Biar betul. Tadi itu aku bergayut dgn siapa, peliknya. Tiba2 rasa tidak sedap hati dan bulu roma naik pula

First of all aku bukan nak burukkan kolej aku tau. nak cerita pengalaman sepanjang ada kat sana.

Masa tu tahun 2013 baru lepas dapat result SPM. Oleh sebab aku punya permohonan UPU tak dapat, so abah aku decide la nak hantar dekat satu kolej kat rumah ni.

Kolej ni terletak di Kelantan and bersebelahan dengan kem pengakap. For your infomation, aku pun baru tau yang kat situ ada kolej, haha.

So blablabla aku pun masuk la sana as student diploma. Masa tu intake Jun and jumlah student semua kos masa tu tak sampai pun 100 orang.

Masa tu hanya ada 4/5 kos je dan kos aku paling ramai la ada dalam 40+ orang gitu. Korang da boleh nampak la kan cam mana situasi bilangan student dengan asrama kayu yang terletak dalam hutan. Hahah

Alkisahnya satu malam tu aku ada gayut dengan sorang kawan ni. Bukan pakwe k. Korang ni memang la suka bersangka sangka kan haha.

Aku gayut dengan sorang junior ni. Dia tgh Spm pastu dia cakap la pasal halatuju dia nak sambung belajar blablabla. Masa tu aku gayut kat beranda depan pintu bilik JAM 11.30 MALAM k. Haha.

entah spirit apa yang buat aku berani sangat nak stay sampai jam tu. Aku tak tahu la budak lain da tidur belum tapi for sure dorang memang takde la main kat luar beranda macam aku ni.

Masa tu sunyi je dengan angin sepoi2 tambah pulak lampu jalan yang merah oren tu kan romantik gitu. ahaha.

So sedang asyik aku bergayut, tup2 hujan renyai2. Alamak tiba2 pulak tak sedap hati. Takde apa kot. Aku cuba la nyanyi lagu yang “hujan rintik2..air bergelora..” (kalau korang ingat) bagi hilang takut tu.

Dah tu, aku cuba call dia nak tanya kenapa tiba2 takde line tadi. Then dia angkat. Korang rasa apa yang dia jawab ? ” akak, saya letak phone dari tadi lagi sebab senyap je.

Ingatkan akak dah tido” ya Rabbi, terkejut gila aku dengar dia cakap macam tu !! Habis tu yang dari tadi tu aku cakap dengan siapa wehhh !! Meremang habis bulu roma aku.

Jantung rasa nak tercabut. Gila tak takut !! Aku letak phone then tarik selimut tutup muka. Dalam hati “ya Allah, jangan la benda tu ikut aku masuk bilik”.

Habis ayat berterabur bak hang aku baca sampai la aku tertidur dengan sendirinya.

Esoknya aku bangun, aku tak cerita kat siapa2 pun include roomate aku. Entah la takde mood ke tak berani.

But since kejadiaan tu, memang aku jadi budak baik terus. Aku tak stay up sampai tengah malam dah kecuali kalau roomate aku tak tidur lagi. Kalau tak pukul 10 memang atas katil dah. huahua.

Ok done. Sekian dari aku budak kolej berhantu. Ada lagi cerita best yang jadi kat kolej aku sebenarnya. Nanti ada masa aku cerita pulak ye. Korang yang tahu siapa aku or kenal kolej ni diam2 sudah la ye. Muehehe.