Lepas SPM je ramai terkinja2 nak tahu pasal aku. Bila aku baru kerja tak sampai setahun, Mak pula tanya2 aku bila nk kahwin. Inilah yg aku hadapi sekarang

Assalamualikum, aku nak share pasal topic yang mak cik dan pak cik bawang dok sebok2 bercerita. Aku umur baru nk meningkat remaja 22 tahun.

Kadang2 terganggu dengan mulut2 mak cik dan pak cik bawang ni suka ambil tahu hal anak orang lain, padahal mak ayah kita tak kesah dan tak banyak tanya macam bawang ni.

After kau SPM mak cik bawang dah start amik tahu hal kau. Sambung belajar mana nanti? result apa SPM? kalau keputusan yang membanggakan tuh okey la nak jawab, yang kalau keputusan kurang tuh nak jawab pon rase down.

Kita dah jawab “biase2 je makcik” dia tanya lagi “yala biase2 tuh ape?’ aduh susah mak cik2 macam ni, jenis tak fahanm hint orang bagi. Kalau kau dah abis belajar soalan lain pulak keluar, bila dah dapat kerja dia tanya bila nk kawin pulak.

Ini la yang aku hadapi sekarang, kepoci suka menyebok.. rimas!! aku baru habis belajar time bulan puasa tahun lepas sementara tunggu dapat kerja aku mengangur la plan sampai habis raya.

Bila jumpa dekat kerja kahwin atau kenduri tak pernah tak tanya pasal mamat yang dia nak kenalkan dengan aku. Sampai aku rase rimas, setiap kali mak aku nak pergi kenduri aku akan tanya “ade kemungkinan ke kita untuk jumpa laki bini tuh” mak kata “tak” baru aku join pergi.

Aku baru kerja tak sampai setahun, gaji pon cukup2 makan. Sekarang mak aku pulak busy suruh aku cari someone untuk jadikan pasangan hidup dan tak cukup lagi tuh dia bagi arahan “sebelum aku umur 23 tahun dah ada kenalan untuk jadi pasagan hidup,

kalau takda mak amik jek anak kawan2 mak yang nak kau”. Aku jadi sakit hati, agak anak dia orang ni takde pilihan hati sendiri ke. kenapa mudah sangat pilih calon ni..

baru tengok orang datang beraya kau berkenan terus cakap dengan mak ayah kau “mak orang nak kenal dengan anak makcik tuh” mudahnya hidup. Sumpah ini drama melayu tau.

Mak bukan jenis macam ni aku kenal mak aku. Mak selalu biar anak dia buat keputusan sendiri. Aku rasa terpengaruh kawan2 dia la tuh.

Nak mintak pendapat korang dalam situasi aku ni. Plan aku 25 dalam bab2 kahwin, ini terlebih awal untuk aku. Lagi pon tak suka orang sebok2 dalam urusan hidup aku.

Aku tak nak buat keputusan hanya untuk menutup bicara mulut orang. Sorry terpanjang pula.