Lepas je van jenazh sampai. Aku terduduk bila buka tudung saji. Air mata bila nampak Asam Pedas maskannya. Tak sangka ibu buat semua tggu kepulangan adik beradik

Sejak ayah meningggal dunia, aku mengambil keputusan untuk duduk bersama ibuku di Muar. Aku amat bersyukur kerana berjaya mendapatkan pekerjaan di bandar Muar ini.

Bukan mudah nak mendapatkan pekerjaan di sini. Sesiapa yang berasal daripada Muar mesti tahu bahawa walaupun Muar ini telah digelar bandar, namun suasananya tak ubah seperti pekan kecil sahaja.

Ada orang mengatakan bahawa Muar ini merupakan bandar pencen. Maklumlah apabila malam mulai menjelma, bandar Muar jadi sunyi sepi, di mana kedai-kedainya di kawasan ini tutup seawal jam 6 hingga 7 petang lagi.

Apabila malam menjelma, cuma ada 2 – 3 tempat sahaja yang meriah dan menjadi tempat anak-anak muda melepak.

Apabila keadaan bandar yang suasananya begini, agak sukar pada awalnya bagi diriku untuk mencari kerja di sini.

Setahun setengah aku menganggur, duduk bersama ibuku sambil berdoa agar diberikan peluang untuk mendapat pekerjaan yang dekat dengan ibuku.

Abangku, Mazlan merupakan satu-satunya lelaki dan seorang kakakku, Zafirah kesemuanya bekerja di Kuala Lumpur.

Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Pekerjaan sebagai seorang akauntan di bandar ini sedikit sebanyak membolehkan aku mendapat gaji untuk menyara ibu.

Sudah 2 tahun ayah meninggalkan kami semua. Ibu pula hanyalah seorang surirumah tangga sepenuh masa.

Semasa ayahku hidup pun, tak pernah sehari dapur rumah kami ini tidak berasap. Kami bertiga ketika di bangku persekolahan ibarat tidak pernah merasai makan di luar, sama ada makan malam mahupun makan tengahari.

Ayam masak kicap, kari daging, kailan ikan masin, telur dadar, semuanya ibu masak untuk kami. Akan tetapi, makanan kegemaranku sudah tentunya Asam Pedas ikan pari.

Di Muar ini, ada banyak gerai-gerai asam pedas daripada yang terletakdi Parit Jawa, sehinggalah yang terletak di Bandar Maharani ini namun tiada satu pun boleh menewaskan kesedapan masakan ibuku ini.

Aku rasa amat bertuah kini. Maklumlah, aku tidak perlu membeli makanan untuk berbuka di bazar Ramadan ketika bulan puasa, sebaliknya, ibu masakkan baik lauk untuk sahur mahupun lauk untuk berbuka.

Aku hanya perlu singgah membeli air dan kuih-muih sahaja di bazar Ramadan untuk kami berbuka bersama.

satu hari Seminggu sebelum Raya, adik-beradikku sudahpun membuat rancangan untuk balik. Aku teringat pada hari itu, hari Isnin di mana ibuku telah bersiap sedia menyambut kepulangan abang dan kakakku.

“Hello, ini Cik Zana ke?”

“Ya saya. Siapa ni ya?”

“Ni Mak Som ni”

“Eh, kenapa Mak Som”

“Ibu awak jatuh tadi. Mak Som hantar ke hospital, dia berada di wad kecemasan sekarang ni”

Hatiku berderau apabila Mak Som, jiran sebelah rumahku membuat panggilan memberitahu perkara sedemikian. Terus aku keluar, capai kunci motorsikalku untuk balik.

Aku segera menghantar mesej kepada abang dan kakakku untuk ke hospital Muar dengan kadar segera.

Aku memberitahu managerku bahawa aku terpaksa pergi atas urusan kecemasan. Dia mengangguk dan membenarkan aku pulang.

Jam 7.45 malam, aku tiba di wad kecemasan. Adik beradikku yang lain sudah berada di situ.

“Man, mak mana?”, aku bertanya sambil membuka helmetku.

“Mak dekat z0n merah tu. Doktor kata dia kena angin ahmar”, jawab abang Man.

Aku rasakan malam itu, tidak pernah aku berdoa bersungguh-sungguh meminta kepada Allah.

Aku tidak mampu kehilangan ibu kerana kesedihan dan kepiluan memikirkan ayah yang meninggalkan kami masih belum hilang lagi.

Aku turun setelah mengelap mukaku yang dibasahi air mata. Aku lihat Abang Man sedang duduk di kerusi berhampiran zon merah.

Dia tunduk, menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. Dia menangis teresak-esak. Aku mendekatinya, dan apabila dia menoleh kearahku dan kakakku, terus dia berkata,

“Zana, ibu dah tiada”.

Kata-kata demikian membuatkan kakiku berasa lemah gemalai. Aku terjelepok di atas lantai taktala mendengar perkhabaran berita sedemikian.

Aku mula menahan diri daripada menangis, tetapi tidak boleh. Dalam esakkan kami bertiga di depan zon merah, abang Man memeluk tubuhku.

Seusai semua urusan menempah van jenaazah dan borang-borang yang perlu diisi, kami semua pulang ke rumah, diiringi oleh van jenaazah.

Aku masuk ke dalam rumah, meletakkan beg dan helmetku. Abang Man, dan kak Irah turut masuk ke dalam rumah. Aku ke dapur, niat hati nak membuang botol air mineral tadi.

Aku lihat ada makanan di bawah tudung saji. Aku buka dengan segera.

Hatikku yang sudahpun remuk menjadi berkecai bagai ditusuk-tusuk oleh sembilu apabila terpandang lauk Asam Pedas ikan pari yang dimasak oleh ibu memandangkan dia sudah bersedia untuk menyambut kepulangan adik-beradikku.

Lauk kegemaran kakakku, kari daging dan abangku, ayam goreng turut dimasak oleh ibu, yang sudah menghafal makanan-makanan kegemaran kami semua.

Linangan air mata tak henti-henti mengalir, membasahi pipi ku. Esakkan dan sedu-seduan memenuhi ruangan dapur.

Abang Man mengambil periuk nasi yang terisi dengan nasi panas. Dicedoknya sedikit demi sedikit di dalam pinggan, memberi aku dan kakakku makan.

Apabila aku menyuap sahaja nasi kedalam mulutku, serta merta terasa kesedapannya. Aku tahu, itulah masakan yang paling sedap dalam dunia. Tetapi, itulah kali terakhir aku dapat rasa masakan sesedap ini.

Masakan air tangan ibu yang dimasak dengan penuh kasih sayang. Penuh rasa cinta dan kasih ibu yang tak pernah lekang oleh ibuku.

Aku melihat tangan kananku dan tubuhku, yang masih terasa kehangatan dakapan ibu pagi tadi sebelum aku ke tempat kerja.

Terasa betapa sakitnya hati ini ibarat dicucuk dan dimamah taktala memori dan kenangan silam mula memenuhi ruang pemikiranku.

Aku melihat sekitar ruang tamu dan bilik-bilik di situ. Ibulah yang menjadikan rumah ini rumah kami adik beradik.

Tanpa ibu, rumah ini hanyalah sekadar sebuah bangunan. Tiada bezanya dengan rumah-rumah lain tanpa kehadiran ibu. Hilanglah keceriaan dan warna-warni serta gelak tawa dan bual-bual kosong antara aku dengan ibu. Segalanya pudar dan hambar.

Aku bersyukur kepada Allah kerana meminjamkan aku seorang ibu macam ibu. Tahun ini, sudah pasti hari raya nanti disambut dengan hambar.

Air tangan ibu tidak lagi aku dapat rasakan. Yang ada, hanyalah memori-memori dan kisah cerita antara aku dan ibuku.