Malam tu anak aku, menantu tidur sebilik berpelukn depan aku, aku terkedu menahan. hanya mampu menjeling

Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kemtian Madiha. Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu.

Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan.

Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya,

sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.

Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman.

Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital.

Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kimoterapi masih menyerang dirinya.

Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu.

Dia peluk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir.

Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih terseksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat.

Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yangtengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang.

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha muntah. Doktor masuk sekali lagike bilik untuk lihat keadaan Madiha.

Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula.

Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.

Hari yang ini, hari yang dahsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya.

Dia memohn maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut, saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya.

Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutut dan mencium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha.

Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meraung-raung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab doktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik.

Madiha tenat, ada darah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Kelibat si Basit masih belum kelihatan.

Saya tak mampu nak teruskan penceritaan bila terkenang kembali peristiwa ni, berguguran air mata saya.

Kalau kalian nak saya sambung cerita ini silalah nyatakan diruang komen. Insyaallah ada sambutan saya teruskan.

Siapa yang kurang jelas boleh semak dan baca part 1-part3 di komen