“Kau ingat syaratnya kan” Kerana ingin menagih kasih sayang suami Salmah sanggup berkorban

syarat Lima hari sebelum tarikh sepatutnya Salmah melahirkan anak pertamanya.

“Hello, abang! Mah terjatuh bang! Perut Mah terhantuk bucu meja! Banyak d*r*h keluar ni! Mah takut… takut gugur!” Kedengaran raungan Salmah dari hujung talian.

Adam tergamam. Sejak dari pagi tadi dia rasa tidak sedap hati. Senyuman Salmah kepadanya sebelum dia berangkat ke tempat kerja tadi dirasakannya cukup lain.

“Mah…. tunggu Mah! Abang balik sekarang!”

Salmah memutuskan talian.

Dia bangkit dari kerusinya. Dengan senyuman halus terukir pada wajahnya, Salmah mengusap lembut perutnya yang sedang sarat. Langsung tidak kelihatan sebarang kesan d***h.

“Ah, tak kisahlah bang. Asalkan sihat, kan?” Salmah memejamkan matanya. Saat doktor menyampaikan berita itu petang tadi dirasakan Salmah bagai saat paling bahagia dalam hidupnya.

Adam mengangguk mengiyakan. Dahi Salmah dikucupnya lembut.

Tiga bulan kemudian…

Kini kandungan Salmah sudah masuk bulan keenam. Dia sedang duduk di bucu meja makan. Lauk yang dihidangnya sejak jam enam tadi sudah sejuk berkeladak.

Salmah menjeling jam. Waktu isyak sudah berlalu sejam yang lepas. Di dalam hatinya, Salmah rasa cukup bersalah apabila mengenangkan pertengkaran yang berlaku antara dia dengan Adam semalam.

Ya, memang semalam Adam balik ke rumah dengan bauan minyak wangi wanita harum semerbak pada baju kemeja yang dipakainya. Tapi mungkin betul apa yang Adam katakan.

“Hello? Hello? Salmah?” Kedengaran suara Adam disebalik bunyi bingit dentuman bass muzik. Salmah terdiam.

“Haris… sorry, Adam ada dengan kau ke?”

“Ah, ya, ya… Adam ada dekat rumah aku ni. Dia tengah tidur,” jawab Adam yakin. Bunyi dentuman muzik semakin meredam hilang. “Hello? Mah?”

“Tak apalah… bye,” Salmah memutuskan talian. Dia duduk sejenak merenung pinggan berisi nasi yang semakin mengeras sejuk.

Perlahan-lahan sambil memegang perut dia mengangkat pinggan-pinggan makanan tidak berjamah tadi lalu dibawanya ke singki.

Belum sempat sampai ke singki, kakinya tersadung pengalas lantai. Bersepai jatuh pinggan-pinggan di dalam tangannya ke atas lantai.

Mungkin itu juga sebabnya Adam kini memandang jijik apabila dia cuba bermanja-manja.

Tanpa dapat ditahan-tahan lagi Salmah membenamkan wajahnya di atas bantal Adam. Malam itu dia meraung seorang diri.

Raungan Salmah tiba-tiba disambut dari arah dapur. Salmah tergamam. Mustahil! Dia berseorangan di dalam rumah. Dadanya terasa sakit menahan degupan jantungnya sendiri.

Dia mengerling ke arah tombol pintu bilik. Berkunci. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil, melangkah ke arah meja solek.

Dicapainya telefon bimbitnya dari atas meja itu. Dengan tangan terketar-ketar dia mendial nombor Adam. Terasa luar biasa lamanya menanti bunyi deringan dari sebelah sana.

“Abang?”

“Salmah…” kedengaran suara Adam dari balik pintu. “Buka pintu…” pinta suara itu. Namun entah kenapa suara dari balik pintu kedengaran janggal tidak bernada. Seakan-akan dilafazkan tanpa perasaan.

“Abang…” otak Salmah ligat berfikir. “Abang… bagi salam, bang,” pintanya takut-takut. Ketukan pada pintu terhenti. “Abang?”

“Salmah… buka pintu…”

“Abang… bagi salam bang. Tolong bang…”

“Salmah… buka pintu…”

Ketukan pada pintu kembali, namun kini semakin deras. Semakin lama semakin kuat, bagai hendak meruntuhkan pintu itu. Salmah mengundur ke katil.

Matanya dipejamkan. Mulutnya terkumat-kamit membaca apa sahaja ayat suci yang terlintas di dalam benaknya. Tangannya meramas bucu tilam tanpa sedar.

“Salmah… buka pintu…”

“Pergi!” Tempelak Salmah. “Tolonglah! Pergi!”

Keesokan paginya, Salmah terjaga dengan kepala yang terngiang bingung. Di terbaring di atas lantai sebelah katil.

Matanya terus menjeling ke arah tingkap yang terbuka. Hari sudah cerah. Perlahan-lahan Salmah bangkit sambil memegang perut. Katilnya masih kosong.

Pintu biliknya pula masih berkunci. Adam tidak pulang semalam. Itu perkara pertama yang singgah ke dalam benaknya.

“Salmah,” panggil satu suara dari sebelah meja soleknya. “Kau sayang suami kau?”

Malam itu Adam pulang tepat jam lapan. Dilihatnya Salmah sedang duduk menyisir rambut di hadapan meja solek.

Malam itu Salmah berasa cukup bahagia di samping Adam. Sepanjang Adam berumahtangga, dia juga tidak pernah berasa sebahagia itu.

Seakan-akan ada satu daya baharu yang membuatkan jiwa dan raga mereka disulam menjadi satu.

Salmah meletakkan kepalanya di atas dada Adam. Jari-jemarinya bermain-main di atas dada suaminya itu.

“Abang, kalau baby kita ni tiba-tiba hilang, abang masih sayang Mah tak?” Tanya Salmah lembut, membuatkan Adam tersentak bangkit. Salah mengangkat kepalanya, merenung Adam.

“Apa Mah cakap ni?! Kenapa cakap macam tu?” Adam memegang lembut perut Salmah. Salmah tertawa manja.

Adam sekadar mengangguk mengiyakan. Matanya terasa berat. Salmah meletakkan semula kepalanya di atas dada Adam. Mereka terlelap dalam keadaan begitu sehingga ke pagi.

Sepuluh hari sebelum tarikh sepatutnya Salmah melahirkan anak pertamanya.

Salmah mengetap lembut bibir munggilnya yang baru dilapis gincu. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Sebentar lagi pasti Adam akan pulang.

Walaupun kandungnya semakin membesar, namun tubuh Salmah kelihatan seramping anak dari jika tidak kerana bonjolan pada perutnya.

Dia tersenyum seorang diri menatap keindahan rupa parasnya di dalam cermin. Di belakangnya, sesusuk tubuh putih berlendir sedang berdiri memerhatikannya.

“Ya, bang!” Salmah melangkah terhenjut-henjut keluar dari biliknya, pergi mendapatkan Adam. Adam tersengih lebar memandang Salmah. “Jom,” ajak Salmah sambil merapikan rambutnya.

Sebelum melangkah keluar, sempat Salmah menjeling ke arah bucu siling dapur, di mana makhluk berlendir itu sedang memandang tajam ke arah perutnya.

-Tamat-

Maaf kawan-kawan, cerita ni tak ada sambungan. Habis di sini sahaja. Kalian boleh buat kesimpulan sendiri, kan? Terima kasih kerana membaca.

Assalam.