangga dari part atas tu sampai bawah tanpa sebarang kecederaan.

Aku pun macam ‘wow, amazing.. Banyak la lagi perangai-perangai pelik time histeria tu yang aku tengok tak boleh diterima pakai. Ada yang kena rasuk hantu tamil la, hantu toyol la.

Macam-macam jenis hantu la yang datang malam tu. Sampai ke subuh aku berkejaran dengan kawan2 yang kena histeria tu. Esoknya, memang bengkak la bijik mata ni, dengan tapak kaki pedih sebab time aksi kejar-kejar tu aku tak pakai selipar.

Kalau nak cerita ni, memang 10 ribu patah perkataan pun tak cukup, tapi sampai sini saja aku boleh cerita.Assalamualikum.