Kerap sgt lelaki ngurat sy dulu nak berkawan. Tp tiba2 hilang jauhkan diri. Kawan perempuan ckp sy manja tp nape lelaki xlekat

Assalamualaikum min. Saya nak tanya pendapat semua pembaca di luar sana. Tentang masalah saya mungkin masalah kecil bagi orang lain,

tapi bagi saya yang dah hadap berulang kali saya jadi tertekan sampai saya rasa mcm hukuman besar buat saya.

Saya seorang pertengahan 20 an. Tentang saya, suka baca, tengok movie, ceria, broken family, depressive disorder, suka bergaul dengan perempuan saja. Kawan lelaki yang betul betul rapat memang tak ada.

Sejak sekolah lagi saya memang jenis tak pandai bergaul dengan lelaki. Perasaan tu susah nak terangkan tapi kalau bercakap dengan lelaki je saya rasa mcm tak friendly.

Kalau dengan perempuan bukan main gedik lagi, bukan gedik buat2 ya. Kawan2 saya kata manja. Tak tau la betul ker tak, tapi itu yang kawan saya bagi tau la.

Masalah saya sekarang ni. Saya sentiasa gagal dalam percintaan. Aiyoyo! geli pulak bila sebut ‘percintaan’. Tapi saya rasa itu je ayat bagi orang senang paham.

Tapi lepas seminggu contact terus jadi lain. Dia macam tak suka. Saya bengang. Terus block. Kalau jumpa kat kelas pun saya buat bodo je. Kalau ada yang nak kenal terus saya malas nak layan.

Tempat kerja pun sama. Saya kenal mamat ni. Kebetulan satu department. Meja dia ni depan saya je. Kalau berdiri baru la nampak muka dia.

Dia ni memang handsome plus jenis jaga badan. Dia suka kacau time saya buat kerja. Tak lama lepas tu tetiba dia nk kenal lagi rapat.

Saya pun on je la. Yela tak kan nk membujang sampai ke tua jual mahal kan. Lagi pun bukan buat bende tak senonoh pun. Saya buat macam biasa2 je.

Lepas keluar berapa kali. Dia ni terus jadi lain. Akak2 office siap tolong bagi tips lagi. Saya siap mengadu dengan kawan baik saya kat office tu.

Saya jadi malu sampai tak tau nak sorok muka dekat mana. Kalau saya tengah tengok tv, mesti dia akan tanya pelakon lelaki tu dah kahwin ker belum.

Sekarang ni saya memang desperate nak kahwin. Saya nak ada anak. Perasaan tu meluap luap macam air yang mendidih. Hahaha. Dulu memang la tak nak. Konon muda lagi. Tapi sekarang saya jadi terbalik.

Saya ada kenal stranger kat fb. Walaupun saya mmg tak boleh nak borak dengan orang yang saya tak kenal tapi atleast saya cuba.

Tapi saya tengok profil dulu. Yela tak kan main sebat je. Dapat pulak mat rempit ka, mat gam ker, naya!

Lepas kenal kejap dia minta numb, saya bagi walaupun mcm was2. Lepas tu terus jadi lain. Dia macam nak larikan diri. Hahaha maigad! Jujur la kadang2 kawan saya tolong reply. Sebab saya tak tau nak reply apa.

Saya sampai google cara nk layan lelaki dengan baik, macam2 la. Aduh. Tapi hasil? Arghhhhhh! Saya selalu pelik pasangan kekasih dating ni berjam2 tepi tasik ni borak apa ja.

Kadang2 saya rasa nak pergi sergah je tanya topik apa yang dorang borakkan tu.

Kalau lah saya jenis tak malu min, saya akan paksa mana2 lelaki kahwin dengan saya. Saya nak ada anak. Kadang2 nangis. Saya doa dalam solat, saya nak lelaki yang dapat terima semua kekurangan saya.

Kalau lelaki ikhlas dengan saya, InsyaAllah saya akan terima semua kekurangan dia asalkan masih dilandasan yang di redhai Allah.

Saya teringin nak rasa ada family. Kasih sayang. Sebab bende tu yang saya tak pernah dari family saya sendiri. Dari sekolah lagi saya berdikari hampir semua bende saya buat sendiri.

Kadang2 saya penat bila semua bende saya kene hadap sorang2. Saya teringin nak rasa mcm mana hidup bergantung dengan orang lain lagi2 orang yang kita sayang. Dapat rasa kasih syg dia. Rasa macam dia protect kita.

Okeh la min. Saya tau cerita saya ni merepek je. Panjang pulak tu. Nasib la taip kat fon je, kalau saya hantar surat buat habis dakwat je. Kalau min tak siarkan pun tak per. Saya paham. Bye min! Assalamualaikum