Aku dan suami masih xde anak tp bahagia. Sejak adik ipar duduk bersama semuanya berubah.

Assalamualaikum semua. Aku just nak luahkan segala perasaan sedih dan terluka selama aku kahwin ni.

Aku telah berkahwin selama 8 tahun, dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Aku percaya aku tidak boleh mempersoalkan rezeki anak sebab anak adalah rezeki dari Allah s.w.t.

Keluarga mertuaku adalah dari kalangan berada dan kaya. Mereka adalah dato dan datin yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di luar negara.

Jadinya mereka ni selalu duduk di luar negara dan hanya akan balik ke Malaysia jika terdapat kenduri kendara atau nak melawat anak-anak di Malaysia.

Aku dan suamiku merupakan seorang guru. Suamiku adalah cikgu manakala aku ialah seorang ustazah di sekolah agama.

Still la pemalas tahap dewa. Aku ni balik kerja kena masak dinner, dia tak ada pun nak tolong.

Makanan dah siap tau pulak dia turun kat meja makan and tinggal makan je. Hobi dia main game , tengok movie, and keluar dengan kawan- kawan dia.

Kadang aku rasa tak ada privacy dalam hidup aku sebab rumah aku ada adik ipar. Kadang family aku nak datang pun macam segan,

adik lelaki aku nak tumpang tidur di rumah aku pun tak boleh la sebab adik ipar aku tu ada.

Dah lama family aku tak datang tidur rumah aku. Sedih sangat aku rasa, sebab bila aku ajak mak ayah, adik- adik datang, dorang akan cakap dorang bukan tak nak tidur,

Boleh pulak mak mentua aku komen cakap tak cantik. Esoknya aku pergi kerja macan biasa, tapi lepas balik je dari kerja, aku terkejut bila masuk dalam rumah aku.

Perabot-perabot dalam rumah aku telah bertukar tempat dalam hati aku sejak bila aku upah interior designer ni.

Then suami aku bisik kat aku, mak dia yang ubah, sebab mak dia tak berkenann caravaku susun perabot.

Omg, ni rumah aku, sukahati la aku nak susun macam mana. Mak suami aku kangsung tak cakap dengan aku dia yang ubah, muka dia macam biasa and oretend macam dia tak buat apa-apa.

Malam tu aku masak untuk dinner. Mak mentua aku ada sekli dekat dapur, bila aku tuang je serbuk kunyit dalam masakan lemak aku,

Selama ni aku masak suami aku tak pernah complaint pun. Malam tu aku tak makan dinner and aku bagi alasan aku sakit kepala dan aku terus masuk tidur.

Bila mak ayah mentua aku ada kat rumah, setiap kali berbual, dorang mesti akan sebut pasal family abang ipar aku.

Mereka akan puji je abang ipar aku sebab antara anak-anak, abang ipar aku paling berjaya, dia surgeon dekat hospital swasta di ibu kota.

Kakak ipar aku pulak professor fakulti perubatan dekat universiti. Mak mentua aku selalu la puji menantu dia yang sulung tu, selalu cakap pandai masak, untung abang ipar aku dapat dia.

Aku kadang terasa la sebab mak mentua aku akan puji bila bercakap dengan aku. Mak ayah mentua aku memang bangga sangat la dengan anak sulung dia.

Suami aku cakap tak apa, dia sabar, rezeki Allah berbeza untuk setiap orang. Dalam hati aku, baik suami aku, terima kasih Allah hadiahkan aku suami yang baik.

Aku kadang sedih tengok layanan mak ayah mentua aku kepada suami aku. Memang la suami aku tak kaya macam anak sulung dia,

tapi tolong la jangan membeza-bezakan layanan tu kat anak-anak. Tolong la jangan lupa sepanjang kitaorang kahwin selama 8 tahun, kitaorang yang tolong jaga anak bongsu dorang yang pemalas tu.

Baru-baru ni mak ayah mentua aku nak balik ke luar negara. So dia minta la suami aku hantar ke klia.

Dalam kereta, nak mentua aku cakap amboi panasnya kereta macam duduk dalam oven. Dia cakap kat suami aku tukar je lah kereta buruk ni . Ya Allah bila aku dengar je macam tu, nak menitik air mata.

Kepada para pembaca sekalian, doakan la aku dan suami mendapat zuriat dan dimurahkan rezeki.

Terima kasih sudi membaca, aku rasa lega bila ku luahkan di sini. Doakan aku terus istiqamah untuk terus bersabar.