Dlm masa 2 3 bulan ni aku pelik bil telefon nenek semakin mahal. Bila diselidik baru tahu puncanya.

Assalamualaikum. Aku J, umur pertengahan 20-an. Aku baru habis belajar 3 bulan lepas dan sekarang menetap dengan nenek aku.

Okay cerita dia macam ni. Nenek aku pakai handphone tapi yang lama bukan touchscreen pun (ala yang tekan2 tu). Dan nenek aku cuma tahu call je, SMS cuma pandai bukak dan baca. Internet handphone tu tak boleh support so memang tak ada whatsapp la.

Jadi aku fikir baik aku tukar nombor phone nenek aku daripada pre-paid ke post-paid sebab ada pelan unlimited calls and sms hanya rm30 sebulan (dan 1GB internet).

Sebab nenek aku memang suka call orang dan menyembang berjam-jam so aku rasa lagi berbaloi la. Tapi bila sampai bill for the first month, rm49. Aku pelik gak tapi aku tak check invoice betul2 dan bayar je.

Masuk bulan kedua bill rm86. Aik? Asal mahal sangat? Barulah aku check invoice betul2 dan rupa2nya lebih kurang extra rm50 kena charge sebab mesej2 iklan dari company ###.

Aku pergi m**** centre nak selesaikan masalah ni. So diorang pun block mesej2 iklan tersebut. Okay satu masalah dah selesai, aku tak akan terima mesej2 ni lagi in the future. Next aku nak refund (rm100 lebih kena charge sebab mesej2 tu).

Bila aku minta refund mula2 diorang suruh aku contact company tu sendiri tapi aku cakap aku tak pernah langgan pun sebelum ni.

Lama jugak aku tunggu kat centre tu dan akhirnya jawapan yang aku dapat cuma “kami dah email company tersebut dan mungkin memerlukan dalam 2 minggu hingga sebulan sebelum kami contact anda balik”.

Abang aku cakap tak ada maknanya diorang akan contact balik. So dia suruh aku call customer service dan tuntut hak aku sebagai pengguna ( bagi pihak nenek aku la).

Yang aku risau sebab pendengaran nenek aku pun dah kurang. Dia pun tak faham sangat kalau aku explain. Kalau diorang contact balik nenek aku dan aku tak ada masa tu agak2 macam mana tu?

Dia tergamam sekejap dan tergagap2 jawab err.. tak.. tak, rekod ni memang err, err ….ada… ( lebih kurang macam ni la aku tak ingat sangat sebab die gagap).

Sebelum tu fluent je dia cakap siap bagi contoh lagi “yang hantar mesej2 ni adalah third company dan mereka yang receive bayaran tersebut.

M**** hanya method of payment sahaja. Contohnya cik pergi google playstore dan beli lagu lepas tu pilih debit card sebagai method of payment. Macam tu la”

“Masalahnya saya tak pernah langgan!” aku mula naik suara. Sebab analogi tu macam nk cakap aku yang langgan mesej2 tu dan gunakan m**** as method of payment aku.

Aku terima mesej2 iklan dr third company (yang aku tak pernah langgan) dan m**** charge aku instead of that company. Siap ckp ada rekod yang aku langgan??

Dan mula2 diorang tak nak bertanggung jawab bahkan suruh aku sendiri contact company tu dan selesaikan. Banyak cantik!

Finally dia cakap yang dia dah hantar report untuk teliti semula dengan company ###. Sekiranya tiada langganan dibuat refund akan diberi dan ini mengambil masa (tak specify).

Abang aku cakap kol balik customer service hari2 smpai diorang bagi refund. Itu pendapat die.

Aku nak minta pendapat korang yang pernah terkena macam ni apa yang korang buat dan korang berjaya tak dapat refund?

Untuk yang tak pernah kena alhamdulillah tapi hati2 dan check bill korang betul2.