Opah tolak muka aku ke tempat lain. Terkebil2 aku lepas Opah buat mcm tu. Rupanya dia xbagi tengok budak tu.

Nama saya Imam Muda Jalut.

Okey, saya bukan imam muda dalam reality tv tu tetapi saya bakal imam seorang wanita yang bakal menjadi permaisuri hati saya.

Saya nak bercerita tentang kejadian mistik yang sering berlaku dalam keluarga saya. Saya berharap kalian akan terhibur. Selamat membaca.

TENGAH HARI menjelang petang. Bila dah redup sikit, atuk mengajak aku membersihkan laman rumahnya yang bersepah dengan daun-daun kering.

Kiranya, quality time aku dengan atuklah masa tu, walaupun kami bukannya bersembang pun. Kutip daun m**i je.

Aku berhenti menikam daun-daun kering di tanah dengan dawai besi sepanjang enam inci yang diikat pada batang penyapu lama, lalu berdiri di sebelah atuk.

“Pokok pun ada jantan betina ke, tuk?” soalku sambil tersengih. Aku tahu pokok ada jantan betinanya. Ada aku belajar di sekolah.

Saja je aku usik atuk sebab rasa kurang ajar pulak kalau aku tak layan sembang atuk. Dahlah orang tua tu jaga aku dengan baik. Bagi aku makan minum. Cucu apa aku ni kalau aku buat tak tahu aje bila atuk nak bersembang?

“Semua makhluk Allah ada jantan ada betina,” balas atuk.
“Eh, bukan semualah, tuk. Siput b**i khunsa.”
Pap! Kepalaku kena lepuk dari belakang. Cepat-cepat aku pandang atuk sambil menggosok-gosok kepalaku yang sakit.

Atuk lepuk perlahan je tapi orang ada ilmu ni, lepuk perlahan pun boleh bergegar otak dibuatnya!

Mula-mula dulu bila atuk sneak up macam tu, memang seram siut aku dibuatnya. Betul ke atuk aku ni? Ke hantu? Yalah! Ada ke manusia yang boleh gerak macam tu punya laju? Tak berbunyi pulak tu.

Tapi bila dah biasa, dah tahu memang itu atuk aku, tak adalah aku takut. Cuma masih tertanya-tanya ilmu apa yang dia pakai. Nak jugak belajar tapi atuk macam keberatan je nak turunkan ilmu dia tu pada aku.

Mungkin satu hari nanti dia risau aku akan salahgunakan ilmu tu kut. Masa umur 10 tahun ni memanglah aku suci murni tapi sepuluh tahun lagi, siapa tahu takdir aku? Mungkin aku jadi bapak gengster ke… perogol ke…

memang berguna sesangatlah ilmu sneak up tu.
Semasa aku menjeling dia tu, aku tengok atuk sedang berdiri tegak sambil merenung ke jalan tempat orang lalu lalang kat depan rumah.

Ah sudah! Dia nampak apa pulak? Aku terus menoleh dengan dada berdebar tapi aku tak nampak pun menatang tu. Merata aku pandang. Memang tak ada. Aku pandang atuk semula.

Tetapi muka atuk aku tengok masa tu dah hitam. Tersirap balik d***h aku sebab bila dia marah sangat baru muka dia jadi macam tu. Cara dia pandang apek tu macam dia nak b***h apek tu je aku tengok.

Aku perhati apek tu sekali lagi. Kutlah aku miss apa yang atuk nampak tapi memang aku tak nampak apa.

“Tuk! Tuk!” Aku panggil dia. Masa tu dia macam terkejut. Dia pandang je aku.
“Pergi masuk ke dalam. Mandi. Kejap lagi abah kamu sampai, kamu tak siap lagi!” kata atuk sambil melangkah masuk ke bawah rumah dan duduk di atas pangkin kayu tempat lepak dia.

Aku ikut ajelah cakap dia walaupun lambat lagi abah aku datang nak ambil aku. Aku masuk ke dalam rumah ikut dapur. Opah masa tu tengah bancuh kopi untuk laki dia.

“Dah habih kutip daun?” tanya opah sambil terjenguk-jenguk tunggu laki dia muncul di pintu.

Mujur rumah mama abah aku dekat, jadi takdelah aku kena bermalam di rumah tuk nenek aku tu kecuali bila cuti sekolah masa sepupu-sepupu aku balik kampung, baru aku tidur di rumah atuk.

Semasa tu aku tak ingat apa dah. Ingat seronok je. Bila malam, baru muncul rasa menyesal tidur situ terutamanya bila perut memulas di tengah malam buta!

Dah ambil tuala, aku masuk ke dalam bilik air. Bilik air rumah tuk nenek aku ni belum masuk pili lagi masa ni. Guna air telaga je.

Bilik air ni besar tapi dibahagi dua. Satu masuk ikut dapur, satu lagi kena masuk ikut luar. Telaga sebuah tu pun dibahagi dua oleh dinding zink yang merentang di atas mulut telaga tu.

Memang tak nampaklah kalau ada orang tengah mandi kat bilik air di sebelah sana. Nampak tangan mencedok air telaga ajelah.
Aku suka mandi di bilik air kat luar tu sebab terang sikit.

Aku telan liur. Tau bahana apa yang bakal aku mendapat sekejap lagi.
Tam! Tam! Tam!
“Jalut! Kau buat apa dalam tu?” Suara opah memekik di luar pintu.

Tergopoh-gopoh aku balut badan aku dengan tuala dan keluar dari bilik air. Rasa nak terkencing aku tahankan. Nak basuh dengan apa dah timba tenggelam di dasar telaga?

Tam! Tam! Tam!
“Jalut! Apa kamu buat lama sangat kat dalam tu?” pekik opah lagi.
Aku buka pintu. “Timba jatuh ke dalam telaga!” Aku bagi tahu opah.

“Ya Rabbi budak ni!” Atas bawah atas bawah opah pandang aku. Bengang sangatlah tu. “Masa tengah kelam-kabut nilah kamu buat hal!”

“Kelam-kabut pasal apa?” Aku mengekori opah ke bawah anak tangga di mana dia menyimpan segala macam benda alah, termasuklah timba dan tali spare.

“Jangan mengadalah, Jalut!” Opah yang marah. Tuk relaks aje.
“Tuk, nak ikut!” rayuku lagi bila atuk dah ambil tuala dia di ampaian.

“Pergilah siap kalau nak ikut. Takkan nak pergi pakai tuala je.”
Tersenyum lebar aku bila dapat lampu hijau dari atuk.

Terus aku naik ke tingkat atas untuk memakai baju sampai aku terlupa tentang benda yang menakutkan aku yang ada di tingkat atas rumah tu.

Masa lalu kat depan pintu bilik kecil tempat opah menyimpan tilam spare untuk anak-anak dia gunakan bila dia orang balik kampung, aku terdengar lagi bunyi pelik yang selalu menakutkan aku.

Bunyi tu datang dari almari kayu opah. Lintang-pukang aku berlari ke bilik tidur opah, ambil beg sekolah dan beg bajuku, lepas tu aku berlari turun ke dapur.

Kalau teruk, sampai tengah malam pun tak selesai.Di tingkat atas, aku terdengar bunyi daun tingkap ditutup. Tak lama kemudian opah turun.

“Kamu makan sorang-sorang je. Tak ajak ke pak cik kat luar tu?” tanya opah.
Aku menggeleng. Tak ingat langsung aku nak ajak pak cik tu.

“Pergi ambik cawan.” Opah memuncungkan mulutnya ke arah rak tempat dia menyimpan pinggan mangkuk. Aku baru je nak bangun bila atuk bersuara.

“Tak payahlah. Tak sempat!” Atuk turun dengan beg sangkutnya.
Opah tak membantah. Dia memang tak pernah bantah cakap atuk.

Dia tutup semua tingkap dapur dan pintu menghala ke ampaian. Atuk pula keluar mendapatkan lelaki yang duduk di pangkin.

Kemudian, kami semua naik kereta lelaki tadi. Tak ada sesiapa pun bersuara. Aku tengok opah dah start berzikir. Parah nampaknya orang sakit tu.

Atuk, aku tak nampak dia buat apa sebab dia duduk kat depan.
Sampai di rumah pak cik tu, hari dah dekat pukul enam petang. Kami ikut lelaki tu ke pintu rumahnya.

Dari luar aku dapat dengar suara seorang budak lelaki memanggil-manggil datuk dan neneknya. Aku tengok pesakit tu lebih kurang umur aku je.

Dia berbaring di atas tilam yang dibentangkan di ruang tamu. Matanya terkatup tapi tangannya menggapai.

“Opah, tuk… budak. Budak…” kata pesakit tu.
“Opah ngan atuk dia dah meninggal,” kata lelaki yang membawa kami tadi. “Dua-dua belah dah takde.”

Berderau d***h aku bila tengok cara dia tenung aku!

“Jalut!” Opah tolak muka aku ke arah lain.
Terkebil-kebil mata aku pandang opah. Nak tanya kenapa dia tak bagi aku tengok budak yang duduk kat tepi sofa tu tetapi aku takut.

Opah ni garang sikit. Atuk pun garang tapi dengan atuk aku boleh ejas lagi. Dengan opah, kalau putih kata dia, putihlah.

Atuk duduk bersila di sebelah pesakit. Aku duduk di sebelah opah. Aku nak menoleh, nak tengok budak lelaki yang keluar dari belakang sofa tadi tapi tak berani bila opah berdehem.

Tahu je dia aku nak buat apa, opah aku ni.
“Atuk… opah… budak… budak…”
“Ya! Ni atuklah ni,” kata atuk. Tangan pesakit tu yang menggapai-gapai dipegangnya. “Ni atuk ni…”
“Budak…” Pesakit tu mengadu pada atuk.
“Ya, atuk tau. Atuk tau.” Atuk pandang bapa pesakit tu.

“Ketego ni. Ada orang nak berkawan dengan dia. Takpe. Kejap lagi kita suruh dia balik ke rumah dia sendirilah.

Duduk kat celah bangku tu buat apa,” kata atuk sambil mengeluarkan selabu bawang putih dan sebilah pisau lipat dari dalam beg sangkutnya.

Aku telan liur bila dengar cakap atuk. Baru aku sedar budak yang aku nampak tadi tu menatang tu sebenarnya. Patutlah opah tak bagi aku tengok dia. Fuh! Terus meremang bulu roma aku.