“anak tukang kebun”, trcabar dgn kata2 adik2nya. Mak terus mntak bag coach dr JPO.

Assalamualaikum, Aku Anita dan aku anak pertama dr 5 beradik. Ayah telah meningal dunia sewaktu umur aku 17tahun, dan ibu yg menjaga aku sejak ayah meningal.

Sebelum ni ibu bekerja sebagai pembantu pejabat sekolah dikawasan rumah kami. Ibu yg handle kami dari kecil sampai lah kami besar dan alhamdullilah kami jadi orang berguna.

Ibu memang teringin sgt tgk anak2 nya bekerja dan berjaya menjadi kaya dalam usia yg muda.

Alhamdulillah selepas aku bergraduasi 2 tahun lalu, dan setelah menganggur tiada pekerjaan tetap hanya buat part time akhirnya aku dpt panggilan posting ke Kedah.

Aku ajak ibu aku pindah sekali sbb aku taknak duduk sorg2 kat sana, lagipun aku boleh luangkan masa dengan ibu dan adik2.

Ibu berhenti kerja sebagai pembantu pejabat sebab aku da rasa boleh sara ibu dan adik2 sepenuhnya dgn gaji aku dapat sekarang.

Makcik aku masukkan ibu aku dalam group keluarga mereka, dan semuanya bercerita ttg anak masing2. Ibu aku jd cemburu dan mula menghina aku.

Rupa rupanya ada makcik2 yg telah pengaruhi ibu aku suruh beli model handphone yg paling latest. Sebab apa, dia orang dok cerita anak2 masing belikan itu, ini dekat mak masing2.

Adoiyai.. memang pening la aku nk melayan ibu. Aank ibu ni kerja cikgu je pun. Gaji tak la besar mana sgt.

Ada sepupu kami jadi doktor, dan ibu aku kata kenapa aku tak jadi doktor, yelah kalau jadi doktor, dia bangga sikit.

Dia kata dia tak bangga langsung aku jadi guru walaupun aku berpangkat dg41. Kisah aku lagi sedih bila aku nak kahwin, mak aku suruh ambil andaman yg famous kat KL.

Aku ckp aku tak mampu sbb kalau boleh nak ringkas, mak aku balas kenapalah kau tak mampu, bukan ke kau keeja guru.

Bila aku selidik dan tgk handphone ibu sewaktu dia tidur, mmg makcik2 aku ni selalu sembang berlagak dgn dia. Semua dok up anak menantu masing.

Mungkin ibu aku tercabar kot, tu yg dia sikit nk samakan aku dgn sepupu yg lain. Memang sedih sgt, aku mcam rs lebih mak aku tak payah pakai handphone. Lagi menjadi jadi perangai dia.

Ok skg Alhamdulillah aku dah kahwin 3 bulan, dan suami aku duduk sekali dengN ibu. Suami aku jd imam tiap kali Maghrib dan Isyak, dan adik2 aku ikut solat berjemaah.

Mak aku tak ikut sebab dia kata dia lagi suka solat seorang. Aku tahu dia tak suka suami aku. Suami aku ok je, alhamdulillah rajin solat cuma aku akui gaji dia lagi rendah dr aku.

Aku tak kisah asalkan dia tahu tanggungjawab kpd aku dan ibu bapanya. Aku bersyukur dipertemukan dgn suami aku. Tapi, sikap ibu aku kepada suami aku, aku rasa sedih.

Gaji kecil sgt sampai nak beli sofa pun tak mampu. Cerai jelah cari laki yg ada duit, anak org kaya ke.”

Aku diam je, pastu aku pun balas, “sofa kat rumah kita kan elok lagi bu, kenapa nk beli baru.”

Ibu aku kata dia jemu dengan sofa lama. Aku tahu aku patut balas jasa ibu aku, tapi berpada pada lah.

Gaji aku tak sebanyak tu utk beli semua benda sekaligus. Kalau aku tak beli, ibu aku akan merajuk dan tidak mahu makan.

Aku sedih sgt. Aku dan suami baru nk memulakan hidup bekerluarga. Tapi nampak gaya mcm susah je.

Salah kah aku kerana tidak tunaikan permintaan ibu aku? Derhakakah aku? Semoga ada sinar nanti ibu aku akan berubah. In Shaa Allah.

Doakan aku supaya dpt jadi isteri solehah dan anak solehah. Aku dlm dilema sbnrnya antara suami dan ibu.