Dlm diam rupanya puteri cintakan aku. Dia pula cuba dapatkan aku termasuk dgn cara halus. Tp kuat aku katakan dia tak cintakan aku

Hi. Nama aku Azeem, berasal dari Sarawak. Aku nak bercerita tentang sepupu aku. Puteri namanya.

Kisah ni berlaku pada bulan November tahun lepas. Aku nak kenalkan latar belakang sekejap.

Keluarga aku berasal dari keluarga yg agak besar (bukan nak show-off, aku cuma bagitahu jer).

Aku taknak cerita sangat pasal ni. Aku mempunyai lapan orang adik-beradik dan aku merupakan anak kelima (dan yang paling kacak kot). Haha.

Okay, dah.

Sekarang ni kita masuk bahagian intro sepupu aku. Nama sepupu aku ni, Puteri. Puteri ni nak dikatakan pemalu, ya memang pemalu. Dia mempunyai rupa paras yang cantik, sopan dan sentiasa malu bila aku tegur.

Puteri ni anak kepada abang kepada ayah aku. Dia anak sulung dan mempunyai kacukan ibunya yg berasal dari Brunei. Itu sebab dia cantik. Eh, terlebih pulak. Maaf.

Sampailah hari kedua dia dekat rumah aku.

Malam tu aku tidur lewat sebab masih leka lagi main game dekat komputer. Tengah syok aku main, tiba-tiba nampak Puteri lalu depan bilik aku, macam menuju ke arah dapur (pintu bilik aku tak tutup masa tu). Aku tengok jam, pukul satu pagi.

“Aik, apasal pulak Puteri bangun waktu ni?”

Aku pun berfikiran positif. Mungkin dia lapar ke, nak minum ke. Tak lama lepas tu, aku nampak lagi dia lalu sambil bawa sesuatu dekat tangan. Aku cubalah panggil dia, “weh, puteri! Kau buat apa tu?”

Senyap. Tak ada suara menyahut panggilan aku tadi.

Aku terus bangun dari meja komputer aku, nak tengok mana Puteri. Aku tengok dapur, gelap. Tak ada orang.

Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke bilik Puteri, sebab aku rasa macam ada something dia sembunyikan.

Sampai depan pintu bilik Puteri, aku dengar suara Puteri macam beracakap dengan seseorang. Aku cuba dengar dan apa yang aku dengar, bunyi dia macam ni, “Abah, Mama, Puteri sayang dia…”

Aku tngok dari jauh, Nina dan Azam datang dengan motor sambil “vroomm! Vrommm!” motor diorang yang entah pape tu. Nina dengan Azam ni kawan baik aku masa sekolah. Diorang ni gila-gila sikit perangai.

“Yo, Azeem! Lama aku tak jumpa kau,” kata azam sambil ambil kunci dari motor dan letakkan dekat dalam poket seluar.

“Lama apanya? Baru tiga hari lepas kau datang sini,” jawab aku dengan yakin.

“Azeem, aku dengar, sepupu kau Si Puteri tu ada datang sini, mana dia?” tanya Nina.

“Ada, haa. Dalam rumah tu. Berkurung dalam bilik.”

Nina terus dekatkan diri dia smbil perhati kiri kanan. Azam dengan muka hairannya melihat tingkah laku Nina.

“Kau tahu tak, orang dekat sekitar kawasan ni tak senang duduk bila sepupu kau si Puteri tu ada dekat sini!”

“Awak…” Puteri bersuara. Aku pandang dia.

“Ya, kenapa?” Aku rasa lain macam bila berdiri sebelah dia.

“Kenapa Mama dengan Abah saya tak setuju kalau saya cintakan awak?” jantung aku masa tu macam nak tercabut. Aku terkejut siot dengar dia luahkan perasaan dia.

“Eh, Puteri… kita ni kan sepupu. Kenapa cakap macam tu?”

Macam biasa, dia biarkan saja soalan aku tak berjawab dan berlalu pergi dengan muka yang tak kedekut memberi senyuman.

Aku banyak berfikir. Yang pertama, aku kalau bercakap dengan dia, dulu “aku-kau”, tapi sekarang dia guna “awak-saya”. Yang kedua, kenapa Nina macam takut jer bila tengok Puteri tadi? Hmm… pelik.

Malam tu aku tak boleh tidur. Entah kenapa. Aku nak main game, tapi bila dah depan komputer, hilang pulak mood main game tu.

Aku berpusing kiri kanan, tak ada hasil. Aku terus bangun, ambil balang yang berisi gula-gula atas meja. Sambil aku tengah layan kemanisan gula-gula tu, tiba-tiba…

PRINGG! PAKKK! PRING PAKK!

Akhirnya seluruh ahli keluarga aku tersedar dan bergegas turun ke tingkat bawah. Bila sampai je mak aku dekat ruang tamu, mak aku tiba-tiba menjerit,

lepas tu tunjuk satu sudut dan cakap apa yang dia nampak, “Azeem, jangan dekat situ, Azeem! Sini! Meh sini cepat!”

Aku masa tu memang dah chuak, sebab aku nampak sendiri makhluk tu, live depan mata aku, macam tengah sembah Puteri. Aku terus tarik Puteri dari makhkuk tu.

Aku amati rupa makhluk tu, hodoh. Kulitnya macam menggelupas. Makhluk tu macam sebut perkataan asing sambil sujud dekat Puteri walaupun Puteri dah jauh dari dia.

Ayah terus bersuara, “apa kau nak dari budak ni?!”

Makhluk tu jawab dalam bahasa yang tidak difahami kami.

Ustaz Saidi terus datang dapatkan Puteri yang berada dengan aku. Mulut Ustaz Saidi terkumat-kamit membaca sesuatu lalu ditiupkan ke muka Puteri.

Dengan serta-merta Puteri pengsan di riba aku. Malam tu kami sekeluarga tak tidur untuk kemas keadaan rumah yang berselerak akibat kejadian tadi.

Tengah aku mengemas, Ustaz memanggilku.

“Ya, Ustaz? Ada apa?” jawabku sopan.

“Azeem… sebelum ini kamu ada menyakiti Puteri ke?” tanya Ustaz Saidi.

“Tak ada rasanya Ustaz. Saya tak pernah pun berkasar dengan dia,” jawabku.

Ustaz Saidi terus memberi penerangan, “beginilah Azeem… Puteri tu sudah lama cintakan kamu. Tapi dia diam. Dia tak berani luah, jadi dia guna cara ni nak dapatkan kamu walaupun dia tahu, kamu tak dapat bersama dia.”

Tak lama kemudian, mereka hilang dari pandangan mata aku. Aku bersyukur semua telah selesai meskipun kejadian tu hanya satu malam saja.

Aku terus terfikir tentang kawanku, Azam dan Nina. Aku terus meluru keluar dari rumah lalu mengambil basikal fixie (yalah, aku mana ada motor macam mereka)

dan berlalu pergi ke tempat lepak mereka. Tekaan aku betul, mereka ada di situ. Aku terus menghampiri Nina, “weh, apasal kau macam takut je tengok Puteri hari tu?”

Nina tarik nafas panjang, “kau tahu tak, aku nampak dekat belakang Puteri haritu ada makhluk besar! Pelik rupa dia. Makhluk tu suruh aku berambus. Macam bagi isyarat jangan dekat dengan kau.”

Azam mencelah, “aku pun nampak!”

Sampai sekarang aku tengah cuba fahamkan, apa benda sebenarnya yang ikut Puteri tu. Malangnya, sampai sekarang persoalan aku tak berjawab.

Aku tak rasa Puteri betul-betul cintakan aku. Aku rasa makhluk tu yang nak sesuatu dari aku atau keluarga aku sebenarnya. Entahlah.

Apa pun, terima kasih sudi baca kisah aku ni. Ini bukan kisah rekaan.