Remuk hati aku bila baca mesej ayah dgn betina tu. Ditambah lagi terjumpa getah dalam bag ayah.

Aku dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan aku dan adik-beradik tidak pernah kurang.

Aku anggap ayah seorang ayah yang sangat baik. Ayah selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja.

Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai ayah dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang aku anggap…

Semasa aku di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, aku ternampak mesej ayah dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai.

Remuk hati aku. Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan ayah. Ayah bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.

Ada satu tempoh masa dahulu, ayah selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja.

Satu hari, aku ingin mencari barang di dalam bag laptop ayah, dan terjumpa getah (kond0m) di dalamnya. Macam-macam bermain di fikiran.

Yang paling penting, kenapa perlu bawak kondom ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama ayah pun. Aku diamkan lagi…

Satu hari rakan sekerja ayah, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta ayah menemannya sebab ayah arif dalam hal itu.

Mak pun biarkan sahaja ayah pergi bersama B. Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan.

Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau ayah mahu kawin lagi kawin la. Aku pulak rasa marah.

Bertahun aku simpan rasa marah kepada ayah tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada aku tapi kepada ibuku.

Dia ayah yang baik tapi bagi aku dia bukan suami yang baik pada pandanganku.

Bila aku meningkat dewasa baru aku nampak banyaknya korban ibu sampai ayah banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.

Bertahun aku bergolak dengan perasaan aku sendiri. Aku tak percaya lelaki. Aku marah ayah tapi dia tidak salah kepada aku dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga.

Yang buat aku marah, makin berani B ni datang depan mak aku. Nasib bukan depan aku. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa B.

Aku tanak. Kalau aku nampak dia depan-depan aku akan kurang ajar.

Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.

Kadang-kadang aku jeling phone ayah aku nampak dia masih lagi mesej ayah sampai sekarang pada waktu malam.

Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana.