Aku cukup benci bila orang kata aku ade rupa. Sebab rupa aku nielah, ibu kandung aku tak suka

Aku anak perempuan yang keempat dari 7 orang beradik. Ibu bapa aku dari negara seberang yang dah lama menetap di malaysia.

Arwah ayah dah lama meninggal sejak aku umur 3 tahun. Ibu aku seorang yang agak panas baran. Mungkin sebab tekanan menjaga kami adik beradik tanpa bantuan suami.

Aku tinggal dengan kakak aku yang no 1 dari aku umur 6 tahun. Zaman kanak-kanak aku pun tak bahagia.

Aku sering dimomokkan dengan ayat” kau kalau tak dapat sumbang atau beri bantuan kepada orang sekeliling kau, lebih baik mati dari hidup”.

Ayat tue dah ditanamkan dalam kepala aku sejak umur 6 tahun. Abang ipar aku didik aku secara military. Aku tak boleh nangis atau mengeluh kalau ada apa-apa yang aku tak suka.

Sepanjang aku tinggal dengan keluarga abang ipar aku, aku takde bilik atau tempat tidur yang sepatutnya. Tempat tidur aku, ruang kosong berdekatan toilet.

Bila aku umur 19 tahun, aku macam dapat kesedaran. Untuk baiki hubungan aku dengan ibu aku. Tue pun sebab ayah tiri aku selalu nasihatkan aku untuk jadi anak yang baik.

Masa tue, aku dah cuba untuk berbaik dengan ibu aku. Hubungan aku dengan ibu dah baik sikit masa tue.

Masa aku umur 19 tahun, aku ambik stpm. Ibu aku suruh kerja. Aku ingat lagi sampai sekarang ayat dia “Kau takkan dapat apa-apa pun belajar tinggi- tinggi nie.

Kalau kau nak belajar jugak, aku takkan bagi satu sen pun untuk kau sambung belajar”. Aku gigih kerja part time dan layak masuk universiti.

Sepanjang aku sambung stpm, aku sering dipulaukan rakan sebaya sebab aku nie kolot, ulat buku, hidup aku nie cuma kerja part time dan belajar.

Aku pindah balik rumah ibu semula. Aku masih teruskan hidup aku macam biasa. Telan dan hadam setiap kata-kata.Ibu dan ayah tiri aku selalu bergaduh.

Mungkin sebab ayah tiri aku nampak aku nie selalu disalahkan ibu aku, dia layan aku dengan baik. Dia layan aku macam anak sendiri. Aku bersyukur tentang tue.

Sebab layanan ayah tiri dengan aku baik, mula timbul syak wasangka di kalangan ibu dan kakak- kakak aku.

Dieorang selalu cakap” jangan lebih- lebih dengan ayah tiri tue.” Ibu pun selalu cakap” jangan bila ibu dah tua, kau pulak yang ganti tempat aku nie”.

Aku speechless masa tue. Tak tahu macam mana nak describe. Aku terasa dengan kata-kata dieorang.

Dari luaran, orang nampak aku bahagia. Sebab aku nie seorang yang ceria. Di tempat kerja, aku kategori ceria dan peramah. Ramai tegur, mesti best jadi aku.

Dieorang cakap, ramai suka bergaul dengan aku dan bagi pandangan mereka, aku dikategorikan sebagai ade rupa.

Aku cukup benci bila orang kata aku ade rupa. Sebab rupa aku nielah, ibu kandung aku kurang suka dengan aku berbanding yang adik beradik aku yang lain.

Aku akan jadi seorang yang ceria di depan umum tapi aku akan jadi diri sendiri bila aku berseorangan.

Manusia yang benci dengan kehidupan yang dialami dan sentiasa berharap untuk ditamatkan riwayat.

Aku minta maaf sangat-sangat kalau sesiapa yang baca luahan aku nie dan rasa aura negatif.

Aku minta maaf sangat. Aku tak tahu cara lain yang boleh aku buat selain tulis luahan yang tersangat panjang nie untuk kurangkan beban dalam otak dan hati aku ni.