Mak bomoh dan bidan. Ada 2 org perempuan 20an Azlin dan Aida dtg. Muka cantik tp pucat minta tolong ats buatan suami

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih diucapkan kepada editor kerana sudi menyiarkan kisah aku yang tidak seberapa ini.

Inilah adalah pengalaman aku sendiri sebagai seorang anak kepada ibunya yang merupakan seorang bomoh kampung.

Bila dengar perkataan bomoh, mesti terlintas di benak fikiran yang bomoh ni adalah syirik dan mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Tapi, alhamdulillah, mak aku tak seperti yang hangpa fikirkan. Menggunakan ayat-ayat al-quran dan ruqyah sebagai ikhtiar jalan penyelesaian.

Tambahan lagi, mak bukan setakat bomoh tetapi juga seorang bidan. So 2 dalam 1. Bomoh boleh, mengurut orang beranak pun boleh.

hang jangan p mana-mana noh. Nanti tolong mak sat.” Rasa hairan dan pelik menerjah di benak hati, sebab selalunya waktu pagi mak akan mengurut orang, malamnya baru berubat.

Kalau takdak orang yang mai, mak akan duduk menghadap tv layan drama kesukaan dia kat channel astro prima. Selalunya macam tu la rutin harian mak.

Dalam kehairanan aku hanya mengangguk dan mengiyakan saja. Niat hendak bertanya soalan lebih lanjut aku pendamkan, sebab aku tau mak tak suka ditanya banyak, nanti tak pasal-pasal kena marah free.

Seperti yang mak katakan, sekitar jam 10 pagi datang 2 orang wanita menaiki motosikal modenas kriss berwarna merah hati yang dalam perkiraan aku usia kedua-duanya di lewat 20-an.

Telahan aku hanya berdasarkan cara berpakaian mereka berdua. Si penunggang hanya mengenakan t-shirt biru berserta cardigan hitam,

Setelah memanggil mak berkali-kali, barulah mak datang dari bahagian dapur. Lalu dijemput mereka duduk di ruang tamu. Masa berubat, andai kata tiada tetamu lain yang hadir, mak akan berubat di ruang tamu.

Kalau ada, barulah mak akan jemput masuk ke dalam bilik. Salah satu sebabnya, mak tak mau aib tetamu yang datang diketahui orang. Nanti mendatangkan malu.

Lalu mak pun bertanya, “Barang-barang yang makcik suruh beli tu bawak tak?”
“Alhamdulillah bawak makcik. Lada hitam, sireh pinang dengan ayaq mineral ja kan?

Yang tu ja kan makcik?” Jawab Kak Aida sambil mengeluarkan satu persatu barang tersebut. Tambahnya lagi,
“Ni saya bawak mai kawan saya sekali, Azlin nama dia.

Makcik tolong tengok-tengokkan dia sat. Saya kawan dengan dia dah lama. Daripada zaman sekolah lagi sampai la sekarang dia dah kawen dan beranak satu.

“Dah bawak p, tapi doktor kata takdak apa. Usus dia apa semua elok. D***h pun tak tinggi mana bila check aritu.” Jawab Kak Aida bersungguh-sungguh.

“Ha kalau macam tu takpala. In shaa Allah ya, kita cuba tengok apa yang tak kena. Dan kita cuba ikhtiarkan semampu boleh.

Mai ayaq tu kat makcik.” Jawab mak dengan tenang.Air mineral dibuka tudungnya lalu dihulurkan.

Mak memasukkan jari telunjuk ke dalam botol, disentuh hujung jarinya di permukaan air sambil mulut mak terkumat-kamit membacakan sesuatu.

Aku hanya memandang seketika saja, lalu menghadap kaca tv sambil tangan memicit punat remote control mencari rancangan yang best.

Duduk bersila seperti menjangkakan perkara ini akan berlaku.
“Ha, dah tunjuk rupanya yang sebenaq. Hat ni yang aku dok tunggu daripada tadi lagi.

Berani hang pijak kaki masuk rumah aku noh. La ni hang bagitau, hang ni sapa?” Soal mak dengan penuh nada kemarahan.

“Hang nak tau sapa aku? Hahaha. Hang tak layak pun ambik tau. Aku tak kacau hidup hang pun. Jadi hang jangan kacau hidup aku.” Jawab ‘benda’ yang ada di dalam badan Kak Azlin.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, al-fatihah mak bacakan. Sesudah itu, ayatul kursi pula.

Tetapi belum sempat mak habiskan ayat tersebut, yang jadi musibatnya adalah, ‘benda’ tu ikut mak baca sekali!
Dengan penuh nada angkuh ‘benda’ tu berkata,

Satu benda yang penting untuk digunakan based on pengalaman aku sebelum-sebelum ni teman mak berubat orang.

Setelah selongkar sana sini, barulah aku jumpa bekas pinang mak yang terletak di bawah katil. Disitu la tempat mak simpan curut, henset dia sekali.

Kacip dihulurkan dengan sepantas kilat. Mak menyambut dengan tangan kirinya, manakala tergenggam erat sebiji pinang di tangan kanan mak sambil mulutnya membacakan sesuatu.

Lalu dihembuskan ke pinang tersebut.
“Aku tanya hang lagi sekali, hang ni sapa. Awat hang mai kacau Si Azlin ni? Hang nak bagitau ka takmau?”

“Aku takmau!”
Dan seraya dengan itu, mak letakkan pinang tadi di kacip, lalu ditekan kacip tersebut sampai terbelah sedikit pinang.

“Ok, aku bagitau hang. Aku ni adalah saka keturunan laki kepada Azlin. Laki dia yang hantaq aku mai sini, suruh aku jaga Azlin ni.

Dia takmau ada mana-mana laki lain yang berkenan dekat Azlin, jadi aku buat bila orang lain pandang Azlin, orang akan nampak satu benda yang hodoh.

Dan depa terus tak berkenan.” Ujar ‘benda’ tersebut sambil menggigil menahan sakit.
Dengan tiba-tiba Kak Aida mencelah, nadanya penuh amarah,

“Jaga apanya, ni tengok Azlin ni. Makin kurus kering. Makan pun tak lalu. Bukan jaga namanya, ni seksa!”

Lalu dijawab pertanyaan tersebut dengan
“Dia tak lalu makan sebab aku yang buat. Aku tahan, aku ikat ulu hati dia supaya makanan tak boleh turun.

‘Benda’ tu jawab, “Apa aku buat semua laki dia yang suruh. Bukan salah aku. Salah Azlin ni la. Dia yang lari daripada rumah tinggai laki dia, bawak lari dengan anak sekali.

Sapa suruh dia lari. Padan muka dia!”
Terkejut mak dengar ‘benda’ tu cakap macam tu. Mak tanya kepada Kak Aida, betul ke apa yang disebut tu.

Bukan apa, ambil langkah berjaga-jaga. Syaitan, jin yang dalam kesakitan sekalipun, jika mereka masih ada daya untuk menipu manusia, mereka tetap akan tipu.

Sebab tu apa yang mereka cakap jangan ditelan bulat-bulat, jangan genggam dengan erat. Soal selidik terlebih dahulu.

Aida mengiyakan apa yang diperkatakan oleh ‘benda’ tu. Menurut Aida, Azlin tinggal bersama keluarga mentuanya di sebuah kampung di Bukit Kayu Hitam.

Dan satu hari dia nekad, nak lari daripada rumah dengan membawa anak dia sekali. Lalu, ditelefon Aida untuk bantuan. Atas dasar sifat setia kawan dan kasihan, Aida menolong sahabatnya itu.

Lagipun Aida tinggal sorang di rumah sewa. At least ada peneman dia tiap-tiap hari. Pekerjaan pun Aida sanggup carikan untuk Azlin mencari nafkah untuk anaknya

yang tak mengenal lagi perit dunia bagaimana. Dan Aida sendiri tak sangka suami Azlin sanggup buat macam ni dekat isterinya sendiri.

Mendengar kisah daripada mulut Aida sendiri, barulah mak mengerti dan faham akan situasi yang terjadi.

Mak hanya menghela nafas panjang. Manusia yang semata-mata mengikut hawa nafsu beginilah jadinya. Manusia lain menjadi mangsa.

Mak menekan kembali kacip ditangannya. Raungan kedengaran kembali. Lolongan kesakitan yang tidak tertanggung menyebabkan Azlin bergolek-golek di lantai.

Ibarat cacing kepanasan lagaknya.
Seraya itu mak berkata, “Aku nak hang balik, jangan kacau Aida lagi. Dia tak bersalah.

Hang balik, hang p tokak laki dia, p tokak mak mentua dia! Kalau dak hang aku bakaq!”
“Aku mintak ampun, aku mintak ampun. Aku tak boleh balik.

Depa ikat anak bini aku. Kalau aku balik, depa kata depa nak b***h anak bini aku. Aku tak boleh balik,” menangis ‘benda’ tu.

Mak ada pernah pesan, kalau ‘benda’ tu menangis jangan sesekali percaya. Air mata yang jatuh tu hanya air mata paksaan. Berlakon semata-mata.

Dan untuk beberapa ketika, Azlin kembali sedar. Dipegang kepalanya dan dipicit-picit. Meminta air sebab kehausan yang amat sangat.

Lalu mak hulurkan air mineral yang Aida bawak tadi. Menyuruh Azlin membaca dua tiga ayat untuk memulihkan kembali semangatnya.

Sambil Azlin meneguk air di tangannya, mak berkata kepada Aida, “Benda ni nanti dia akan mai balik sebab ‘ibu’ dia dok ada lagi. Selagi suami dia hidup sebagai pewaris saka,

benda ni tetap takkan ke mana. Takkan kita nak b***h laki dengan mak mentua dia. Kesian pulak kat depa. Depa pun hamba Allah swt, orang yang agamanya Islam.

Haram bagi kita menumpahkan d***h.” Aida mengangguk faham. Ditanya lagi kepada mak, “Dah tu makcik, nak buat macam mana? Kesian saya tengok Azlin ni.”

Mintak maaf sebab panjang dan terima kasih sebab sudi baca. In shaa Allah ada masa, aku kongsi lagi pengalaman aku.