Menantu baru ada STPM, maknya kerje parut kelapa, tiap2 pagi dgr suara pelik sbb kami tinggal 1 rumah.

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya.

Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini.

Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yg pergi menghadap illahi sewaktu bersalin anak ketiga.

Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya. Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha.

Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya.

Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya, Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat.

Ibunya ambil upah parut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung.

Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat ego dan angkuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing.

jadi, saya katakan tidak kepada Madiha. Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya.

Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospital jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu.

Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati. Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetuk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu.

Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu. Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat.

Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri.

Neneknya pergi menghadap illahi ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi.

Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar.

Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik.

Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba juga untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri.

Sampaikan ada antara mereka yang kata pada anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar sekolah,

hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka.

Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hospital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja. Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja.

Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu sakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya.

Kami nak tahu apa penyakit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaannya dilihat sangat serius.

Kami semua terkejut selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidap sakit teruk.

Maaf cerita saya terpaksa terhenti disini. Insyaallah jika ada kelapangan saya sambung cerita menantu kesayangan saya lagi.

Boleh check komen ada part2 dan part3