Dalam pejalanan pulang aku bau hangit. Joe kat sebelah dah gosok2 hidung. Ajib yg tengah main henpon boleh pulak ckp cmtu

Assalam. Nama den malik. Den asal nismilan, oghang pilah. Malam-malam camni mata tak dapat lelap pulak. Bini dah berkeruh.

Anak cam biasa la tido himpit aku sampai melekat aku ke tepi dinding. Jadi aku ambik peluang sempena belum mengantuk ni untuk buat satu cerpen pendek mengisahkan cerita separa benar.

Ok, sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan budak-budak kampung aku masa balik dari tengok bola kat Melaka. Kami berlima masa tu.

.aku, joe, ajib, akong dan panggek. Tengok nama pun tahu dah masing-masing kaki layan kl gangster. Ceritanya macam ni, lepas frust nismilan kalah bola baru-baru ni,

kami berlima mengambil keputusan makan asam pedas dulu kat klebang. Macam biasa la, Lepak borak tahu-tahu dah pukul 2 Pagi.

Jalan ni memang terkenal dengan angker dia sebab ada tempat bakar mayat dulunya betul-betul atas bukit sebelah jalan. Masuk je ke jalan gelap tu, hati aku dah tak sedap sebenarnye.

Rasa macam ada benda tenung dari luar tingkap. Masa betul-betul lalu sebelah tempat bakar mayat, aku bau hangit. Joe kat sebelah dah gosok-gosok hidung.

Ajib yang tengah main henpon boleh tegur pulak, “woi malik ko kontut ko?” Aku balas “mano ado la jimbit”. Brader ni macam takde perasaan aku tengok kat tempat camtu boleh pulak tegur.

Tapi memang dia macam tu dari dulu, gaduh dengan awek, tengah-tengah malam lalu bukit putus pegi seremban naik moto, padahal bukit putus masa tu jalan lama lagi.

Belum cerita dia gaduh masa main futsal, dia cakap dengan opponent “kasi hantam satu kali”. Orang sedap-sedap nak gaduh terus berdekah. Cilake lu jib.

aku dah terfikir dah, mana datang pulak orang sini nak bela kuda, kambing biri-biri yang bulunya macam rambut akong banyak la. Aku suruh akong mengucap, mungkin dia mamai lagi.

Aku buat tak reti teruskan perjalanan sampai la ke selaru. Masa tu jam dah dekat pukul 4. Bila kereta aku melepasi satu bus stop depan taman perumahan di selaru tu, mata aku tangkap satu makhluk yang berdiri tegak betul-betul sebelah tingkap joe.

Sekejap je, sekali lintas macam tu. macam berbungkus, kain lusuh. Tapi lagi tinggi dari kereta. Joe Tanya aku, “ko nampak?” Aku Jawab la yg aku pun perasan.

Masing-masing tak puas hati, ambik keputusan patah balik untuk pastikan apebende tu. Aku boleh pulak pusing dekat depan tokong cina besar yang baru siap kat selaru tu.

takde apa-apa gangguan kat situ cuma makian yang aku terima dari budak-budak ni. So lepas pusing, kami semua nampak ada orang duduk dekat bus stop tu. Aku tak berani nak bawak slow-slow masa lalu dekat benda tu.

Fuhh panjang pulak aku rasa cerita ni. Tu jela, cerita banyak-banyak pun nanti entah betul entah tidak.

Sekian hingga ketemu lagi, renung-renungkan dan selamat beramal. Wassalam. By the way, video yang dirakam tu memang ada pada joe.