“Lepas buang, lori sampah dah ambil pun dia dtg balik rumah” Sejak dari tu kerap dapat mimpi suruh bukak kotak merah tu dan ini terjadi bila ayah dtg.

Pada hari jadi aku beberapa tahun lalu, aku telah menerima sebuah pakej dari seseorang yang aku tak kenali.

Bungkusannya berwarna merah pekat seakan-akan ianya dicat dengan menggunakan nippon paint.

Sehingga ke hari ini aku masih lagi belum membuka bungkusan misteri tersebut kerana aku rasa tidak penting dan tidak perlu. Takut pun ada juga sebab aku tak tahu siapa pengirimnya.

Tetapi semenjak aku menerima bungkusan itu, aku selalu tidur tak lena. Aku selalu menerima mimpi yang menyeramkan. Mimpi yang di mana aku berada di tempat yang begitu asing sekali.

Tempat yang aku tidak pernah kunjungi sepanjang usia aku. Di dalam mimpi itu juga aku dikunjungi oleh seseorang yang aku tidak kenal,

dia menyuruh aku untuk membuka bungkusan itu. Dia juga memberitahu bahawa isi kandungan bungkusan tersebut merupakan sesuatu yang istimewa.

aku menjadi bimbang dan khuatir terhadap keselamatan keluarga aku. Pernah juga terfikir untuk melaporkan kepada pihak polis, tapi atas sebab apa? Nanti jadi bahan jenaka pula.

Beberapa minggu lepas aku pernah buang bungkusan itu ke dalam tong sampah dan aku melihat sendiri bahawa lori sampah itu sendiri telah mengambil semua isi-isi yang ada di dalam tong tersebut.

Tapi entah macam mana, pada waktu malam. Aku melihat bungkusan itu berada di atas meja kerja aku yang terletak di bahagian ruang tamu. Aneh, siapa pula pergi kutip bungkusan tu? Sedangkan aku dah buang tadi.

Aku mengambilnya semula dan lontar ke dalam tong sampah. Esok paginya, bungkusan tersebut ada lagi di dalam rumah aku, tetapi ianya berada bersebelahan dengan sinki di dapur. Aku mulai merasakan perasaan tidak enak dengan kehadiran bungkusan itu.

Isteri aku meminta aku untuk bertanyakan perihal tersebut kepada sesiapa yang berilmu kerana isteri aku mulai menerima kesan dari bungkusan misteri itu.

Puas aku mencari tetapi tidak jumpa. Aneh. Sedangkan aku sudah letak di atas meja di bahagian ruang tamu.

Lantas aku memohon maaf kepada ayah aku kerana sudah penat lelah dia datang dari jauh tetapi bungkusan itu tiada pula.

Ayah aku menjelaskan bahawa ada seseorang yang dengki dengan keluarga aku, dia ingin menghancurkan keharmonian yang terjalin antara aku dan isteri aku.

Memandangkan ayah aku seorang yang berilmu dan pakar dalam hal-hal agama, jadi aku menurut sahaja apa yang disuruh.

Aku kembali menjaga solat, mengaji setiap malam, mendekatkan diri pada Allah. Aku juga mengajak isteri aku untuk melakukan hal yang sama. Isteri aku juga sudah menutup aurat penuh.

Dia tidak lagi mengenakan pakaian yang ketat dan menayangkan rambutnya lagi. Selepas perubahan besar yang aku lakukan itu, Alhamdulillah tidak ada lagi apa-apa mimpi ngeri yang mengganggu kami.

Tapi pada suatu, bungkusan misteri yang hilang tiba-tiba itu muncul kembali. Ketika aku dan isteri baru saja pulang dari melawat kawan kami yang sedang sakit dihospital, aku mendapati bahawa bungkusan merah itu terletak di atas meja makan.

Jadi aku membiarkan dia menunggu di dalam kereta lalu aku yang masuk ke dalam rumah dan memastikan keadaan rumah itu selamat. Ketika kali kedua aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.

Aku mendapati bahawa bungkusan yang berada di atas meja makan tadi sudah beralih tempat pula, ianya tiba-tiba berada di atas rak buku yang berada di ruang tamu.

Aku mendekati bungkusan tersebut. Lalu aku bertanyakan soalan, apakah kau? Aku benar-benar ingin tahu isi kandungan bungkusan itu.

Namun, perasaan seram yang menyelubungi diriku membuatkan aku jadi tidak berani. Aku bimbang jika sesuatu berlaku pada keluarga aku. Aku mengambil bungkusan itu dan aku campakkan ke tong sampah di luar rumah.

Namun, kali ni aku campak ke dalam tong sampah rumah jiran. Kemudian aku menyakinkan isteri aku bahawa semuanya baik-baik sahaja. Lalu, isteri aku keluar dari dalam kereta dan berjalan bersama aku masuk ke dalam rumah.

Aku tak tahu kenapa dia menangis. Isteri aku memberitahu bahawa ketika dia cuba untuk memeluk tubuhku. Tiba-tiba dia merasakan seperti seluruh tubuhku itu penuh dengan bulu.

Apabila dia membuka matanya, dia melihat bahawa orang yang dia peluk itu bukanlah aku, akan tetapi sejenis makhluk yang berbulu lebat dan bermata bulat berwarna merah. Lantas, isteriku terkejut dan menjerit.

Semenjak peristiwa itu berlaku, aku dan isteri aku rasa seperti tidak selamat untuk terus tinggal di dalam rumah itu. Isteri aku juga mengadu bahawa dia seringkali terasa seperti dirinya seakan-akan sedang diperhatikan.

Perasaan aku mulai rasa tidak enak. Isteri aku memujuk agar pindah sahaja dari rumah itu. Tapi aku membantah kerana duit aku sudah habis gara-gara membeli rumah idaman isteriku itu.

Dia yang pilih untuk tinggal di situ dan dia suka dengan suasana persekitaran kawasan perjiranan di situ. Jadi, aku tidak akan pindah. Pinjaman bank pun tak habis bayar lagi.

Aku jawab bahawa aku tunggu dia keluar dari bilik air kerana aku ingin menggunakan tandas. Aku terpaksa menipu kerana tidak mahu isteri aku takut.

Di dalam pelukan aku ketika itu adalah bantal peluk. Aku betul-betul hairan. Apakah aku sedang dipermainkan? Siapa pula yang menjerit tadi?

Siapa pula yang aku peluk tadi? Siapa pula yang menangis dan mengadu dengan aku tadi? Disebabkan mata aku sudah terlalu berat, lalu aku membuat keputusan untuk tidur sahaja.

Esoknya ketika di tempat kerja. Aku sudah menghubungi ayah aku dan meminta bantuan dari dia. Dia akan datang dengan segera dan aku akan menjemput dia di stesen bas.

Aku menceritakan peristiwa yang mengganggu beberapa hari ni. Dan meminta pada bos aku untuk keluar sejam awal sebab nak pergi menjemput ayah aku,

namun, bos aku menolak permohonan aku dan dia berkata kalau aku degil juga, dia akan berikan surat amaran pertama pada aku. Jadi nak tak nak, ayah aku terpaksa menanti selama sejam di stesen bas itu nanti.

Tamat je waktu kerja, aku terus pergi ke stesen bas dan menjemput ayah. Isteriku sudah pun tiba di rumah dan dia terlalu sibuk untuk memasak kerana banyak projek yang dia kena selesaikan.

Jadi, aku beli makanan bungkus saja untuk santapan kami bertiga pada malam itu. Selesai solat isyak, ayah aku duduk di ruang tamu bersama aku.

Kemudian, isteri aku menjerit dari dapur ketika sedang menyiapkan minuman untuk kami berdua. Aku bergegas berlari mendapatkan isteri aku.

Ayah aku berkata bahawa ada seseorang yang mahu aku menjadi penjaga kepada sejenis jin yang dibelanya. Aku memenuhi kriteria yang di inginkan.

Nasib aku baik kerana aku tidak pernah buka bungkusan tersebut semenjak hari pertama ianya sampai ke rumah aku. Namun insan tersebut tidak mahu mengalah, dia tetap mahukan aku untuk menjadi penjaga baru.

“Khurafat!” jerit aku. Aku tidak mahu menjadi penjaga kepada makhluk-makhluk halus. Aku tidak mahu melakukan syirik. Tapi, ianya tidak cukup untuk membuatkan insan tersebut mengalah.

Secara tiba-tiba, api yang membakar bungkusan tersebut menjadi besar. Ianya begitu besar sehinggakan aku terasa bahangnya di wajah.

Aku mengarahkan isteri aku untuk jauhkan diri dari tempat itu. Biarkan aku dengan ayah aku sahaja yang uruskan perkara tersebut.

Lalu mereka terbakar disebabkan mereka sudah tertewas. Aku membiarkan saja ayah aku lakukan kerja dia. Aku dan isteri aku memerhatikan saja.

Api yang sedang marak itu menghasilkan bunyi yang pelik. Bunyi tersebut seperti besi bergesel dengan besi. Yang pasti ianya menyakitkan telinga aku.

Beberapa minit kemudian, keadaan mula menjadi sedikit reda. Api mulai surut. Perlahan-lahan terpadam. Aku lihat ayah terjatuh, dia kelihatan penat.

Aku berlari mendapatkan ayah. Muka ayah begitu pucat. Aku tak tahu apa yang berlaku namun ayah aku kata dia sudah berjaya hapuskan jin tersebut bersama penjaganya yang sudah nyawa dihujung tanduk.

Kemudian ayah aku tidak menyedarkan diri. Aku dukung ayah dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku baringkan dia di atas tilam. Isteri aku mengambil tuala bersih dan air suam.

Kemudian, aku lapkan tuala yang direndam air suam itu ke wajah ayah aku. Aku memeriksa nadi ayah, Alhamdulillah masih berdenyut. Mungkin ayah cuma tidur saja kerana aku dengar sedikit bunyi dengkuran yang keluar dari pernafasannya.

Semenjak hari itu, tiada lagi gangguan atau mimpi ngeri yang mengacau hidup kami. Aku dan isteri sudah boleh tidur dengan nyenyak dan pergi ke tempat kerja dengan aman.