Milah baru je kahwini ikmal. Baru2 ni Milah berubah jadi ganas, pkul suami nya, maki hamun dan minta cerai. Baru tahu sebabnya bila terbongkar

Aku Ariff Budiman sekali ingin berkongsi pengalamanku. Milah atau nama penuhnya Jamilah, merupakan seorang gadis yang cantik di usia remajanya.

Dia merupakan salah seorang dari anak Pak Zainol yang merupakan seorang guru silat ketika itu.

Ramai jejaka yang ingin menghampiri Milah tapi memandangkan ayahnya seorang guru silat maka niat itu terpaksa di lupakan.

Mereka hanya dapat memandang dari jauh bila Milah keluar untuk ke tempat kerja.

Dalam diam Milah telah bercinta dengan Ikmal. Ikmal tidak pernah menunjukkan sikap ingin mencuba memilikki Milah tapi akhirnya dia yang dapat menambat hati Milah.

Maka terdengarlah suara-suara sumbang bagaimana Ikmal dapat memilikki Milah. Ramai yang kecewa bila mendapat perkabaran Ikmal telah masuk meminang Milah dan telah di terima keluarganya.

Selesai majlis perkahwinan, maka kami pun pulang dan membawa diri masing-masing. Selepas sebulan lebih perkahwinan mereka, tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon dari Ikmal.

“ Assalamualaikum pakcik. Saya Ikmal. Ayah minta pakcik datang rumah kejap. Isteri saya dok mengamuk teruk ni “. Ringkas kata-kata Ikmal.

Selepas selesai kerja-kerja, aku terus ke rumah Ikmal. Terkejut aku bila tiba-tiba Milah menendang Ikmal..

“ Jantan sial…Kau ceraikan aku. Kau memang sial jantan tak guna “. Kata Milah. Ikmal menyambut kedatangan aku.

“ Pakcik sendiri dah nampak kan. Dalam 3 hari ni perangainya cukup berubah. Tiba-tiba saja dia bersikap macam ni “. Kata Ikmal kecewa

“ Maaf. Pakcik tak pandai sangat tapi pakcik boleh panggil perawat. Kalau dia tak sibuk, dia boleh datang “. Kataku. Aku melangkah keluar lalu menghubungi perawat.

“ Insyaallah dalam masa sejam setengah lagi saya sampai. Ada kes ni. Pakjang buat lah dulu apa yang pakjang tau “. Kata ustaz.

Aku beritahu perawat yang Milah sedang tidur dan perawat kata itu yang baik. Dalam masa sejam terdengar suara memberi salam. Tiba-tiba Milah bingkas bangun

“ Hangpa panggil sapa mai pulak ni. Ish..ish kacau saja “. Gerutu Milah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila dia bertentang mata dengan perawat terus di tolehnya ke lain

“ Awat…Malu ka “. Tanya perawat. Namun Milah diam tidak bersuara.

“ Siapa yang hantar kamu “. Tanya Ustaz. Namun Milah terus diam. Ustaz terus mengambil kayu dan memukul bantai. Milah kesakitan sambil mengurut badannya
“ Sakittttt…..”. Kata Milah

“ Aku tanya sapa yang hantar kamu “. Tanya ustaz

“ Toni ( bukan nama sebenar ). Dia suka Milah dan marah bila Milah kahwin dengan orang lain “. Jawab Milah

“ Habis kenapa kamu bantu dia. Kamu islam ke kafir “. Tanya ustaz

“ Aku kafir. Tok bomoh ugut nak hancurkan keluarga aku kalau tak tolong Toni “. Kata Milah

Tiba-tiba Milah bingkas bangun. Dia ingin menyepak ustaz tapi di pegang Ikmal. Ustaz sekali mengambil kayu lalu memukul bantal. Terkulai layu Milah jatuh dan meronta-ronta kesakitan.

“ Tu bukan Milah yang sakit tapi jin yang ada di dalam badan dia. Saya hanya memukul bantal sebagai isyarat yang saya memukul jin.

Sebab itu dengan izin Allah jin itu yang sakit “. Kata ustaz
“ Kamu nak keluar atau tidak “. Tanya ustaz
“ Kalau aku keluar, bomoh akan b***h anak-anak aku “. Kata Milah
“ Macam ni.

Aku berjanji akan selamatkan keluarga kamu dari gangguan tok bomoh dengan syarat kamu keluar dari badan Milah.

Kalau kamu peluk islam, aku akan hantar kamu dan keluarga kamu ke madinah tapi aku tak paksa “.

Milah hanya diam saja mendengar tawaran ustaz

“ Pakjang nampak tak di dalam botol ni “. Tanya ustaz
“ Banyak ustaz “. Kataku dan ustaz tersenyum

“ Sebelum saya memasukkan jin yang ada di dalam badan Milah, ada jin di sini telah dengar lalu minta keizinan agar dapat hantar depa sama ke Madinah.

Tu yang pakjang nampak banyak “. Barulah aku mengerti. Bila Milah sedar kembali aku bertanya ustaz.

“ Ustaz. Bagaimana kalau depa hantar balik “. Ustaz terdiam
‘ Kita kena buang la “. Kata ustaz
“ Pasai apa kita tak hapuskan saja bomoh yang buat macam tu “. Aku berkata demikian sebab aku telah merasai azabnya orang telah di sihir.

“ Bab menghapuskan orang lain tu bukan kerja kita. Itu kerja Allah. Kita hanya ikhtiar membuang saja “. Aku hanya terdiam tapi terfikir juga aku, mungkin sebab itukah aku tiada kesempatan menjadi seorang perawat.

Niat aku kalau ada yang menghantar sihir aku akan hapuskan orang itu. Membuat orang lain menjadi sengsara. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Allah juga mengetahui betapa merananya orang yang di sihir. Menangis kesakitan dan ada kalanya menjadi bahan ketawa orang lain bila melihat di di sihir sedangkan dia sendiri tidak menyedarinya.