Abah cuit2 peha mak mlm itu brmaksud “lampu hijau”, abah cuba bgtahu 1 per satu apa yg berlaku sebenarnya

Assalamualaikum readers. Nama aku Intan. Aku berasal dari Selangor. Tak yah mention la daerah mana, kang ada yg tahu nnt.

Sepanjang hidup aku, tak pernah aku tahu aku ni mak dan bapa kandung aku siapa. Sehinggalah aku terjumpa sendiri surat beranak aku dalam beg sijil2 ayah masa aku darjah 3.

Memang hairan sngat la. Aku bawak surat beranak tu, tunjuk dgn mak ayah aku yg sedang tengok tv.

Mak aku seboleh2 menafikan & memberi pelbagai alasan. Last2 ayah aku yg buka cerita.

Terkebil kebil mata mak ayah aku sambil cuit peha masing suruh cerita kan hal sebenar.

Aku menangis dalam kemarahan. Aku tepuk peha mak ayah, kenapa buat aku mcm ni. Nasib pada awal nya aku tak fikir bukan2. Akhirnya ayah pujuk aku mlm tu.

Aku anak yang kelima. Tapi, hanya aku yang diberi pada orang merangkap mak ayah sedara aku. Dulu aku sering marah & berdendam.

Kenapa hanya aku yang diberi pada orang? Aku ni bawa bala pada family ke? Aku ni anak tak guna ke?

Aku ni bukan anak kandung dorang ke? Memang mak ayah aku susah tapi tak bermaksud dorang boleh buang aku sesuka hati dari keluarga.

Dari kecik yang aku tahu, dorang jarang bertanyakan hal aku. Jika ada, itu aku tak pasti.

Cik Melah & Pakcik Leman pernah cerita kenapa hanya aku seorang yg diberi pada orang. Mereka kate itu perjanjian mereka dgn mak ayah aku.

Oleh kerana dah ade 4 orang anak perempuan, jika keluar yang ke 5 juga perempuan maka akan diberi pada mak ayah aku.

Dan sampai besar juga lah abg long sornag je tahu asal usul aku, abg ngah mmang x tahu sgt..

Sebb time mak ambil aku, abg ngah time baru nak masuk setahun.. Aku selang setahun je abg ngah ni.

Tiap2 tahun mak ayah tak pernah lupa sambut birthday aku secara besar-besaran kerana masa zaman 90an, kawan2 aku semua kebanyakan nya mempunyai keluarga yg tak mampu disamping anak2 yg ramai.

Aku bersyukur kerana keluarga angkat aku tak pernah abaikan aku.

Tapi, aku masih marah kenapa hanya aku yg diberi pada orang. Sehingga Cik Melah mintak gambar convo aku pon, aku hanya bagi yg saiz kecil je.

Make story short, lepas kahwin suami aku banyak membimbing aku. Katanya, mak ayah kandung jangan pernah kita abaikan.

Dalam hati aku hanya fikir tergamak mereka buat aku mcm ni. Sampai hati pisahkan aku.

Setahun yg lalu, aku mula terbit rasa sayang pada Cik Melah & Pakcik Leman. Tapi sayang, mereka meningal sebulan yg lalu akibat kemalangan.

Bagai nak gugur jantung aku mendengar berita itu. Baru nak merasa kasih sayang mak ayah kandung, Allah ambil pula mereka kepangkuanNya.

Kehadapan mak & ayah kandung,

Mungkin Intan bukan anak yg baik yg dapat berbakti pada mak & ayah di dunia. Tapi Insyaa-Allah, Intan akan selalu ingat mak ayah di dalam setiap doa Intan.

Sekarang aku hanya dapat berbakti pada mak ayah angkat aku. Kerana mak angkat aku juga merupakan ibu susuan aku. Terima kasih Ya Allah kerana dikurniakan 2 orang mak & 2 orang ayah.

Sekarang hanya doa yg dapat kutitipkan hari2 buat mak ayah kandungku. Al-fatihah buat keduanya. Semoga mak ayah dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Amin.