Jam 4 pagi suami kejut, tiba2 dia terus bagi tahu ada rahsia masa suapkan menantu, cucu nya cantik betul

Madiha disahkan menghidapi barrah payuudarra stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir gla.

Tidak menyangka akan berita itu. Bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hospital swasta. Selang beberapa bulan, Madiha disahkan mengandung pula.

Saya menjerit suka bila dengan berita itu daripada suami sebab Basit telefon ayahnya beritahu perkara itu.

Saya sungguh teruja nak terima cucu pertama sebab masa itu anak sulung saya masih belum berkahwin.

Tapi, disebabkan rawatan kimoterapi dan jenis-jenis rawatan lain, Madiha dan Basit perlu berbincang dengan doktor sama ada mahu meneruskan kehamilan ataupun tidak.

Walaupun Basit berkata, kebarangkalian utnuk selamat bersalin tinggi, tapi rawatan dalam kehamilan sangat menyulitkan, oleh itu mereka berbincang.

Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusung katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua.

Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha semakin merosot, dia kerap rebah dan tidak bermaya. Berulang kali dia dimasukkan ke hospital, ada juga 2 kali di ICU.

Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha meningal dunia, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha.

Saya sibuk menanda kertas peperiksaan ujian awal tahun anak-anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha.

Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya?

Madiha kata, dia jumpa anak-anak kembarnya di dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk mendegar sambungan cerita itu.

Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tak boleh kongsikan.

Tetapi, yang pasti ujian yang dia alami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati selepas berjumpa dengan lelaki itu tadi.

Berkali-kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab. Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya.

Kami bawa pulang jenazah Madiha ke Terengganu atas permintaan keluarganya. Malam pertama tahlil Madiha, saya, suami, besan, adik beradik Madiha dan Basit berkumpul di ruang tamu keluarga Madiha.

Malam itu, Basit memberitahu, simpanan Madiha sudah pun mencecah RM25k dalam Tabung Haji.

Madiha mahu Basit keluarkan duit itu dan berikan kepada kedua-dua orang tuanya. Apa yang mahu dilakukan kepada wang itu,

Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat jumpa anak-anaknya.

Saya tanyakan juga, jika Madiha berceritakan tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu.

Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha.

Kata Basit, seperti mana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan bawa rahsia itu hingga ke saat kematiannya.

Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu lagi bilik adik perempuan Madiha. Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar.

Walaupun dia tiada di depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga.

Sehingga kini, setiap kali cuti sekolah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya. Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar.

Mereka juga masih tidak putus mengirim keropok ikan kepada saya dan suami di sini.

Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat dipertemukan semula dengan isteri dan anak-anaknya di sana.

Sebagai seorang ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhirat.

Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha.

Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang ego berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyuman dan bersabar.

Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta.