Suami kerja gomen di JB, aku pula pensyarah dekat borneo. Anak sulong dan kedua beza setahun. Tgh diberi ujian PJJ tiba2 aku mengandung lagi satu.

Assalamualaikum. Aku Timah, seorang pensyarah di sebuah universiti jauh di kepulauan borneo.

Aku dah hampir 9 tahun kawen dan hampir 9 tahun juga bekerja sebagai seorang pensyarah, anak dah 3 orang.

Suami bekerja di johor sebagai pegawai kerajaan dan menjaga 2 orang anak kami, sementara aku menjaga anak yang paling kecil di kepulauan borneo ini.

Cerita PJJ kami ni dah bermula di awal usia perkahwinan lagi, yakni pada tahun 2011, masa tu aku di terengganu, suami di borneo.

Selepas 3 tahun aku berjauhan dan dikurniakan 2 orang anak, maka aku tekad untuk mohon pindah ke universiti di borneo untuk sebumbung dengan suami.

Namun Allah telah menetapkan itulah perjalanan hidup kami. Aku terpaksa akur jugak walaupun masa tu aku “sakit” disebabkan gangguan di borneo dan juga sakit fizikal yang dah sekian lama ada.

Oleh yang demikian, kami telah berbincang dan memutuskan suami balik membawa anak yang sulung perempuan dan aku menjaga anak yang kedua juga perempuan di borneo, dan aku mula membuat permohonan untuk pindah.

Tapi Tuhan saja lah tahu betapa susah untuk mohon berpindah balik ke semenanjung, sebab dulu masa aku datang memang sangat diperlukan dan tak perlu pengganti.

Tapi sekarang keadaan makin kritikal sebab bilangan pensyarah semakin berkurang dan aku ditahan untuk berpindah selagi tiada pengganti.

Keadaan PJJ ini menyebabkan aku terlalu stress, selalu sakit seperti demam, tekanan darah tinggi disebabkan stress, anemia, gerd, anxiety, panic, perubahan berat badan kadang turun kadang naik, emosi yang sangat tidak stabil dan akhirnya anak serta suami menjadi mangsa amukan.

Dan ya! Memang kandungan aku kali ni adalah lelaki, dan awal 2018 aku bersalin seorang anak lelaki.

Aku bersyukur tetapi dalam masa yang sama aku sangat takut sebab masih belum dapat pindah.

Tetapi aku masih boleh bertahan, selepas habis tempoh cuti aku pulang semula ke borneo bersama baby dan suami mengambil tugas menjaga anak perempuan.

Sedihnya aku waktu tu Tuhan sahaja yang tahu, hampir nekad aku nak berenti kerja! Tapi memikirkan komitmen hutang dan juga tanggungjawab pada salah seotnag adik beradik ku yang disahkan kanser.

Maka aku gagahkan jua kaki ini pulang ke Borneo. Dan ditakdirkan pada Mac 2018 aku dapat dinaikkan pangkat..

Keluarga mertua sangatlah baik, cuma aku rasa terbatas dari segi pengurusan anak dan suami, privacy. Sebab kami jarang jumpa, bila jumpa di rumah keluarga besar, tidaklah dapat untuk aku berikan perhatian sepenuhnya pada keluarga kecil aku ni.

Maka kami ambil peluang untuk ambil semula rumah kami di JB untuk duduk. Sebelum tu rumah ni disewakan. Sebab kami fikir, kami perlu juga ada 1 rumah sendiri untuk buat apa shj yang kami suka.

Bukanlah nak cakap tinggal bersama keluarga mertua tu tak bagus, cuma better jangan, unless kalau aku dah balik borneo ok lah.

Then selama 5 bulan kami stay di rumah sendiri di JB, suami terpaksa ulang alik hantar anak sekolah di kampungnya yang agak jauh. Dan aku rasa sangat bersalah, sampai aku tanya diri aku sendiri..

adakah aku selfish? Taknak duduk rumah mertua sedangkan anak2 dah sekolah sana. Tapi disebabkan suami memahami dan dia sanggup untuk berulang alik setiap 2 ke 3 hari sekali ambil dan hantar anak.

Aku rasa terduduk jugak masa tu, tak dapat aku nak fokus segala kerja, air mata tak payah cakap lah memang dah kering, sebab aku berharap sangat mohon tu.

Dan aku memang pergi jumpa bos, dan bos mcm bagi harapan nak tolong kali ni. Tapi sebenarnya tak, mulut sahaja manis.

Kecewa sedih geram sakit hati semua ada masa tu, macam nak gila jugak aku menangis. Sebab for time being, aku dah hampir 2 tahun lebih berpjj di borneo ni..

campur yang di terengganu dulu. So total dah hampir 6 tahun lah. Aku tak tahulah apa dosa aku ni sampai Allah tak makbulkan lagi doaw aku untuk duduk sebumbung dgn anak dan suami.

Sampai ada suara2 jahat perlekehkan usaha aku. Dan ada yang mempermainkan usaha dan keadaan kritikal aku ni.

Cuma apa yang boleh aku bagi nasihat atas kes aku ni, dalam hidup ni, kita akan diuji dengan pelbagai ujian.

Ada yang diuji belum ada rezeki berkahwin, belum ada rezeki untuk dapat anak, belum ada rezeki untuk bekerja, diuji dengan sakit yang teruk,

dan aku diuji dengan ujian tidak dapat sebumbung dengan suami dan anak anak, namun terpaksalah kita redha andai inilah jalan yang telah ditetapkan.

Allah maha besar, tidak diuji seseorang melainkan dia mampu untuk melaluinya.

Andai kata pekerjaan bukan lagi rezeki, maka aku kena redha.. dan bersedia dengan apa jua yang akan berlaku pada masa akan datang. InsyaaAllah.. rezeki Allah itu maha luas..

Sekian.