Lepas sembang2 dgn kakak, kami terus tertidur. Tiba2 rasa trsentak mcm ada org tarik sesuatu sampai separuh badan sy ada kat lantai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca setia. Terima kasih buat admin kerana sudi menyiarkan ceritaku ni.

Apa yang akan aku ceritakan adalah cerita sebenar kejadian. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku (adalah pencerita)

Tetapi bila diamati, ruang jarak dan bilik bawah masih sama. Ayah cuma menambah 2 bilik untuk kakak dan abangku yang sudah berumah tangga.

Aku tetap punya bilik sendiri kerana cuma aku yang masih tinggal di kampung meneruskan persekolahan. Abang dan kakakku semua telah berhijrah ke negeri lain.

Kisah tiang seri rumah lama ini tak pernah diceritakan semasa aku kecil. Ayah kata, dia tidak mahu menakutkan aku yang selalu tinggal sendirian di rumah.

Dalam tempoh 2 tahun, Ayah dan Ibu kerap kali berulang ke rumah Arwah Opah semasa hayatnya. Tinggallah aku bersendirian.

Adakalanya sehingga lewat malam aku tinggal sendiri kerana Opah sakit kuat dan hanya MakCik ku seorang yang menjaga Opah dan Atuk. (Kini kedua-duanya serta Ayah telah pun pulang ke Rahmatullah) – Al Fatihah.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus dek kuatnya guruh yang berbulan. Terkejut aku yang memerap di dalam bilik.

Aku meraba-raba berjalan ke arah almari di ruang tamu untuk mencari lampu suluh. Tak berjumpa. Lantas aku berjalan perlahan-lahan ke arah dapur untuk mencari lilin.

Di luar keadaan gelap, angin kuat menderu-deru, kedengaran bumbung rumah bahagian belakang diketuk-ketuk pelepah kelapa. Berderau darahku mendengarkannya.

Itu yang aku fikirkan bila bunyi kuat itu kedengaran. Sewaktu melalui bahagian tengah rumah, bulu romaku tiba-tiba berdiri. Mungkin sebab sejuk.

Aku masih cuba berfikiran positif. Alhamdulillah, berjumpa lilin yang dicari. Aku cuma duduk di dalam bilikku bertemankan lilin sebatang.

Di sekolah petang itu kawan-kawan aku sibuk bercerita pasal hantu tak tahu kenapa. Serentak dengan itu, kecoh kampung sebelah ada serangan orang minyak. Jadi cerita hantu memang tengah hangat masa tu. Aku tak ambil port pun benda-benda ni.

Nak dijadikan kenangan padaku, malam itu aku tidur agak lewat. Tengah aku menelaah, tiba-tiba ada seekor labah-labah memanjat kakiku. Aku berjaya m*b***h labah-labah itu walaupun dalam hati berkata-kata.

Tak pernah aku melihat labah-labah yang hitam besar seperti itu dalam rumah ni. Oleh kerana kakakku pulang dari kampus, jadi malam itu aku punya teman tidur.

Kami bersembang macam-macam perkara sehingga masing-masing tertidur. Sudah jadi petua ibu jika tidur berdua, kepala kami mesti berada di arah bertentangan.

Malam itu aku tidur menghala ke arah pintu, di kaki katil manakala kakak di kepala katil.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sentakan yang kuat, aku yang masih mamai terkejut kerana separuh badanku berada dilantai.

Mulut terkumat-kamit ingin membaca ayat Al-Quran tapi ‘failed’! Satu ayat pun tak keluar dari mulut. Tak lama selepas itu aku terasa disentap ke bawah semula.

Allahuakbar, hanya Allah yang tahu perasaanku masa itu. Aku cuba baca ayat Kursi, masih tak boleh.

Lidah seperti kelu, aku seperti tak boleh bergerak melawan. Satu je yang boleh ku sebut dengan kuat. Aku sebut Allah,

Allahuakbar! Beberapa kali sehingga aku terlepas dari kekakuan itu. Barulah aku boleh membaca ayat Kursi walaupun terketar-ketar.

Kembali ke dalam selubung, tetap cuba membangunkan kakak yang tidur m**i tu, tapi dia masih tak bangun. Aku tak pasti berapa lama tempoh gangguan itu. Aku terus-terusan membaca Ayatul Kursi.

Dia pelik melihat aku tidur memeluk lutut seperti ketakutan. Aku juga lupa tentang gangguan itu sehinggalah aku selesai mandi pagi.

Sebaik sahaja aku ingat semula, aku menangis kuat. Terkejut seisi rumah pagi itu dengan tangisan ketakutanku. Ayah, Ibu dan kakakku terkejut bila aku ceritakan gangguan semalam.

Terus demam aku hari itu. Ayah membuatkan air ubat bacaan ayat suci Al-Quran untuk mengembalikan semangatku semula. Sejujurnya itulah gangguan paling ‘extreme’ yang pernah aku hadapi.

Sejak peristiwa itu aku jadi sedikit berani dari sebelumnya. Aku tak pasti apa kaitannya dengan tiang seri yang dikatakan Ayah itu.

Tetapi bila Ayah ceritakan perihal tiang seri yang tak berseri itu, kisah gangguan itu menerjah memori. Mungkin ada kaitan, mungkin tidak.

Kejadian itu berlaku selepas Ustaz disekolahku mengajarkan kami yang ingin menduduki peperiksaan dengan ayat-ayat pendinding dari gangguan Jin dan syaitan. Termasuklah cara bacaan Ayat Kursi sebagai pendinding.

Bila diingat semula, aku pernah beberapa kali ditindih ketika tidur. Pernah juga sewaktu kakak iparku baru masuk dalam keluarga kami, ‘benda’ itu bergurau dengannya.

Masa tu kakak iparku memasak sarapan pagi. Cekodok yang digorengnya meletup-letup sehingga muka dan tangannya terpercik minyak panas. Metetup-letup sehingga ke syiling.

Ada yang dah diangkat pun masih meletup-letup di pinggan. (Ruginya takda camera phone nak rakam masa tu, kalau tak jadi cekodok viral lah!).

Kiranya ‘first time in history’ orang masak cekodok meletup-letup. ‘Lastly’ abang keluar beli sarapan.

Kejadian itu nampak lucu sehingga jadi bahan usikkan kakak iparku sampai sekarang. Tapi bila difikirkan kembali. Pelik sangat.

Tetapi sejak akhir-akhir ini kami tidak lagi pulang bermalam di situ kerana rumah itu sudah sangat usang untuk diduduki bukan kerana berhantu atau berpenunggu.

Aku pun tak pasti jika ‘benda’ itu masih terpasung di bekas tiang seri itu atau ia telah berpindah? Wallahua’lam.