Tgh borak tiba2 Lan nangis dan cerita apa sebabnya. Baru tahu nape Lan selalu tido bengkel dan balik lewat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sebelum itu, aku mohon maaf sekiranya kisah ku berterabur dan caca marba. Aku akan cuba sebaik mungkin agar kisah ini mampu difahami.

Nama ku Laila. Wanita bujang berusia 38 tahun dan bekerja sendiri secara kecil-kecilan.

Aku mula mengenali Lan apabila keretaku breakdown dan atas saranan rakan ku, aku menghantar keretaku ke bengkel Lan.

Lan ni bukanlah pemilik bengkel, tetapi hanya pekerja, sebagai mekanik di bengkel tersebut.

Dia berumur 32 dan sudah berkahwin, mempunyai 1 anak dari perkahwinan pertama isterinya (lebih tua 8 tahun dari Lan.)

2 hari nak raya aku hantar mesej kepada Lan cuba mohon pertolongan kalau2 Lan boleh siapkan kereta sebelum cuti raya. Lan kata masalah kereta aku memang teruk.

Untuk pengetahuan, kereta aku jenis lama, dan memang banyak spare part yang dah takde dan susah nak dapat, aku pula takde kereta spare. Aku dah pening kepala.

Macamana nk balik kampung? Aku sebenarnya tak kisah sangat, sebab malas nak beraya dengan bapak dan mak tiri aku.

Cuma kalau aku tak balik kampung pun, aku masih perlukan kereta untuk ke sana sini. Hari Raya nanti teksi/Grab mesti susah nak dapat.

Tapi apa yang mengejutkan bila Lan mesej aku bertanyakan keadaan aku? Dia jadi agak concern, dan tiba2 dia offer pinjam kereta dia.

Lagi pon aku benci gila2 dengan jenis perosak umah tangga orang ni, walaupun aku belum sampai hati bahasakan spesis mereka ni ‘penyondol’ sebab aku blom smpi hati nk samakan mereka ni dengan haiwan itu.

Tapi, aku memang anti. Sebab utama kerana ayahku sendiri yang curang dengan ibuku. Dan dulu aku ada sorang kawan yang bercerai dan kahwin lain,

aku siap tak bertegur sapa dengan dia sampai sekarang. Siap bergaduh dengan kawan baik aku sebab dia back up kawan aku yang bercerai & kahwin lain tu.

Pendek cerita aku memang anti. Yang menyebabkan aku makin benci sebab aku sendiri pernah terjebak juga dengan cinta suami orang sebelum tu,

ketika tu kononnya perkahwinan mereka retak menanti belah. Kononnya selepas bercerai kami akan berkahwin.

aku selalu reply dengan ayat2 yang menyakitkan hati dia dengan harapan dia berputus asa. Tapi sangkaan aku meleset, malah dia semakin galak.

Jangan kata kenapa aku masih melayan dia, ini kerana kereta aku masih di bengkelnya agak lama dengan Major problemnya selain perlu overhaul.

Nak tak nak kena berhubung dengan dia. Aku pernah cuba minta boss dia sahaja menghubungi aku berkenaan kereta.

Tapi bossnya kata Lan yang betulkan kereta tu, kalau ada part apa2 yang diperlukan Lan perlu explain denganku sebelum dia betulkan atau beli sparepart.

Aku dah tak boleh buat apa. Aku siap berjanji dengan diriku, siap je kereta aku, aku akan putuskan hubungan atau apa2 connection dengan dia.

Akhirnya aku tukar strategi & mula melayan secara baik. Kalau dia hantar mesej sweet, aku reply sweet.

Disebabkan aku memang menyimpan perasaan tu, semuanya jadi mudah utk diluahkan dan natural. Mula2 dia agak terkejut & tak percaya.

Aku sangkakan dengan buat mcm tu dia akan lost interest and berhenti test market denganku, rupa2nya aku silap.

Dia pula semakin gembira dan katanya mula rasa sayang. Malah menjadi lebih romantik n caring.

Aku menjadi serba salah. Hampir setiap hari Lan mesej, call, datang ke tempat ku yang jauh dari rumahnya untuk keluar dengan ku.

Lagipon aku kasihan melihat dia berulang alik dengan jarak yang jauh setiap hari. Tapi bila kami tak berjumpa dia kerap menghabiskan masa di bengkel.

Kadangkala tu siap suruh aku kejutkan dia dari tidur sekiranya dia nap sekejap pukol 12 malam.

Aku pelik kenapa dia tak terus balik? Setelah dipaksa berkali2 dia kata ada sikit masalah di rumahnya.

Dia beritahu dia tak mahu balik ke rumah awal untuk elakkan bergaduh. Dia lebih rela kerja sampai lewat mlm, tido sebentar di bengkel smpi pkol 1/2 pg baru balik umah.

Katanya, sekurang2nya mereka tak bergaduh. Lan bukanlah jenis suka bercakap buruk mengenai wifenya, Malah tidak pernah sejak kami berkawan.

Masa tu aku rasa macam dah nak menangis bila dia jawab call. Dia kata dia penat sangat and rasa sedikit lemas disebabkan tak turunkan cermin kereta..

Kami berborak sebentar, dan tiba2 dia menangis. Dia kata dia dah tak tahan jadi suami macam tu. Pagi tu dia luahkan semua masalah rumahtangganya selama itu.

Aku hanya senyap, mendengar. Itulah baru aku tau sikap wife dia yang selama ni dia tak pernah cerita pon.

Mendengar cerita dia, melihat keadaan yang tak terurus smpi terpaksa tido di kereta utk elakkan pulang awal, buat aku jd sayu.

Tiba2 aku rasa sedih. Kenapa la isterinya tak hargai suami dia ni. Aku yang susah payah mencari calon suami sampi sekarang tak dapat2.

Malah dia berkata semuanya salah dirinya. Mereka akhirnya berbaik. Dan dalam masa yang sama Lan mahu hubungan kami diteruskan.

Aku katakan sekiranya dia ingin halalkan ku baru aku stay in the relationship. Dan tak sangka dia kata, insyaAllah one day,

dia kata dia akan usahakan ke arah itu. Walaupun dlm masa yang sama dia tak mahu isterinya terluka.

Aku jadi keliru. Macam mana ni? Masih mahukanku atau tak? Dia kata ingin jadikan aku isteri ke 2.

Sebab dia sendiri tidak tahu arah perkahwinan mereka. Aku sebenarnya dah terlalu sayangkan dia n tak kisah jadi no 2 dah.

Dia kata kalau isterinya tahu dia masih berhubung dengan ku, pasti penceraian akan berlaku.

Dia kata dia hanya bercerai sekiranya isterinya sendiri meminta, bukan atas alasan dia punya perempuan lain. Sejujur nya aku juga tak mahu mereka bercerai.

Cukuplah kami bermadu. Tetapi Lan mengatakan, takkan mungkin isterinya mahu bermadu.

Sehingga kini isterinya masih mengesyaki Lan, tapi Lan masih belum mengakui. Baru2 ini isterinya mula melibatkan ibu Lan supaya menasihati anaknya.

Aku cuba minta Lan supaya berbincang dengan wifenya untuk berubah sikap dan menghormati Lan sebagai suaminya.

Baru2 ini aku sedar yang Lan semakin sukar meluangkan masa bersama ku. Sebaliknya isterinya mula kerap menghabiskan masa bersamanya.

Pada ku itu petanda bagus. Aku juga bertanya, adakah isterinya masih meninggi suara dan memarahi dia. Lan kata, semenjak kebelakangan ini isterinya sudah sedikit berubah.

Jujur dalam hatiku, aku betul2 bersyukur. Aku dapat rasa kan yang hubungan mereka semakin baik.

Dalam diam aku berharap mereka tidak bergaduh apatah lagi bercerai. Kalau bercerai pun biarlah dalam keadaan masing2 redha yang jodoh mereka hanya setakat itu. Dan tiada dendam dalam hati Masing2.

Siang tadi aku cuba berbincang sekali lagi dengan Lan, untuk aku mengundurkan diri sementelah hubungan mereka kelihatan lebih baik.

Benarlah orang2 tua kata jangn terlalu membenci, kelak ko terjatuh hati. Benarlah kata Allah,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, apadahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)

Kini, aku dan Lan berusaha dengan meletakkan penggantungan kami kpd yang Maha Esa, sebab kami tahu kami dah tak mampu nk buat apa2.

Sehingga kini aku masih tak tahu hala tuju hubungan kami. Aku nyatakan kpd dia, teruskan lah kita beristikharah setiap hari.

InsyaAllah, Dia akan tunjukkan. Kami masih tak tahu untung nasib hubungan kami. Kami berdua nekad utk bulatkan hati utk berserah n bergantung kepada petunjuk Allah.

Tetapi sekiranya kami tiada jodoh, semoga hati kami tertutup dari mencintai antara satu sama lain.

Dan sekiranya masih ada yang ingin mengecam aku, tak pelah, tapi doakan juga semoga Lan dan isterinya mampu menemui bahagia dan diriku ditemukan dengan yang lebih baik. Bantulah kami dengan doa2 kalian.