Aku tinggalkan anak dekat rumah kawan dan pergi luar negara selama 7 tahun. Bila balik aku terkejut anak panggil aku dgn nama ni

Sepanjang aku hidup ni, ada satu hal yang paling aku menyesal. Tinggalkan anak aku dekat Malaysia selama 5 tahun sebab nak kejar impian aku dekat luar negara.

Aku hidup dan membesar berdua dengan mak aku. Umur aku waktu tu 19 tahun. Aku kenal seorang akak ni, kami berdua agak rapat.

Nama akak ni Alya. Alya ni sepatutnya kahwin sebelumnya tadi lelaki tersebut lari dan hilang.

Alya ni pula mengandung dah masuk 3 bulan. Jadi selama mengandung ni. Aku temankan dan tenangkan Alya aku takut dia gugurkan kandungan tu.

Akhirnya, Alya pun melahirkan anak lelaki, comel sihat dan gebu. Alya selamat anak pun selamat.

Selepas mak meningal aku sebenarnya macam dah menyerah kalah nak jaga Afi, aku rasakan diri aku tak cukup matang dan tak cukup tabah nak besarkan anak.

Tapi arwah mak selalu pesan. Susah macam mana sekalipun nanti. Jangan tinggalka Afi, dia tak keluarga lain selain aku.

Aku pun tabah, dari hal kerja part time. Membawa kepada hal study aku dan juga fokus aku kepada Anak.

Selain tu aku agak sibuk dengan kelas belajar bahasa asing. Bahasa mandarin, jepun,arab dan perancis. Setiap hari aku rasa hidup aku terlalu cepat.

Aku tinggalkan Afi dekat rumah orang. Jadi aku sebenarnya tak perasan. Yang anak aku dah makin membesar.

Dari Afi tu 3 tahun masuk 5 tahun sampai lah 8 tahun. Aku masih tak ada sifat atau naluri ibu. Kawan-kawan aku ada juga yang cadangkan aku untuk berkahwin.

Tapi aku memang tolak idea untuk kahwin. Aku ada impian aku. Dan impian aku ni yang buatkan aku untuk terus bertahan.

Aku pun tak sedar, tiba-tiba Afi dah masuk 13 tahun. Sebenarnya aku bangga juga. Tengok anak aku membesar. Dan anak aku tersangatlah patuh. Aku boleh kira pakai jari berapa kali je aku marah.

Umur dia 12 tahun dah pandai urus diri, sekolah dan rumah. Selalu aku balik dekat rumah dia dah masak makanan simple tapi sedap.

Rumah pun setiap kali aku balik kemas dan lawa. Jadi walaupun aku penat, bila balik tengok rumah kemas aku jadi selesa dan tenang.

Tapi aku tak bincang langsung dengan anak aku. Selama ni aku fikir, anak aku ni dia dengar cakap dan patuh arahan aku. Jadi dia memang akan terima.

Aku pun cakap dengan Afi, tinggal rumah aunty… Sebab aku ada hal kerja. Afi pun tanya berapa lama, dan balik bila.

Aku dengan selamba jawab tak lama dan kalau cuti aku balik lawat dia. Satu penipuan besar.

Aku hantar Afi rumah keluarga baru dia. Aku tinggalkan Malaysia. Setiap hari aku lupa Anak aku dan akhirnya aku stop berhubung dengan Afi.

Cukup 5 tahun aku pun balik Malaysia, teruskan kehidupan macam biasa dan sambung kerjaya aku.

Tapi aku upah orang cuba cari contact Afi dan keluarga baru dia. Akhirnya aku jumpa.

Lepas fikir panjang. Aku pun telefon suara mak baru Afi agak terkejut bila dia tahu yang telefon tu aku.

Jadi kami pun jumpa, aku tanya dia Afi macam mana. Umur dia dah 20 tahun. Sekarang ni tengah sambung belajar.

Yang paling aku terkejut rupanya dia belajar dekat universiti yang dekat betul dengan kawasan rumah aku.

Dalam hati aku, nak menangis dan ketawa. Anak aku duduk dekat dengan aku. Tapi aku tak ambik tahu langsung.

Waktu Arwah kak Alya mengandung Afi. Dia pernah cakap nak besarkan anak dia jadi lelaki yang peramah, mesra dan pemaaf.

Jadi bila Alya meningal. Aku namakan dia Muhammad Afi, yang bermaksud pemaaf.

Alhamdulilah anak aku membesar jadi manusia yang pemaaf. Dan dapat maafkan aku. Jadi kali ni, aku taknak buat kesilapan lagi.

Aku nak tengok anak aku membesar dan berjaya. Walaupun hubungan kami baik. Tapi aku tetap menyesal. Tinggal Afi, tak balik melawat dia dan pentingkan diri sendiri.

Macam arwah mak aku cakap, jangan tinggalkan Afi. Afi tak ada orang lain. Cuma ada aku. Sekarang ni, aku harap anak aku.

Tak tinggalkan aku. Aku tak ada keluarga lain. Cuma ada anak aku sorang. Mungkin balasan aku tak dengar cakap mak.