Pkul 10 abg call bg tahu mama dah xde. Dgn adik2 kecik ramai. Dia suruh bawak adik2 pergi rumah jiran duduk sana tunggu sampai dia balik.

Assalamualaikum and hai. Aku nak cerita pasal penyesalan aku yg buat aku menangis sebelum tidur setiap hari. Aku ada 5 orang adik beradik.

Aku anak yang ke tiga. Aku tinggal dengan mama hanya 6 tahun sahaja. Selepas itu aku duduk dengan makcik dan pakcik aku dari 7 tahun sehingga 12 tahun.

Aku dijaga oleh mereka kerana mereka kesunyian, sudah 10 tahun kahwin tapi tidak dikurniakan anak. Hidup dengan mereka memang seronok macam orang bujang la.

Hari-hari makan dekat luar (sebab makcik aku ni tak pandai masak) , makan dekat hotel, tengok wayang (kdg2 laa), dapat pergi melancong naik kapal terbang. Mmg Heaven laaa..

Seronok tu kdg2 sampai kau lupa kau ada family sendiri. Tp aku balik je rumah mama kalau cuti panjang.

Time tu mama baru buat kmoterapi, rambut mama abis gugur semua, mama duk atas kerusi roda ja tp mama tetap jaga aku.

Mama akan makan sekali apa yang aku makan maklum lah demam campak mana boleh makan sembarangan. Mama mmg jaga betol la.

Mama asingkan aku dgn adik beradik lain, dlam bilik tu aku dan mama je. Tiap2 malam mama akan jelum kepala aku supaya panas dalam badan aku reda dan bekurangan.

Walau mama tak larat, dia sanggup buat semua tu demi aku. Nampak muka mama pucat, bila ayah balik, ayah akan gilir dgn mama jaga aku.

Demam campak aku diakhiri dengan sup ketam. Tu la pertama kali aku makan. Mama yg korek kan isi ketam tu untuk aku.

Bila balik sekolah mama cakap kat aku : ‘*****, baca kan Quran untuk mama’. Aku ambil Quran terus dduk sebelah mama.

‘kaki mama skit, abg boleh tolong picit kan?’ keadaan mama teruk sangat. Mama tak boleh bangun pon.

Tahu tak katil single yang ada tilam bawah dia beroda, yang boleh tarik2 keluar kalau nak guna tu. Mama baring atas tu.

Setiap kali nak mandi kan mama. Kami adik beradik akan tolak tilam beroda tu ramai2 sampai ke toilet.

Kami semua kecik2 ja. Tak larat nak angkat mama. Tu ja cara kami bantu mama kalau tak dak orang besar kat rumah.

Aku tak tau la nak rasa apa. Aku tak nangis time tu. Aku kena kuat. Aku kena kuat untuk adik-adik aku.

Aku terbangun pkul 3 pagi, makcik pakcik aku dari jauh semua da smpai. Surah Yasin tak putus2 dibaca untuk mama. Kuatnya tokwan aku toksah cerita la bila tengok anak sendiri pergi dulu dari dia.

Pagi mama disembahyang kan oleh tokwan iaitu ayah mama sendiri. Ayah yg talkin kan mama sewaktu dikebumikan. Last aku tgk muka mama, masa dimasukkan dalam liang lahad.

Please berbakti lah dengan mak kandung kita jugak. Create laa memory byk2 dengan diaorg. Cuba! Aku tak nak kau orang menyesal macam aku.

Bila dah tak ada baru nak menyesal. Akhir kalam, minta sedekah kan Al-Fatihah untuk MAMA aku dan orang2 islam lain yang dah mningal duniia.