Padang kiri, kanan suami dia tiada. Call berapa kali tak dapat. Bila isteri dia dah pergi baru suami dia datang.

Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh juruurawat untuk saya keluar, saya tetap ciium Madiha sepuasnya.

Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa d0ktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu juga masuk ke bilik Madiha.

Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil wariis terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah. Masa itu rebaah saya, lemaah kaki rasa tidak mampu lagi berdiiri. Saya dan suami menaangis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam.

Saya seperti separuh giula menjeerit-jeerit nama Basit. Anak-anak saya menelefon juga tidak dijawab.

Disebabkan saya menjeerit dan memangil-mangil nama Basit, hampir semua orang di bilik-nilik lain keluar menjengah.

Ada juga jururrawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha. Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar puucat leesi.

Dia menangis di atas lantai. Suami saya dan ayah Madiha nampak kumpulkan kekuatan mereka untuk berikan semangat kepada Madiha.

Saya yang awalnya rasa begitu maraah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha naazak, berubah jadi malas nak cakap apa-apa. saya letih. letih kerana menaangis.

Lepas urusan h0spital selesai, kami bawa jenaazah Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam.

Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jenaazah. Kami terus mandiikan jenaazah.

Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untum mandikan Madiha, kafaankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.

Basit turut mandikan jenaazah Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandiikan.

Abang minta maaf sebab abang sahaja yg tertingggal di sini. Abang akan sentiasa rindukan sayang.

Tolong lah bahagia di sana. Tunggu abang di sana, sehingga satu hari yg lain, kita akan berjumpa.

Itu lah lebih kurang ayat yang Basit sebutkan semasa kami sibuk kafaan kan Madiha. Cincin kahwin Madiha, Basit balut dalam kain batik yang digunting kecil.

Kemudian, dia selitkan di ikatan kafaan Madiha. Sebelum kami bawa keluar Madiha, Basit ciium lama jenaazah Madiha sebagai tanda pengh0rmatan terakhir kepada isterinya. Suasana sayu di rumah itu.

Selepas solat jenaz@ah, ayah Madiha jadi imam. Keadaan bertambah sayu bila ayah Madiha sebak dalam solat.

Jemaah juga seakan-akan menghayati situasi itu. Tapi, keadaan semakin ke tengah malam, kami segerakan untuk kebumiikan Madiha.

Saya biarkan sahaja, sebab masih marah Basit tidak datang ke bilik Madiha sewaktu Madiha teenat.

Masa itu juga hati saya terusik, saya terfikir, anak saya dalam keadaan yang sedang diuji dengan hebat sekali.

Patutkah saya juga bermain em0si dengannya? Berbaloi kah saya marahkan Basit kerana tidak menjawab telefon ketika itu? Sedangkan dia lagi sedih daripada saya ketika ini? Lepas makan, saya seorang diri menghampiri Basit.

Saya pandang Basit dari belakang. Saya lihat Basit, saya terimbau zaman kanak-kanaknya. Yang manja dan kuat bermain.

Seingkali balik ke rumah menangis sebab dibuuli kawan-kawan. Saya menjadi sebak dan sayu, tidak menyangka, anak yang saya besarkan sepenuh hati.

Yang saya didik sehingga berjaya dalam hidup sedang dipilih Allah untuk diuji.

Antara terus mempersoalkan ketentuan Tuhan atau menerima takdir Tuhan. Saya jadi buntu, macam mana mahu pujuk jiwa dan raga anak saya.

Sampailah ilham mencuit hati saya. Saya katakan kepada Basit, bagaimana Madiha mahu menceritakan kehebatan ayah kepada anak-anak kembarmya, jika Basit sebagai ayah masih lagi tidak kuat dengan takdir itu.

Mana mungkin anak-anak Basit nak percaya kata-kata Madiha.

Basit terus diam. Saya terus bagun dan bersiap untuk beli barang nak buat tahlil malam itu.

Tak lama lepas tu, saya nampak Basit duduk makan di meja sambil berbual dengan ipar duianya di dapur. Adik-adik Madiha memang rapat dengan Basit kerana Basit pandai mengabil hati mereka.

Malam itu, Basit nampak bersemangat sekali. Tidak seperti semalam dan pagi itu. Malam itu juga dia ketuai musyawarah kami, uruskan harta peningalan Madiha.

Mungkin jauh di dalam sudut hati anak lelaki saya, dia merindukan anak-anak kembarnya dan berbangga dengan dirinya kerana dapat menjaga Madiha.

Dia yakin, pastinya Madiha menceritakan kisah itu kepada anak-anak mereka. Sudah 7 tahun pemergiian Madiha, saya tak pernah sekali pun ungkit sekali pun tentang kejadian Basit tidak angkat telefon semasa membeli air coke untuk Madiha.

Saya tidak mahu mengguris hatinya. Tapi baru-baru ini, selepas suruh Basit baca perkongsian yang pertama, saya terus tanya Basit. Ke mana sahaja sebenarnya dia pada waktu itu.

Kata Basit, sewaktu saya tidur di rumah dengan keluarga besan, beberapa hari sebelum Madiha meniingal, Basit dan Madiha sudah membuat perjanjian.

Basit tidak mahu Madiha m@ti di depan matanya, Madiha pula tidak mahu Basit melihatnya m@ti.

Jadi hari itu, Basit dapat merasakan, waktu pemergian Madiha sudah makin dekat. Dan dia yakin, Madiha memintanya membeli Cocaa-C0la kerana dia sudah dapat merasakan dia akan pergi dalam masa yang terdekat.

Kata Basit, dia turun semula ke bilik Madiha dan lihat bilik Madiha seolah-olah sudah kosong daripada d0ktor dan jururawat.

Masa itu dia yakin, semuanya sudah ‘selesai’. Masa itu lah, dia kumpul kekuatan untuk masuk dan lihat sendiri.

Saya juga tanyakan sekali lagi tentang mimpi Madiha berjupa dengan lelaki misteri di bawah pokok yang menghalang Madiha masuk ke sebuah rumah, Basit masih pertahan jawapan yang sama.

Dia tidak akan beritahu sesiapa atas permintaan Madiha.

Beberapa minggu selepas pemerrgian Madiha, Basit keluar dari rumahnya dan kembali tingal bersama saya.

Katanya, dia tidak mampu melupakan kenangannya bersama Madiha di rumah itu. Rumah tersebut kini disewa oleh sekumpulan jururaawat di h0spital tempat Basit bertugas.

Tiada lagi yang ketul lesung nak goreng nasi pagi-pagi. Tiada lagi yang nak ambil menu kami untuk masakan esk hari.

Kini, cuma ada, dua orang pesara yang banyak habiskan masa membaca buku dan tengok tv.

p/s – Part 1 hingga Part 3 ada di komen