Aku ada kunci perpustakaan sekolah. Satu hari aku bawak ida masuk dlm tu. Pelik bila aku cakap ng dia dia diam xbercakap

Perkenalkan nama aku Ina. ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar rakan baik aku sewaktu di zaman persekolahan suatu ketika dahulu.

Cukup la aku gelarkan rakan baik aku itu sebagai Ida.Kami bersekolah di sebuah sekolah bertempat di negeri Perlis. Kami berkawan baik sejak di tingkatan 4 tahun 2015.

Kejadian ini berlaku pada tahun yang sama. Aku merupakan pengawas perpustakaan dan Ida ialah pelajar biasa. Disebabkan aku merupakan pengawas perpustakaan senior,

Kemudian, kami masuk ke dalam perpustakaan dan buka semua suis lampu, kipas dan aircon. Untuk pengetahuan semua, suis aircon dan kipas terletak di bahagian belakang perpustakaan.

Di belakang itu juga terdapat sebuah bilik atau lebih digelar stor iaitu tempat menyimpan buku-buku lama dan barang-barang yang tidak digunakan.

Kami berdua duduk di bahagian hadapan perpustakaan. Sedar tak sedar sudah hampir jam 5 petang kami berada di situ.

Sepanjang kami mengulang kaji pelajaran, tiada perkara pelik yang berlaku. Akan tetapi, kejadian berlaku apabila kami berdua berjalan dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang untuk menutup suis aircon dan kipas.

Aku boleh dikatakan banyak mulut juga dan sepanjang berjalan aku bercakap dengan Ida. Dan apa yang peliknya Ida hanya mendiamkan diri di belakang aku tanpa memberi reaksi sedangkan dia juga seperti aku.

Rupa-rupanya disebabkan itulah Ida hanya mendiamkan diri sewaktu aku bercakap dengannya. Dia seperti kaku tidak dapat bersuara sewaktu ternampak kelibat tersebut.

Ya. Aku tidak nampak apa-apa kerana aku tidak dikurniakan kelebihan untuk melihat makhlus halus.

Aku seperti tidak percaya juga kerana makhluk itu dekat dengan aku tetapi aku tidak merasakan kehadirannya dan tidak nampak apa-apa.

Apa yang aku tahu pintu stor tersebut terbuka sewaktu kami berada di situ sedangkan sepatutnya pintu itu sentiasa tertutup.

Aku tidak tahu sejarah sekolah itu yang sebenar-benarnya tambahan lagi perpustakaan tersebut. Tetapi sekolah aku itu memang sudah lama ditubuhkan.

Agak lama aku memandang ke arah tersebut sebelum aku beralih pandangan kepada Liya. Liya juga sedang memandang aku.

Liya: “Hang dengaq dak apa yang aku dengaq?”Me: ‘angguk laju’Liya: “Hmm buat tak tau ja.”

Tipulah kalau aku tak meremang pada masa itu tapi aku ikutkan saja apa yang Liya katakan kerana dia agak berpengalaman dalam bidang sebegini.

Yelah siapa saja yang tidak tahu jika terdengar bunyi guli melantun, tanda apakah disebaliknya. Siapa yang tahu mesti faham situasi yang aku alami ini.

Mengapa aku meremang? Mana tidaknya. Dalam perpustakaan kami tidak pernah ada sekali pun kemudahan permainan yang berasaskan guli.

Tidak takutkah? Tidak meremangkah? Persoalan-persoalan ini hanya anda sahaja yang tahu jawapannya. Renung-renungkan. Sekian.