Dah 2 tahun aku ada hubungan dgn seorang dudu. Tp family dia tak suka aku. Satu hari rambut aku gugur dan aku terpaksa botakkam rambut

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi satu kisah benar pasal sihir pemisah akibat hubungan yang tak direstui keluarga.

Ceritanya macam ni, aku ada berkawan dengan seorang lelaki (dah 2tahun) dan kami dah plan nak kahwin. Dia seorang duda.

Tapi family dia tak suka aku sebab diorang anggap aku punca penceraian dia dengan bekas isteri sedangkan rumah tangga dia bermasalah sebelum kenal aku lagi.

Mak ayah dia bersungguh2 nak dia rujuk balik, diorang cakap aku buat anak diorang tergila2 kat aku melalui amalan puja dan seru.

Sumpah aku sendiri tak tahu pun pasal amalan tu. Dipendekkan cerita, 2 tahun aku berkawan dengan dia hampir 2 tahun jugaklah aku terseksa angkara sihir.

Diorang buat nak suruh dia benci aku dan lupa kat aku. Family dia pernah serang aku call maki2 dan ugut aku.

Macam2 diorang cakap tapi aku diamkan je sebab bagi aku diorang ni tak tahu cerita sebenar.

Tapi tak lama lepas tu aku sakit2. Sakit belakang & dalam perut (rasa ada benda bergerak2 kat bawah perut aku) Aku gi hospital buat checkup & xray tapi takde pape.

Masa tu sumpah jatuh air mata aku sebab dia betul2 dah jadi orang lain, bercakap langsung tak pandang aku.

Masa tu aku betul2 rasa ada yang tak kena sebab dia yang aku kenal sangat2 menjaga aku, amik berat pasal aku.

Aku takut nak pergi berubat, sebab aku tahu ramai yang berubat tapi tak ikut kaedah rawatan cara islam yang betul. Tapi ada kawan sarankan aku jumpa sorang kakak ni.

Bila aku gi sana baru aku tahu, Kakak tu tak cakap direct tapi dia cakap dengan aku jangan fikir sangat pasal orang buat sebab nanti kat akhirat orang tu tanggung perbuatan jahat dia.

Memang ada orang benci aku dan sihir tu nak suruh aku dibenci. Memang ada nenek tua dengan aku, so orang yang pandang aku akan nampak aku buruk.

Aku menggelupur masa kakak tu buang benda tu. Kakak tu bagus, dia takde pun buat upacara mengarut2 tapi dia cuma suruh aku terima apa yang berlaku tu dgn redha & banyakkan zikir.

Kerja aku terbengkalai. Berbulan aku duk rumah tak jumpa orang, aku berubat diri aku, aku cari balik kekuatan diri. Aku banyak join program2 agama.

Aku tak boleh move on sebab hati aku betul2 terikat dgn dia tapi aku diajar untuk terima dan memaafkan, jadi aku serah kat Allah dan sibukkan diri aku.

Bagi aku satu je, kalau betul aku dgn dia ni kena sihir, benda ni takkan bertahan lama.

Tepat sangkaan aku, awal tahun dia cari aku balik, mintak maaf dengan aku dia cakap dia tak tak tahu kenapa dia buat macam tu sedangkan dia memang dah takde hati dengan exwife.

Diorang tak rujuk pun. Dan dia pernah cuba nak lupakan aku tapi tak boleh. Banyak benda dah berubah, tapi last2 kami still berkawan tanpa pengetahuan keluarga dia.

Bahkan makin rapat, aku banyak kali mention pasal kawin, sebab aku tak selesa berkawan dengan keadaan yang masing2 duk sayang duk rindu.

Aku amik wuduk, solat taubat sebab semua ni salah aku jugak, berkawan dan bercinta sebelum nikah.

Ye memang aku bodoh berkorban bagai nak rak untuk dia tapi dia sendiri tak mampu nak pertahankan aku depan family dia.

Next day hari ke5 puasa. Malam tu aku mimpi. 3 hari berturut2 aku mimpi pelik. Mula2 mimpi binatang berbulu, mimpi budak perempuan, mimpi kena pukul, mimpi tu macam real gilaa sebab bila bangun pagi tu rasa sakit gila badan aku.

last aku mimpi muntah berbuih tak henti2. Serius dari takde rasa apa2 aku jadi rasa nak marah. Aku tahu kerja siapa.

Aku penat asyik kena hadap benda2 macam ni. Then aku google nak cari ayat ruqyah tapi terbaca post pasal yasin 7mubin untuk pulangkan semula sihir. Aku nekad nak buat.

Malam tu dalam pukul 11 lebih, aku mandi bersihkan diri, wuduk & solat taubat 2rakaat. Serius menangis wehh bila kita solat sepenuh hati.

Lepas solat taubat aku sambung dengan solat hajat. Sebelum solat hajat aku dah tulis siap2 apa yang aku nak mintak dengan Allah.

Ada benda macam nak keluar dari kerongkong aku, tak nampak tapi boleh rasa. Sampai berbunyi2 macam orang tengah nazak. Dua jam lebih baru habis.

Malam tu aku tak boleh tido sebab ada benda kat depan aku. tiap kali pejam mata nak lelap ada benda tu asyik nak datang dekat aku.

Next day bangun badan aku rasa lemah rasa penat yang amat. Sakit lenguh sebelah badan tak hilang, aku tido je sehari suntuk. Malamnya aku buat lagi sekali.

Kali ni tak de effect apa2, aku ingat dah ok la kan sebab malam tu aku tido lena. So aku berhajat nak buat 3 hari berturut2.

Malam ketiga yang sepatutnya aku buat yasin mubin tu, aku rasa mengantuk yang teramat.

Aku sampai gi mandi nak bagi hilang mengantuk tapi aku sempat baca sampai mubin ketiga je sebab aku terlelap. Dengan lampu terpasangnya sampai ke pagi.

Manusia tu sendiri yang jadi syaitan. Tolonglah hentikan perbuatan terkutuk ni, ingatlah pada balasan Allah.

Aku dengan dia dah tak ada apa2 hubungan sekarang, aku perasan dia selalu follow whatsapp story aku then aku delete nombor dia.

Hati aku dapat rasa yang nanti dia akan cari balik tapi bila masa tu tiba aku harap aku takkan balik kat dia lagi. Cukup2lah apa yang berlaku ni.

Of course semua ni berlaku dengan izin Allah sebab Dialah ya Dharru (yang Memberi mudarat kerana kasihNya) dan Dia jualah ya Salam yang Maha Menyembuhkan.

Tolong doakan aku kuat ya sebab kadang aku rasa give up, sebab terlampau penat.