Suami jatuh sakit xboleh kerja. Sy lah tanggung semua sehingga sy buat pinjaman bank krn xmampu. Lepas tu bende ni jd pada sy.

Salam sejahtera semua. Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat kita semua. Saya akui segala kesilapan dan amat menyesali semuanya.

Sejak tahun 2013 saya menggalas tanggungjawab sepenuhnya untuk perbelajaan keluarga. Ini kerana suami mengalami masalah kesihatan dan berhenti bekerja.

Alhamdulillah, dengan pendidikan yang saya ada, saya dapat kerja yang baik masa itu untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Nasib baik juga suami masih mampu menguruskan 3 orang anak kami.

Pendapatan saya pada masa itu tidak mencukupi untuk menanggung semuanya. Saya juga meminta bantuan dari keluarga.

Namun masing-masing ada komitmen sendiri dan keluarga tidak dapat membantu untuk tempoh masa yang lama.

Mula hanya satu money lender hingga sampai 3 money lender. Kerana duit untuk membayar money lender , bayaran kepada pihak bank menjadi tidak menentu. Paling teruk ketika itu saya mula meminjam dengan ALONG.

Masih saya ingat lagi mula sesi persekolah. Saya lansung tiada duit untuk membeli apa-apa untuk persediaan persekolahan dan yuran saya telah meminjam dengan ALONG.

Anak sulung saya berjaya masuk sekolah asrama penuh. Bayaran dan keperluan masa itu sehingga RM500.00. Bayaran yuran anak saya yang kedua saya tangguh kerana tidak cukup duit.

Anak ketiga saya yang berumur 5 tahun masih tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain. Saya amat rasa bersalah kepada anak-anak saya kerana tidak mampu memberi mereka kecukupan seperti keluarga lain.

Mulanya saya cuba meminjam dengan keluarga dan kawan-kawan tapi masing- masing ada komitmen juga maklumla awal tahun. Saya telah meminjam sehingga 5 orang ALONG dalam tempoh 6 bulan. Pinjam RM180.00 tapi saya bayar balik sehingga RM1500.00 untuk setiap along. Saya amat menyesal.

Saya bersedekah setiap hari walau hanya mampu beli 2 biji kuih dan diletakkan di meja pantri pejabat. Saya mencari jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.

Saya menyertai AKPK untuk mengecilkan bayaran pinjaman bank saya. Saya berazam untuk membayar hutang money lender lagi.

Sekali lagi saya diuji. Pada ketika itu, suami saya sakit dan membuat 2 kali pembedahan usus. Dia di hospital sehingga dekat 1 bulan.

Semua usaha mencari duit terhenti. Makan minum anak-anak syukur ada kawan dan keluarga yang membantu. Susahnya pada masa itu sukar saya gambarkan.

Mungkin terlalu penat dan tertekan , saya jatuh sakit dan tidak dapat melakukan kerja berat , sehingga hilang berat 15kg dan disahkan mengalami kemurungan oleh pihak hospital.

Saya tidak pernah lari dari panggilan mereka. Setiap panggilan saya akan jawab. Jika saya tidak jawab saya akan hubungi kemudian.

Tiada niat saya lari dari hutang. Saya beritahu mereka saya tiada duit, dan tengah usaha , ada duit saya akan bayar. Sering kali di marah oleh pihak money lender.

Saya bersabar kerana saya akui salah saya kerana tidak membayar mereka. Saya akan berusaha bersungguh untuk membayar hutang tersebut walaupun pada masa sekarang bunga hutang money lender seperti jumlah seperti sukar untuk saya jelaskan.

Istighfar saya sepanjang masa disamping semua amalan untuk menambah rezeki dan membayar hutang.

Pada raya tahun ini masih seperti raya tahun- tahun yang lepas. Syukur dengan rezeki yang ada walaupun rezeki untuk membayar hutang sewa rumah dan makan.

Saya doakan sesiapa yang tengah berjuang membayar hutang akan dipermudahkan membayar hutang dan juga dicukupkan segala keperluan. Amin.

Jangan buat hutang ( terutamanya ALONG dan money lender ) dan jangan lari dari hutang.