Org panggil aku Konah umur 30an. Bende tu dah start main on off suiz lampu.

Hai nama aku Konah. Seorang wanita berumur 30 an.Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin tak menakutkan langsung. Ala-Ala drama pukul 7 je kat tv sweet gitu tapi cukup untuk buat d***h aku menderau ke kepala .

Kisah ni lebih kurang hampir 6 tahun berlalu. Waktu tu aku bekerja di sebuah kilang yang agak famous di utara ni.

Kisahnya bermula begini.Kira-kira hampir 6 tahun lepas aku kerja di kilang elektronik tersebut.Aku kerja 12 jam dari 7 pagi sampai 7 malam.

Penatnya Allah saja yang tahu.tapi untuk mencari rezeki aku gagahkan jugak.tapi yang best nya aku Cuma kerja shift pagi je.

Sehinggalah satu hari tu department aku terpaksa ada 2 shift (malam dan pagi) dan selama sebulan tu jugak aku terpaksa kerja malam sebab untuk shift pagi dah ada orang tolong cover kan untuk aku.

dan bila sampai di atas perlu belok kiri dan Nampak la tempat letak kasut termasuk la dengan bangku.bertentangan dengan bangku tu pula ada macam gerbang untuk masuk ke surau.

Boleh pilih sama ada kanan atau kiri dan kedua-duanya akan jumpa tempat ambil wuduk dulu dan dari tempat wuduk akan bertembung diruang solat.

Bila aku naik ke surau tu aku Nampak sepasang kasut ESD.jadi aku rasa mungkin ada someone yang dah ada dalam surau tu. Dengan happy nya aku pun buka kasut dan masuk ke dalam ruang solat dari pintu sebelah kanan (kenapa aku ambil pintu kanan sebab lampu di ruang wuduk dibuka) .

Tapi bila aku masuk dalam ruang solat tak ada sesiapa.Aku pun malas nak fikir bukan-bukan dengan letih latih aku anggap mungkin ada sesiapa yang tumpang letak kasut tersebut.

Ditepi dinding aku pun baring mengiring ke kanan dan aku tutup muka aku dengan telekung.Baru je aku nak lelapkan mata aku terdengar “tuk,tuk,tuk” .

ok ..aku start rasa pelik.tapi aku cuba lagi untuk tidur. Aku tutup kembali muka aku dengan telekung.dan cuba lelapkan mata..”tuk, tuk,tuk” lagi..

aku tarik sedikit kain telekung konon nak mengendap. Sumpah waktu tu kalau otak jahat aku tak fikir bukan bukan aku menipu.Aku terbayang yang bukan bukan jika ada wajah mengerikan main acah acah dengan aku.adehhh.

“Tuk.. tuk.. tuk” Kali ini bunyi sedikit lain. Seakan bunyi jari mengetuk di atas permukaan kain.

Ya, kali ni bunyi itu betul-betul berada dihadapanku. “Tuk tuk tuk”.Kain telekung yang aku gunakan untuk menekup mukaku, tertarik sedikit ke lantai ketika bunyi ketukan itu.

Kain tertarik ke bawah maksudnya dia mengetuk lantai di atas telekung yang aku pakai…

Menuruni tangga yang sempit itu pun bau-bauan tadi masih lagi mengikut ku. Bau itu seakan angin yang mengekori dari belakangku. Yess aku tak mimpi memang bau wangi tu macam ada dibelakang aku.

Sampai je dibawah kedengaran suara-suara pekerja yang akan masuk shift pagi (naik bas sebab tu mereka sampai awal). Laju aku masuk department aku.

kawan aku pelik.” Hai konah, bukan pergi surau ke,pucat semacam ja” aku yang penat sebab jalan laju terdiam sebentar.bila dah tenang sikit baru aku cerita..dan korang tahu apa kawan aku kata?

“Konah hang kira ok lagi, ada yang kena kacau “benda” tu main on off suis lampu, ada yang dihimpit, ada yang diangkat sedikit dan dihempas,tu kat surau tu konah,

kalau hang pi surau yang satu lagi ,lagi la teruk, Nampak dia dok terbang .ha tu belum masuk cerita dalam toilet lagi” aku cuak dan panic aku belum habis.

tolong jangan sambung.memang apa aku lalui tu sweet manja macam drama tv tu.Tapi serius aku tak sanggup.Walau tak seram tapi aku minta dijauhkan dari yang bukan-bukan.

Sekarang aku dah tak kerja kat kilang tu dah.yes! masa kejadian tersebut aku baru kerja hampir setahun.

dan kawan-kawan aku ni akak-akak senior yang kerja dari zaman anak dara sampai masing-masing dah .Tak hairan kalau setiap cerita boleh tahu.ok lah nak taip panjang-panjang bos aku ada.