Dahulu pernah kayu-kayu balak tergolek hempap ayah. Berlari mandur nak tengok ayah, takut-takut anak buah dia terpenyek. Tapi ini pula jadi pada ayah.

Aku pun dah berumur 41 tahun sekarang ni. Kali ni aku nak cerita tentang arrwah ayah aku. Bukan tujuan nak aibkan sesiapa tapi sebagai pengajaran agar jangan buat atau amal benda-benda salah.

Sebagai anak muda di zaman tu aku faham kebanyakan masa ilmu tu adalah untuk menjaga diri, survival dan cari makan. Tapi biasalah, syaitan tu sentiasa menyesatkan dan ilmu-ilmu inilah makanannya.

Cerita kali ini ialah tentang arwah ayah aku. Sebelum tu minta maaf kalau ada sesetengah pekara aku tak sebut jelas. Nak menjaga aib keluarga.

Dulu talian lektrik ni tiangnya kayu. Dan nak membekalkan lektrik dari satu kawasan ke satu kawasan tu sangat mencabar. Kena masuk kampung, hutan, semak samun semua.

Lepas tu jalan bukan macam sekarang, elok bertar. Waktu tu kebanyakan jalan masih jalan tanah merah. Arwah ayah ni pernah cerita (aku percaya sebab arwah Wan aku mengiyakan) dia pikul tiang tu sorang-sorang.

Kadang-kadang bukan satu tau, dua ke tiga tiang sekali jalan. Fuhh, aku fikir dah macam badang dah ayah aku ni! Lepas tu, arwah ayah kata dia ni kebal.

Pernah kayu-kayu balak lepas tebas hutan nak buka jalan jatuh tergolek hempap dia. Berlari mandur nak tengok, takut-takut anak buah dia m**i terpenyek.

Arrwah ayah boleh bangun tolak kayu tu sambil gelak-gelak. Tepuk-tepuk habuk kemudian sambung kerja. Geleng kepala mandur cina tu.

Kemudian dia suruh aku p****g kuku ibu jari kaki sebelah kiri dia sambil baca sesuatu (maaf aku tak kongsi takut jatuh syirik pulak), sambil mengadap kiblat.

Yang aku tak gemar, yang kena buat, aku. Bukan sebab aku ni anak kesayangan dia, tapi sebab anak-anak lain takut. Demi kasihkan ayah, aku pun buatlah. Dah selesai dia gamit aku suruh datang dekat dia.

“Bagitahu doktor, ayah dah buka,” redup ja dia pandang aku. Macam ucap terima kasih. Barulah jururawat boleh bagi suntikan. Masa tulah aku mula percayalah kisah-kisah dia cerita dulu. Bukan taksub ya.

Arwah ayah aku ni lawa orangnya. Kalau korang kata Fattah Amin tu handsome, macam itulah ayah aku. Chewah! Jangan kecam tahu. Arwah mak cerita dulu arwah ayah ramai teman wanita.

Semua berkerja elok, cikgu, doktor, jururawat. Wow! Jejaka pilihan Malaya nampaknya dia. Termasuklah arwah mak aku tergoda (tapi mak kerja orang gaji ja masa tu).

Bolehlah aku hidup senang, katanya. Tak payah susah-susah.Tapi Alhamdulillah aku walaupun tak sebaik atau sealim mana, tapi aku jenis takut pada pekara-pekara sebegini.

Jujur cakap, aku mengaku amalan dan cerita asal-usul ilmu itulah yang sebenarnya buat aku tak berkenan. Lebih-lebih lagi ada unsur-unsur kurafat dekat situ.

Kononnya amalan itu datangnya dari seorang bomoh sakai perempuan berasal dari Pahang. Walaupun usianya hampir seratus tahun tapi tubuh dan wajahnya persis perawan atau nak dara sunti (masa ni aku ada terbayang nenek kebayan macam dalam cerita puteri gunung ledang).

Mana arrwah ayah jumpa bomoh ni aku pun tak tahulah. Dia sanggup masuk hutan sebab nakkan ilmu tu.

Sebelum boleh dapat ilmu tu kau kena hafal satu ayat yang hanya diperturunkan melalui mulut tanpa tulisan (tak boleh salin) dan mesti mendapat izin dari pengamal asal.

Cuba puasa saja tau bukan yang lain-lain). Sambil berpuasa tu, hati kau harus tak lekang membaca zikir mentera yang dah dihafal tadi.

Kau tak boleh jejak tanah sikit pun a.k.a berkurung ja lah dalam rumah selama tujuh hari tu. Owh ya, sepekara lagi, dilarang melihat cermin dan juga mandi. Seksa kan?! Sanggup!? Aku tak mau…ya Allah.

Penghujung penutup amalannya ialah mandi bunga tujuh kuntum, tujuh jenis, tujuh warna yang direndam dengan air tujuh geluk yang dibuat dari tempurung kelapa yang kau buat sendiri.

Air ni pulak hendaklah yang telah di embunkan. Mandi ni pula dibuat sebanyak tiga malam bulan penuh betul, tepat jam 12 tengah malam tidak kurang dan tidak lebih sesaatpun

Waktu ini kena pantas. Semua ni kena dilakukan dilaman sendiri (berb0gel tau!, kalau lelaki oklah kan. Kalau perempuan?,

kedua kena makan nasi senduk pertama. Ketiga tak boleh pakai kain dari kepala sarung ke bawah, haruslah dari bawah ke atas, memulakan makan dari tengah ke tepi, tidak boleh makan sayur pucuk manis dan beberapa lagi yang aku tak ingat. Wallahualam.

Sebagai anak aku hanya layankan cerita arwah ayah. Macam kita baca mitos penglipurlara. Sebagai manusia dan anak aku rasa dia berhak dihormati, tapi hati ni tak pernah leka sesaat.

Takut sangat aku kalau-kalau terjebak dengan godaan. Pernah satu hari masa arwah ayah aku pergi berurut, pakcik yang urut ayah aku pesan dengan aku dan arwah mak aku sesuatu.

Masa tu arwah ayah aku pergi ke tandas. “ Pakcik nak pesan sikit, ayah kamu ni memakai. Bermacam-macam ilmu dia pakai ni. Kalau dia tak buang sebelum masanya, ilmu ni akan makan diri.

Yang tinggal tu hanya jasad tapi rohnya dah tak ada. Matinya akan terseksa. Pakcik boleh tolong kalau kamu izinkan, tapi pesan pakcik buatlah segera sementara pakcik masih hidup ni.