Aku tidur umah along. Masa tu aku pakai selimut. Tiba2 rasa selimut tu membelit aku sampai tidak boleh nak bernafas

Hi semua pembaca .Nama aku juju *bukan nama sebenar dan aku lepasan SPM hehehe.

aku nak cerita pengalaman aku kena kacau dekat rumah kakak sepupu,aku panggil dia along pada tahun 2016 tahun lepas.

Kejadian yang buat aku rasa trauma juga bila teringatkan balik kejadian tu.Kisah ni bermula bermula bila dia baru je berpindah dekat rumah baru dia,sebelum ni dia duduk rumah mak dia.Jenis rumah yang dia pindah tu ialah apartment macam biasa ada 3bilik dan 2bilik.

Ownerdia cina.
Masa tu cuti sekolah,along ada tanya nak x tidur rumah dia?.Jadi aku dengan dua orang adik aku pun setuju je nak ikut dia pergi tidur rumah baru dia.

Along ni dah kahwin dan baru ada anak tak silap masa tu anak baru je umur dlm 1 bulan lebih mcm tu.

Aku pulak sibuk main handphone suami along,dia bagi pinjam sekejap. Aku tak sedar aku main phone sampai pukul 1 pagi sebab khusyuk buka Lazada lah 11street lah duk window shopping jap.

Tetiba tengah best main phone mcm2 bunyi aku dengar.Aku diuji dgn bunyi yang tak masuk akal yg tak patut korng dngr masa pukul 1 pagi.

Mula aku dengar orang alih perabot dkt tingkat atas,time ni aku dah faham sangat lah dia dah bg signal suruh tidur lah ni tapi aku still hadap phone.

Tapi benda ni tak kenal erti putus asa,aku dengar orng buka pintu bilik,orng mandi lah,orng berjalan dkt luar lah.

Masa tu aku dh tak tahan sangat niat nak bersangka baik pun dah hilang so aku apa lagi terus tido.

Jeng jeng jeng part ni benda ni mengganas tahap gaban punya.Aku tak boleh tido masa tu.

Keadaan aku aku tido mengiring ke kiri(aku takut nak mengiring ke kanan sbb bhgn blkng aku kosong)atleast ada lah adik aku dkt sebelah kanan aku.

Ya Allah rasa kena hempap tu memang perit betul.Benda tu bukan tindih saja2 tapi dia ibaratkan ada orng yg menekan2 badan aku supaya aku ni jadi penyet mcm nak b***h aku.

Dia punya tekanan tu Allah sakit betul.Bila aku tersedar je,berpeluh satu badan dan aku masih lagi rasa sesak nafas.Tercungap2 juga aku rasa mcm baru lari 4x400m.

Lepas tu aku rasa takut rasa nak menangis dgn satu badan aku mengigil.Aku berharap sngt cpt lah masa berlalu.

Aku xberani nak buka selimut aku,aku baca ayat kursi lps tu baca 3 qul.

Sampai lah aku sedar Along keluar dri bilik dia nak pg dapur sbb nak buat susu masa tu baru lah aku buka selimut aku.

Nasib baik time tu azan subuh dah berkumandang xde lah aku takut sngt lega rasanya.Esoknya kita orng dh blik rumah semula.

Along pun pernh kena kacau juga dia rasa mcm orng berbisik dkt dia time dia tido tapi suami dia xpernh kena kacau lagi dan suami dia xpercaya bila aku cerita psl benda tu kacau aku.

Sedangkan kwn dia yg boleh nmpk pun ckp ada benda xkena dkt rumah dia. Tapi alhamdulilah benda tu dh x kacau lagi .

Aku minta maaf kalau cerita aku ni serabut sikit ataupun tak best.

Ckp psl nenek aku tu aku ada juga pengalaman yg seram dgn nenek psl budak homestay masa family aku dgn nenek pg bercuti dkt PD bulan lepas nak tahu nanti aku ceritakan lain kali.

Terima kasih admin jika publish kan cerita aku.